Perangkap!! -indahnya sementara-


   Sesekali menyulam perasaan cinta ini seronok jugak, mengimbau kembali detik mase bercintan-cintun dulu. Saya percaya semua remaja ada menyulam perasaan cinta kepada si ‘tut!’ di bangku sekolah sekarang ni. Sama ada cinta tu berbalas atau bertepuk sebelah pipi (sebelah tangan lah!) terletak pada diri anda untuk perjuangkannya.



Bercinta di bangku sekolah. Salah ke?

Berselerak soalan yg timbul dalam minda kite untuk menyambut cinta yg entah pape tu.

Antaranya . . .

 
Mampu ke aku nak bahagi mase untuk belajar?
 
Parents tak kasi aku bercinta time sekolah, achaner?

Ops! Bukan ape mereka takut kite leka dan mengabaikan pelajaran.
  Paling mereka takuti jika anaknya yg terjebak dalam teori cinta tu tak pandai jaga maruah, hanyut dibuai perasaan sehingga sanggup merelakan antara haram kepada halal kepada mereka yg tak sepatut.

Tapi,, saya percaya! Anda2 yg membaca post saya kali ini memang pandai bawak diri dan menjaga keperibadian diri mengikut alquran dan sunnah. That’s why anda semua hebat! Cayaa laa..




Cinta monyet = cinta dibangku sekolah.





 Secara keselurahan, agar sukar nak definasikan. Tapi cinta time sekolah biasanya tak kekal, almaklumlah sorang dapat belajar kat oversea sorang lagi IPT tempatan kan.

  Mungkin jugak sebab sifat monyet yg sangat hyperactive, kejap lompat sane, kejap lompat sini pulak. Haih~ tak kekal pada sesuatu. So, AWAS!! Berhati-hatilah kite semua yea -__- jangan lemah dengan pujuk rayu cinta yg dah pun dihiasi indah oleh musuh kite (syaitan), kalau kite tertipu, iman tak cukup kental tandanya tu, bahaya! bahaya!


  Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta, sebab cinta sesame manusia mane kekal lame. Paling lame pun sekadar tempoh masa kite masih hidup ni. Bahkan sering berlaku dalam perjalanan usia, iaitu sebelum kite pejam mate rapat2 lagi cinta tu da pudar. Cinta yg diagung2kan dan dipuja2 tu hancur berkecai macam kace.




  Saya and kite semua mesti cepat2 cubit pipi tu supaya sedar yang cinta daripada makhluk bukanlah cinta yg hakiki lagi abadi. Tu hanyalah cinta sementara waktu . Kita menyangka cinta tu sejati dan sampai ke hujung. Rupa2nya dalam perjalana umur, cinta kite kepada dia atau cinta dia kepada kite terungkai oleh sebab2 yg kite pun tak pernah tahu. Sadis! Alangkah sedihnya ketika tu.
-tu pasai jangan bercinta awai2-

P/s: mencintai insane selalu mengecewakan kite. Sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi mulai detik kite sedar ni berhenti meminta,menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun tak salah. Sebaliknya, ayuh! Kite terima cinta yg kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Cintakan Allah. Cinta yg membawa kebahagiaan dunia akhirat. InsyaAllah selamat ^^







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .