Sahabat Baru :)

Rabu, 25 Julai 2012

Andai ini Ramadhanku yang terakhir...

   

Bismillahirahmanirahim..



Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,.

Wahai diriku,
…Renunglah…
Andai ini Ramadhan terakhir buatmu.
Sedarkah kamu akan gerak hatimu
Terfikirkah kamu apa yang akan berlaku

YaAllah,
Aku begitu menyayangi dan merindui Ramadhan kali ini.. sayu
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhirku,
Tentu siangnya aku sibuk berzikir.

“Bukankah dengan zikir itu hati menjadi tenang”


Biarpun tekakku kering kehausan
Tentu aku takkan puas meluahkan rinduku yg mendayu..
Merayu…
Kepada Allah yang satu!                 

Jika benar ini Ramadhanku yang terakhir
Tentu solatku ditunaikan awal pada waktunya
Sungguh khusyuk dan tawadhu’
Tubuh.Minda. Dan qalbu. Bersatu memperhambakan diri kepada yang berhak.
Lantas menangisi kecurangan janji-janji dahulu

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil’alamin”

Kalau ini Ramadhanku yang terakhir
Sesaat pun takkan kupersiakan berlalu
Kesempataan yang ada
Akan kudendangkan alunan suci al-Quran

Andai ku tahu ini Ramadhanku yang terakhir
Tentu aku takkan pernah jemu untuk
Berterawih….
Berqiamullail…
Bertahajjud…
Mengadu…
Merintih…
Meminta belas kasihan….

“sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMU tetapi aku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu”


Ya Rabbul Jalil,
Kasihanilah aku hambaMu yang
Hina…
Dhaif…
Jahil…
Lagi banyak dosa ini…
Menikmati bulan yang dirindui oleh Nabi dan sahabat baginda.
Semoga langkahku zuhud kepadaMu..
Semoga  ku istiqamah di Ramadhan ini… amen


P/s: Gunalah masa yang ada dengan sebaiknya untuk memperhambakan diri kepada Allah. Ibadah sunat pada bulan ramadhan akan diberi ganjaran seumpama Ibadah fardhu. Subhanallah,betapa mulianya bulan ini.

Jumaat, 20 Julai 2012

Ahlan Wasahlan, Ramadhan Al-Mubarak =)


Yeay! Yeay!
 Esok puasa, esok puasa.. hehe

..merindui ramadhan sekian lama..

Akhawatku,

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak  ;)

Bersempena itu,Saya nak berkongsi satu ilmu fiqh disini. Kite same2 study balik,ok.

Macam mane supaya puasa kite sah? Apa yg mesti kite buat?


    Alhamdulillah last year saya menduduiki  SMU, so calon2 yang amek exam tu akan belajar secara detail ilmu puasa (salah satunya).

*Balik kepada persoalan tadi*

Macam mane supaya puasa kite sah (?)

.NIAT.


Kan kalau kite tak niat pada malam harinya,puasa kite tak sah, kecuali kite da niatkan sebulan. (namun, seeloknya mengikut jumhur syafie , niat  adalah wajib setiap malam)

Tapi yang tak niat sebulan fardu dan malamnya terlupa nak niat memang puasanya tak sah. Tapi tak boleh makan ye ;) Walaupun tak sah, tak boleh makan ye adik2.

Niat amat dipentingkan, malah tanpa niat dikira tak sah puasa kite.

Eh, kenape hah niat begitu dipentingkan?

Itulah lambang kasih sayang Allah. DIA suruh kite pasang niat, sebab bila kite pasang niat, insyaAllah kite boleh buat sesuatu perkara tu lebih mudah. Percaya tak?

Hati kata, ‘aku hebat’, minda percaya. Maka pelbagai idea akan keluar untuk benar2 menjadikan kite haebat.Dia akan carikan tenaga yg tersimpan di mana2 dalam tubuh badan kite.
Hati kata lagi, ‘aku lawa’, minda sekali lagi percaya. Maka pelbagai idea akan keluar untuk kite bertindak sesuatu melawakan diri kite, daripada muka hinggalah pakaian, cara berjalan dan segalanya.
Hmmm , . .
Kalau hati kate, ‘aku ni bongok, lemah dan tak pandai’, minda pun percaya jugak.
   “Ooo, engkau bongok, tak payah lah aku buat ape2 untuk memandaikan engakua. Ooo, engkau lemah, engkau memang lemah. Ooo, engkau tak pandai, engkau memang bodoh.”

Haa, kan terbukti tu. Minda berfungsi ikut ape yang disebut oleh hati.

Jadi, kalau kite niat ‘Nawaitu saomarudin……’ tak ke minda akan percaya dan dia akan pastikan kite tahan berdepan dengan puasa esoknya?

Dan kalau kite tak berniat langsung, minda pun kata:

 ‘engkau memang lapar hari ni, takyah puasala. Penat je. Engkau pun letih tu’.
Maka memanglah kite akan letih, lemah, longlai,lesu,lembik,lentok dan semualah. Rugilah. Sama2 kite baiki dan fikir2kan. 

P/s: Selamat meyambut bulan yang penuh berkat.
Selamatberpuasa,bersahur,bertadarus,bertahajjud,berbuka dan selamat,selamat,selamat. Hehe!
 Mohon teguran jika ada kesalahan ;) Sharing is loving !






Ahad, 15 Julai 2012

Aku : Masih merindui ~





Assalamualaikum qalb.


“Masihkah engkau setia dengan cintamu?”


>Saat ini diriku dihimpit  rase yang penuh dengan penyesalan.<

Aku merindui dugaan dan ujianNya.

YaAllah,

Aku merindui mehnah daripadaMu

Kerana aku ingin menikmati cinta dan kasih sayangMu

Yang dulunya menjadi sinar dalam kehidupanku

YaAllah,

Sungguh, di dalam hati ini

Aku semakin bimbang jika hari ke hari yang aku tempuh

Akan semakin menjauhkan jarak kite

Aku takut untuk kehilangan cintaMu yang hebat itu

YaRahman,

Jadikan aku ini hamba yang solehah

Agar aku sentiasa mengharapkan cahaya hidayahMu

Agar aku tidak kehilanganMu

Kerana Iman di dalam jiwaku ini bisa bertambah dan berkurang

Lantas, Janganlah Engkau berpaling dari hamba yang dhaif ni.

YaRahim . . . Kasihanilah aku.

Aku merindui saat indahku bersamaMu. Saat dimana ujian singgah padaku dan membuatkan aku semakin hampir denganMu. Maka saat itu aku tidak akan lupa dan lalai tetapi aku mampu menikmati cinta dan kasih sayang khalidku sendiri.. Subhanallah!


p/s:

Bersangka baiklah pada Allah.
Nikmatilah ujianNya, kerana itulah tanda cinta Allah kepada hambaNya.
Gunalah mase yang ada dgn sebaiknya untuk menikmati CINTA YANG AGUNG.

Ampunilah dosaku yaAllah.

Love Allah!

Sabtu, 14 Julai 2012

Cintamu padaku: Tak perlu bersebab!


Cinta Suci dah semestinya tak perlukan sebab.

Kalau kita mencintai seseorang itu  bersebab, maka kesucian cinta  tu boleh dipertikai.

Boleh mengambil ke-handsome-an sebagai sebab.

Boleh mengambil ke-clever-ran sebagai sebab.

Boleh mengambil ke-caring-an sebagai sebab.


Namun sebenarnya , cinta suci tak perlukan semua tu.

Memang cinta harus dilandaskan pada kesamaan dan kesesuaian antara yg menyinta dan yg dicinta .

Namun, mahabbah al-isyq takkan sirna setelah berpadunya roh atau jiwa atau bertemunya ikatan batin.

Wahai diriku!

Berhati-hatilah apabila ada lelaki yg terlalu memuja-mujamu. Dia mungkin mengatakan betapa terpesonanya dia melihat wajah kamu yg jelita, suara kamu yg merdu dan sikap kamu yg lemah-lembut.

Tapi, Ingat!

Ketika kesemua ciri tu da takde, dia mungkin akan melupakan kata-katanya itu.

Sebaiknya, pilihlah lelaki yg tak terlalu memuji-muji anda dan dia memilih anda seadanya. Sebab itulah tanda bersedianya dia untuk terus mencintai biar apapun keadaannya nanti.

Orang yg mudah memuji juga akan mudah mengeji.



p/s: sesungguhnya cinta suci tak pernah perlukan sebab. Cinta itu keagungan seorang
       manusia.

Jumaat, 6 Julai 2012

Let's think!


All of us,

Let’s think !

When we’re happy,
What make us happy?

When we’re sad,
What the matter?

When we’re angry,
Should we disgorge the anger to the people around us?

When we’re get confuse,
What should we do?

When we feel guilty,
What have we done?

When we have any problem,
Should we give up easily?

And

When someone hurts our feelings,
Should we cry and hurt ourselves?

Be credible about the feeling,
We’ll succeed if we know
How to control the feeling …

Someone says:
 Life isn’t a race but a journey to be survival each step of the way ~


p/s:

Don’t run through life so fast that u forget not only where u’ve been, but also where u going.