Sahabat Baru :)

Ahad, 23 Februari 2014

HADIS 6 : HALAL - HARAM - SYUBHAT


صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَالْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)).
رواه البخاري ومسلم.


Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

rujukan;

Kitab Hadis 40



Keteranagan Penulis :

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini sekali lagi telah mempertemukan kita dalam perbincangan mengenai isi kandungan yang terdapat dalam Hadis 40. Tajuk kali ini adalah HALA - HARAM - SYUBHAT yang mana merupakan salah satu daripada perkara yang menjadi rutin dalam penghidupan kita seharian. Moga dengan sedikit ilmu yang dibekalkan ini, amal ibadat kita akan bertambah baik dari masa ke masa. InsyaALLAH. 

          Dalam hadis yang keenam ini terdapat 4 pokok utama yang perlu diperjelas dan diperbincangkan secara rapi supaya ianya lebih jelas dan nyata. Perkara pertama yang menjadi persoalan adalah Barang yang padanya adalah Haramdiikuti Barang yang padanya adalah HalalBarang yang padanya adalah Syubhah dan Persoalan Hati. Empat aspek ini akan cuba kita kupas dengan lebih mendalam supaya sudut pemahaman kita lebih meluas dan terjaga. InsyaALLAH.

1. Barang yang padanya adalah Haram

Dalam hadis diatas, adalah dinyatakan bahawa perkara yang haram itu adalah jelas dari sudut hukumnya dan terang-terangan dinyatakan di dalam Al-Quran mahupun Hadis. Sebagai contoh, hukum memakan babi telah nyata di dalam Al-Quran adalah Haram sebagaimana berikut:

"Sesungguhnya ALLAH hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah dan daging babi"
Surah al-Baqarah (2;173)

Jika dirungkaikan, masih terdapat banyak lagi hukum-hakam yang telah dinyatakan jelas oleh ALLAH SWT baik di dalam Al-Quran mahupun melalui Hadis-Hadis Rasulullah SAW. Hendaklah difahami bahawa barang yang haram itu bukanlah semata-mata terletak kepada makanan mahupun minuman semata-mata bahkan jua kepada semua aspek kehidupan. Sebagai contoh, zina itu adalah haram dan jijik di sisi Islam. Menfitnah juga merupakan satu perbuatan yang haram.

Ibn Battal menyatakan bahawa apa yang dinaskan oleh Allah s.w.t tentang keharamannya maka ia adalah haram yang jelas. Ianya boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang dilarang oleh syariat melakukannya dengan larangan yang pasti, yakni tidak boleh berubah, sehingga mendedahkan sesiapa yang melanggar larangan itu kepada siksa Allah s.w.t. di hari akhirat, dan ada kalanya boleh menyebabkan dia menerima siksa yang ditetapkan oleh syariat juga di dunia. Menurut ilmu usul al-Fiqh pula, haram ialah khittab Allah yang menuntut supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan secara pasti iaitu suatu perbuatan yang diberi pahala apabila menjauhinya dan berdosa serta mendapat seksa jika dilakukan.

Sesuatu perkara yang dinaskan di dalam al-Quran dan al-Hadith, dapat diketahui keharamannya melalui lafaz haram, lafaz nafi halal, lafaz tegah atau nafi (صيغة النفي) , lafaz suruhan supaya menjauhi dan meninggalkan dan menjelaskan sesuatu perbuatan itu mengandungi dosa.
Dr Yusuf al-Qardawi di dalam kitabnya Halal wa al-Haram fi al-Islam telah menyatakan 11 prinsip-prinsip ajaran Islam tentang halal dan haram:

1. Asal tiap-tiap sesuatu adalah mubah (membolehkan)
2. Menentukan halal haram semata-mata hak Allah
3. Mengharamkan yang halal dan sebaliknya sama dengan syirik
4. Mengharamkan yang halal akan mengakibatkan timbulnya bahaya
5. Setiap yang halal tidak memerlukan yang haram
6. Apa saja yang membawa kepada haram adalah haram
7. Bersiasat terhadap hal yang haram, hukumnya adalah haram
8. Niat baik tidak dapat melepaskan yang haram
9. Menjauhkan diri dari syubhat kerana takut terlibat dalam haram
10. Sesuatu yang haram berlaku untuk semua orang
11. Keadaan terpaksa (darurat) membolehkan yang terlarang
Moga perkongsian sedikit sebanyak ini dapat memberi peringatan kepada kita. Justeru, marilah kita lihat pula fokus kedua dalam hal ini. 

2. Barang yang padanya adalah Halal

Seterusnya adalah persoalan mengenai perkara yang halal. Sepertimana juga perihal barang yang padanya adalah haram, Halal juga telah dinyatakan dengan jelas oleh ALLAH supaya tidak timbul keraguan diantara kita hambanya yang daif ini.

Ibn Battal menyatakan bahawa halal adalah apa yang dinaskan oleh Allah s.w.t tentang kehalalannya maka ia adalah halal yang jelas. Ianya boleh didefinisikan sebagai perkara yang diperbolehkan, atau mubaah, yang telah gugur daripadanya ikatan atau simpulan bahaya, dan syariat membenarkan perbuatannya. Berdasarkan pandangan ilmu usul al-Fiqh, halal juga disebut sebagai mubah, ibahah dan jaiz iaitu perkara yang diberi pahala apabila melakukannya dan tidak ada apa-apa dosa jika meninggalkannya. Antara lain adalah khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya.

Sesuatu perkara yang dinaskan di dalam al-Quran dan al-Hadith, dapat diketahui keharusannya melalui lafaz al-Amr atau suruhan yang membawa faedah harus berdasarkan qarinah yang mengubah daripada wajib kepada harus, lafaz halal, lafaz mengangkat junah (رفع الجناح), lafaz mengangkat ithm ( رفع الإثم ) dan lafaz mengangkat al-Haraj (الحرج) .
Justeru, mereka yang beriman dan menjaga imannya pasti menjaga barang yang halal di sekelilingnya. Jadi, marilah kita menjaga barang halal di sekeliling kita. Menyentuh pula kita topik atau fokus yang ketiga iaitu barang yang padanya adalah syubhah. 
3. Barang yang padanya adalah Syubhah

Syubhah merupakan satu perkara yang agak panjang untuk diperbincangkan dan perlu diperhalusi secara lebih mendalam. Dinyatakan dalam hadis diatas bahawa "Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram..." menunjukkan bahawa perkara syubhah ini merupakan suatu pokok persoalan yang tidak boleh dipandang enteng (mudah).

Di sini ana tidak mampu untuk menghuraikan secara lebih mendalam, jadi ana mohon kepada pembaca untuk melihat dan membaca dengan lebih jelas di sini.

Hendaklah diingatkan bahawa, mereka yang wara' itu akan meninggalkan perkara yang padanya mempunyai sifat syubhah keran mereka risau akan jatuh ke dalam lembah yang haram sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis diatas.

4. Persoalan Hati

Dalam hadis ini juga Nabi Muhammad SAW menegaskan tentang persoalan hati dengan sabdanya: "Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati..." menunjukkan bahawa hati itu merupakan satu tempat yang mana menjadi pangkal kepada permulaan kepada sesuatu. Cuba kita renungkan kembali, dalam persoalan niat. Takkala kita ingin mengerjakan solat, kita semua disuruh untuk niat dan dimanakah tempat niat itu? Hati bukan? Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebaikan perilaku seseorang itu didatangi dan dipengaruhi oleh hati. Jika baik hati seorang itu, maka baiklah peri dan lakunya dan sekiranya buruk hati seorang itu, maka buruklah hasilnya. Hendaklah diingat bahawa Rasulullah begitu prihatin dalam soal menjaga hati ini. Hal ini boleh dilihat di dalam beberapa hadis berkaitan: 

Dan dari Wabishah bin Ma’bad rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku datang kepada Rasulullah , beliau bersabda: Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata,” Ya.” Beliau bersabda, “Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.

(Hadits hasan yang kami riwayatkan dari Musnad Imam Ahmad bin Hambal dan Musnad Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan)

Firman Allah dalam Surah Al-Hijj

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ 
وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Ertinya: "Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat berakal (memahami) atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
(Al-Hajj: 46)

Bagitulah Sabda Rasulullah SAW dan Firman ALLAH SWT mengenai hati dan masih terdapat banyak lagi persoalan mengenai hati ini. Ia merupakan sesuatu yang kecil dan senang dijaga tetapi susah dipelihara. Dalam hadis di atas, ketenangan itu datangnya dari hati yang suci dan bersih. Maka, bagaimana mungkin kita hari ini mampu untuk mencapai sebuah ketenangan jika sekiranya kehidupan kita sehariannya dikelilingi maksiat yang senang sahaja berleluasa? 

Ayuh kita lihat pula firman ALLAH yang menggambarkan bahawa mereka itu mempunyai panca indera namun gagal menggunakan ia sebaiknya sekaligus menyebabkan ketenangan itu hilang dan menyebabkan hati kita semakin hari semakin hitam dengan kemaksiatan. Justeru, sentiasalah kita beribadah dan muhasabah diri kita agar kita tidak terpesong dari agama ALLAH ini. Moga ALLAH senantiasa memelihara hati kita dan terus berada di jalannya.

InsyaALLAH.

 Ana rasa cukuplah dulu perkongsian untuk kali ini. Sekian, Salam Ramadhan dan terima kasih. Moga Ramadhan ini menjadi medan bagi kita dalam membersihkan hati kita yang pastinya semakin hari semakin gelap dan hitam ini. Moga ALLAH terbitkan cahaya disebalik kehitaman dan kegelapan itu. InsyaALLAH. 



Nukilan Ikhlas
NOTA KAKI
Penulis merupakan seorang yang masih belajar dan sedang belajar dan akan terus belajar. Sekiranya terdapat
sebarang kesilapan dalam penulisan ini, harap ditegur. Sekian, wassalam, Komen anda amat saya hargai. 








*Sedikit perkongsian. Hadis ke-5  saya belajar. Ini versi Melayu =)

Sabtu, 22 Februari 2014

Hidayah Allah datang... Sambutlah!

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah masih dalam nikmat Iman dan Islam.


Kalau kite dengar hari ini terlalu ramai yang terpesong jauh dan mempersoalkan Allah atas segala apa yg dikurniakan didunia ini. Bahkan ada juga mereka yg anti Hadis. Nauzubillahi min zalik.

Manusia ini cepat lupa sebenarnya. Daripada ejaannya sendiri dibuktikan:

نسي - ينسي - مأنسي

Dalam bahasa arab: ia bermaksud LUPA! kan betul kita ni pelupa.

Belajar mencari hikmah dengan apa yang disuruh dan dilarang. Bukan mempersoalkan.

Kalau kita cuba bersangka baik dengan DIA insyaAllah tiada keraguan di hati yang rapuh tu.

Jangan cepat melatah, marah Allah itu tidak sama dgn manusia. 



Bismillahirrahmanirrahim.



Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


   Dalam Surah An-Nur ayat ke 35 ini Allah membuat perbandingan nur dan hidayah yang dikurniakan kepada manusia yang beriman seperti lampu yang berada di dalam bekas kaca, cahayanya memancar menerangi setiap sudut dengan penuh gemerlapan. Orang yang diberi hidayah akan hidup dalam kerahmatan dan keredhaan Allah sentiasa. InsyaAllah.

Bagaimana untuk kita terus Istiqamah setelah mendapat hidayah? ya walaupun sedikit.

Semoga Allah yang Maha Pemurah memberi lebih dan lebih hidayahNya kepada kita. 

Peringatan ini juga amat berguna untuk diri saya yang serba dhaif lagi jahil ini.

Mustaqim dan Istiqamah asalnya dari perkataan yang sama. 

Ada beberapa panduan yang diberikan yang ingin saya kongsikan:


1) Jangan bimbang pandangan orang lain.

Abu Talib ‘takut’ pandangan pembesar Qurasyh yang lain, begitu bimbang mengenai apa yang akan ‘diperkatakan’ setelah dia meninggal, sekiranya dia menjadi seorang Muslim, maka kerana ke’risau’an inilah yang menyebabkan Abu Talib tidak mengucap Syahadah.

2) Sibukkan diri dengan hal sendiri bukan orang lain.

Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita ‘menyibukkan’ diri menilai orang lain kata Mufti Menk. Bergossip membuatkan kita sibuk dengan hal dan aib orang lain sehingga terlupa menilai diri. Bergossip dan berkata buruk sudah cukup berdosa, apatah lagi mengaibkan dan memfitnah. Sibukkan diri mengenai hal diri, kekurangan diri, keluarga, daripada orang lain. InsyaAllah Allah akan beri kita hidayah.

3) Hidayah akan kekal sekiranya kita sentiasa i) Beristighfar dan ii) Bertaubat.

Beristighfar bererti kita memohon maaf setelah tersedar dan setelah melakukan apa saja dosa dan kesilapan, namun bertaubat bererti kita kembali kepada Allah dengan memalingkan hati dan diri kearahNya. Beristighfar sahaja belum cukup, namun memalingkan diri kembali adalah kunci untuk mendapatkan hidayah, seterusnya mengekalkan hidayah itu. Kita PERLU dan mesti sentiasa beristighfar dan bertaubat, Allah memberi Taubah itu sebagai hadiah kepada hambaNya, bayangkan jika tiada konsep taubah?  InsyaAllah Allah akan menunjukkan kita jalan yang lebih baik dari sekarang.

4) Amalan yang berterusan.

Lagi dan lagi. Tambah dan tambah amal. Bagaimana? Dengan mengikhlaskan hati, mencari dan mencari dan mengikut contoh dari Rasulullah SAW

5) Sampaikan kebaikan.

 Hidayah akan terkesan dan kekal sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan kebaikan. Konsep Amal ma’ruf nahi mungkar ini dapat mengingatkan diri dan orang lain. Ya, marilah kita sebarkan kebaikan, kasih dan sayang, bukan kebencian, keburukan dan kejahatan! Walaupun sedikit! Sedikit sekalipun ianya akan dinilai Allah Al-Hasib.

6) Carilah kawan yang solehah.

Pilihlah kawan kita, kawan atau rakan yang akan MENGINGATKAN kita sekiranya kita tergelincir. Rakan dan sahabat yang jujur memberi teguran. Seram sejuk apabila mufti memberikan contoh bagaimana nanti, apabila dibangkitkan kembali, sahabat karib kita akan menjadi musuh, bercakaran sesama sendiri, bertanya kepada kita – “kenapa engkau tidak menasihati aku dulu?” “Engkau tahu apa yang aku lakukan salah, kenapa engkau tidak ingatkan?” Na’zubillah. Mari kita ingatkan rakan kita, dengan penuh hikmah dan kasih.

7) Hidayah akan kekal dengan Ilmu.

Kita perlukan ilmu untuk berada di atas jalan yang benar. Terus dan terus dan terus tanpa henti menggali ilmu dari sana dan sini. Dari sumber yang sahih lagi dipercayai. Lebih banyak kita tahu lebih banyaklah kita tahu yang kita ini tidak tahu.


    InsyaAllah semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah SWT. Kita semua sebenarnya sama saja, sedang berjuang dan berusaha untuk lebih dekat denganNya. Ingatlah Allah. Ingatlah Allah pada setiap masa dan ketika, bukan hanya apabila bertasbih selepas solat di atas sajadah. Jika semua umat Islam dan semua orang memegang konsep Allah melihat apa sahaja kita lakukan, MasyaAllah bayangkan betapa banyaknya kemungkaran dan kejahatan tidak akan berani dilakukan.

Wallahu 'alam.

Khamis, 20 Februari 2014

Santapan telinga petang ini =)



PATAH HATI

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU 
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA