Hidayah Allah datang... Sambutlah!

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah masih dalam nikmat Iman dan Islam.


Kalau kite dengar hari ini terlalu ramai yang terpesong jauh dan mempersoalkan Allah atas segala apa yg dikurniakan didunia ini. Bahkan ada juga mereka yg anti Hadis. Nauzubillahi min zalik.

Manusia ini cepat lupa sebenarnya. Daripada ejaannya sendiri dibuktikan:

نسي - ينسي - مأنسي

Dalam bahasa arab: ia bermaksud LUPA! kan betul kita ni pelupa.

Belajar mencari hikmah dengan apa yang disuruh dan dilarang. Bukan mempersoalkan.

Kalau kita cuba bersangka baik dengan DIA insyaAllah tiada keraguan di hati yang rapuh tu.

Jangan cepat melatah, marah Allah itu tidak sama dgn manusia. 



Bismillahirrahmanirrahim.



Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


   Dalam Surah An-Nur ayat ke 35 ini Allah membuat perbandingan nur dan hidayah yang dikurniakan kepada manusia yang beriman seperti lampu yang berada di dalam bekas kaca, cahayanya memancar menerangi setiap sudut dengan penuh gemerlapan. Orang yang diberi hidayah akan hidup dalam kerahmatan dan keredhaan Allah sentiasa. InsyaAllah.

Bagaimana untuk kita terus Istiqamah setelah mendapat hidayah? ya walaupun sedikit.

Semoga Allah yang Maha Pemurah memberi lebih dan lebih hidayahNya kepada kita. 

Peringatan ini juga amat berguna untuk diri saya yang serba dhaif lagi jahil ini.

Mustaqim dan Istiqamah asalnya dari perkataan yang sama. 

Ada beberapa panduan yang diberikan yang ingin saya kongsikan:


1) Jangan bimbang pandangan orang lain.

Abu Talib ‘takut’ pandangan pembesar Qurasyh yang lain, begitu bimbang mengenai apa yang akan ‘diperkatakan’ setelah dia meninggal, sekiranya dia menjadi seorang Muslim, maka kerana ke’risau’an inilah yang menyebabkan Abu Talib tidak mengucap Syahadah.

2) Sibukkan diri dengan hal sendiri bukan orang lain.

Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita ‘menyibukkan’ diri menilai orang lain kata Mufti Menk. Bergossip membuatkan kita sibuk dengan hal dan aib orang lain sehingga terlupa menilai diri. Bergossip dan berkata buruk sudah cukup berdosa, apatah lagi mengaibkan dan memfitnah. Sibukkan diri mengenai hal diri, kekurangan diri, keluarga, daripada orang lain. InsyaAllah Allah akan beri kita hidayah.

3) Hidayah akan kekal sekiranya kita sentiasa i) Beristighfar dan ii) Bertaubat.

Beristighfar bererti kita memohon maaf setelah tersedar dan setelah melakukan apa saja dosa dan kesilapan, namun bertaubat bererti kita kembali kepada Allah dengan memalingkan hati dan diri kearahNya. Beristighfar sahaja belum cukup, namun memalingkan diri kembali adalah kunci untuk mendapatkan hidayah, seterusnya mengekalkan hidayah itu. Kita PERLU dan mesti sentiasa beristighfar dan bertaubat, Allah memberi Taubah itu sebagai hadiah kepada hambaNya, bayangkan jika tiada konsep taubah?  InsyaAllah Allah akan menunjukkan kita jalan yang lebih baik dari sekarang.

4) Amalan yang berterusan.

Lagi dan lagi. Tambah dan tambah amal. Bagaimana? Dengan mengikhlaskan hati, mencari dan mencari dan mengikut contoh dari Rasulullah SAW

5) Sampaikan kebaikan.

 Hidayah akan terkesan dan kekal sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan kebaikan. Konsep Amal ma’ruf nahi mungkar ini dapat mengingatkan diri dan orang lain. Ya, marilah kita sebarkan kebaikan, kasih dan sayang, bukan kebencian, keburukan dan kejahatan! Walaupun sedikit! Sedikit sekalipun ianya akan dinilai Allah Al-Hasib.

6) Carilah kawan yang solehah.

Pilihlah kawan kita, kawan atau rakan yang akan MENGINGATKAN kita sekiranya kita tergelincir. Rakan dan sahabat yang jujur memberi teguran. Seram sejuk apabila mufti memberikan contoh bagaimana nanti, apabila dibangkitkan kembali, sahabat karib kita akan menjadi musuh, bercakaran sesama sendiri, bertanya kepada kita – “kenapa engkau tidak menasihati aku dulu?” “Engkau tahu apa yang aku lakukan salah, kenapa engkau tidak ingatkan?” Na’zubillah. Mari kita ingatkan rakan kita, dengan penuh hikmah dan kasih.

7) Hidayah akan kekal dengan Ilmu.

Kita perlukan ilmu untuk berada di atas jalan yang benar. Terus dan terus dan terus tanpa henti menggali ilmu dari sana dan sini. Dari sumber yang sahih lagi dipercayai. Lebih banyak kita tahu lebih banyaklah kita tahu yang kita ini tidak tahu.


    InsyaAllah semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah SWT. Kita semua sebenarnya sama saja, sedang berjuang dan berusaha untuk lebih dekat denganNya. Ingatlah Allah. Ingatlah Allah pada setiap masa dan ketika, bukan hanya apabila bertasbih selepas solat di atas sajadah. Jika semua umat Islam dan semua orang memegang konsep Allah melihat apa sahaja kita lakukan, MasyaAllah bayangkan betapa banyaknya kemungkaran dan kejahatan tidak akan berani dilakukan.

Wallahu 'alam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .