Sedetik Lebih . . .

"...Kasihku ku amat mencintai kamu kerana kau beri erti hidup.
 Ku kan terus mencintai sedetik lebih selepas selamanya..."

~~Sayu mendengar lagu Anuar Zain ini.

Begitu menusuk kalbu dan membuai jiwa. 

Adakah aku akan berasa sedemikian jika mendengar sewaktu hatiku gembira?

(agak meraguinya, namun kemungkinan itu ada.)

Cuma ia bukanlah kesedihan, tetapi boleh dikatakan sebagai ‘Kesyahduan dalam kegembiraan’.

Satu yg saya belajar tentang lagu ialah kebanyakkannya berkisarkan kisah kehidupan.




Ada suka. Ada duka. Ada tawa. Ada seloka.








Liriknya pula menguatkan lagi keasyikan kita mendengar lagu tersebut.

Menghayati penceritaan disebalik apa yang cuba disampaikan oleh penggubah lagu dan penulis lirik. 

Kemudian secara tak langsung mengaitkan ia dgn diri kita.

Apabila lagu berkenaan berkait benar dengan kehidupan kita, maka kita akan mudah tersentuh. 

Mudah mengalirkan ai rmata dgn setiap liriknya kerana ia seperti cerita kita yg dikisahkan, dan suara hati kita yg diperdengarkan kepada umum. 

Tidak hairanah ramai yg mampu menangis meskipun mendengar sebuah lagu yg cuma beberapa minit. 

Kerana . . .

dalam beberapa minit itu, mengandungi 1001 rasa, 1001 kisah yg hanya seseorg itu dpt fahami.

Mengambil bait dlm lirik lagu berkenaan membuatkan saya terfikir. 

Apakah yg akan saya lakukan jika saya mempunyai sedetik lebih daripada apa yg sedang atau telah saya lalui?

dan

 Apakah yg akan saya ubah atau mungkin saya akan lakukan ? 

ada masa2nya , sedetik itu dirasakan amat bermakna kerana di dalam sedetik itu mengandungi harapan. 

Sedetik lebih... itu membuatkan kita merasa kita mampu mengubah sesuatu.
Sedetik lebih... utk kita perbaiki diri. 
Sedetik lebih... utk kita tidak mengulangi kesilapan. 
Sedetik lebih... utk kita tak melakukan apa yg akan kita sesalkan. 
Sedetik lebih... utk segala2nya pada masa2 tertentu begitu bermakna buat diri kita.

Kadangkala kita tak menghargai masa dan peluang yg ada di depan mata. 

Kita menjangkakan kita masih mempunyai banyak masa. 

Kita masih mempunyai banyak peluang dan ruang. 

Sehingga sesuatu terjadi,  dan kita tegamam. 

Sewaktu itu barulah kita sedar bahawa kita perlukan sedetik lebih berkenaan.

Org kata:

 "..menyesali dan berharap kepda sesuatu yg bukan lagi di dalam genggaman kita adalah perkara yg sia-sia. Sewaktu kita genggam itulah seharusnya kita gunakan sebaiknya. Sama seperti setiap detik dan setiap saat. Kita pastikan ia bermakna."

Sedetik itu adalah telalu terlalu singkat! 

Lebih2 lagi bagi mereka yg mengharapkan dapat membuat perubahan dalam sedetik berkenaan. 

Sedetik juga boleh menjadi terlalu panjang, buat mereka yg mahukan agar sedetik itu lekas2 ditinggalkan.

Ini bukan soal perasaan atau jiwa semata2. Ia merangkumi semua tentang kehidupan. 



Masa tidak menunggu kita. Sedetik itu bukan selamanya milik kita. 

Jangan mengharapkan kepada sedetik lebih, sebaliknya berpeganglah kepada sedetik yg kita ada. 

Itu adalah lebih baik.




p/s: sedetik sudah berlalu sewaktu ingin memiliki sedetik lebih masa…

Ulasan

Catat Ulasan

Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat