Sahabat Baru :)

Khamis, 30 Ogos 2012

oh..oh..oh.. balik kampung =)

Assalamualaikum.. haa,jawab..jawab..

Heehee..Ingat nak update hari Rabu lagi. Tapi tak sempat. takpelah Farisya update sekarang yee.


 
Kelantan ---> Selangor



Minggu kedua syawal, kami ramai2 anak menantu konvoi balek beraya di kampung sebelah Abah pulak ..

^____^"

Sebelum ziarah rumah Makcik ngan Pakcik. Abah bawak kami ke kubur Atuk.




 Sekarang ni, nak sambung kisah hari raya je =D hihok! Rasanya, tak banyak nak taip kot. 

Kampung sebelah abah kat Kuang, Selangor. So, minggu kedua ni kami ronda2 area Selangor lah. Best la jugak beraya kat sini sebab ramai sedara.

Sekarang pun dalam mood raya lagi ;)

on the way balek Klang, rumah Pak Ngah..

Tunggu ketibaan org Kelantan yee..hee!

Ok lah, 

ketandusan kata2 nak menaip. Gambar pun tak banyak nak upload haa.

Kami pun dah nak sampai Klang ni.

p/s:

Untuk awak2 yang fly hari ni. Selamat tiba ke destinasi yang dituju ye ;)

Daaa, Jumpe lagi!



Sabtu, 25 Ogos 2012

Boleh ke serik bercinta?





Mungkin hari ini Allah memisahkan kite dengan seseorang sebab kite akan ditemukan dgn orang yg lebih baik daripadanya.

Kite bercinta seadanya sewaktu dialam percintaan supaya kite mudah menerima sebarang kegagalan jika dah disuratkan begitu... belajar daripada pengalam sendiri

Tetapi

Bercintalah anda sesungguh dan sepenuhnya bila dah berkahwin nanti sebab tulah yang menjamin kebahagiaan dalam hidup bersama.

Andai kata seseorang tu jujur nak mendampingi kite, rasanya kite tak harus tutup pintu hati untuknya.

 Menutup terus pintu hati akan hanya merosakkan perasaan sendiri sbb manusia memang perlukkan kasih sayang untuk memenuhi kehendak nuraninya.

Namun

Jika da putus!

Wajarlah untuk kite menjauhinya. Itu hak kite and takde sape2 pun boleh menafikannya.

Katakan saja padanya:

“Saya dah takde hati untuk terima sape2 dalam hidup saya”

Tak perlulah pikir lagi sama ada dia akan kecewa atau tak sebab da semestinya kite dah tak inginkan dia lagi bila da berani cakap cam gitu kan.

P/s: Selamilah cinta untuk melihat keindahan yg tersembunyi daripada penglihatan dan pengetahuan kite sekian lama.Awak, takkan kita rasa indahnya cinta andai tiada cinta buat yang Esa ..

Isnin, 20 Ogos 2012

Dunia: mengajarku melihat diri !


Nak kelip mata pun rase macam rugi. Aneh betul ape yg aku rasa ni. Tapi betullah, apa yg
terpampang depan mata ni memang indah, sangat2 indah.



Inilah keindahan dan keunikkan bumi Allah, memang takkan basi dengan pujian,
 takkan lekang dgn kesyukuran
dan takkan hilang selagi diberi kesempatan.


Aku terfikir...
Sekecil mane pun peta dunia, Allah kurniakan rezeki kehidupan pada manusia, sekecil mane pun sesuatu tempat tu, tetap ada penghuninya. Satu nikmat yg takkan mampu disangkal oleh sesiapapun kecuali DIA.


Aku perhatikan diri…
Ya! Aku manusia biasa yg terdorong membandingkan pelbagai perkara dalam hidup, susah dan senang kehidupanku, pelajaran, pengorbanan, percintaan, eh! Semualah. Terkadang aku mengagumi kemewahan dan kesenangan org lain, sedangkan aku.. terkapai-kapai dalam duniaku tersendiri.


Eh! Bukan menidakkan kudrat sendiri, tapi aku Cuma mengagumi. Aku tahu dan sedar, rezeki  setiap satu daripada kite berbeza, dan selagi kita bernyawa selagi tulah rezeki akan dikurniakan kepada kita. Cuma mungkin semangat aku tak setara dengan semangat dan usaha mereka. Atau belum masanya ?


Aku perhatikan diri lagi…
Nampak macam takde yg istimewa, biasa-biasa je. Tapi aku masih tetap dikasihi oleh keluarga, teman-teman dan sahabat handai. Aku masih juga bisa didampingi, dikelilingi oleh teman dan masih diberi nikmat persahabatan yg erat.


Mungkin istimewanya aku terzahir di hati mereka.
Dan tentang mereka, setiap satunya unik dalam cara yg berbeza.
Oh, mungkin juga mereka punya pendapat yg sama sepertiku.


Aku perhatikan manusia terdekat denganku…
Masing-masing dgn cara dan isu tersendiri, betapa kite semua dijadikan penuh warna-warni, penuh beza namun tetap unik, istimewa pada sesiapa yg menikmatinya.


Kata org: 

“hidup ini umpama roller coaster”

Yg sentiasa naik dan turun, Cuma terpulang pada kite untuk menerima cabaran itu dgn tabah atau takut sepanjang masa. 


Ada benarnya jugak kata2 itu. 




Aku? 








.. Mungkin masih cuba mencari jalan untuk menilai perjalanan tersebut. Atau mungkin aku   sedang berada di dalam perjalan itu tanpa aku sedari.


Aku melihat jam ditangan…
Melihat nombor yg menunjukkan pergerakkan masa yg tiada kesudahan. Takkan berhenti walau sepicing pun kecuali bila kite telah dijemput nanti. Berjalan dan terus berjalan. Aku juga makin dihambat usia, begitu juga kamu, kamu dan kamu.


Aku masih leka, terpana melihat semua orang bergerak mengikut  takdir  mereka. 


Adakah aku hanya memerhati disini?


Dan sekiranya YA, aku harap aku dapat mengambil pengajaran dalam tiap2 pemerhatianku nanti. Sampai  masa, aku tidak mahu lagi memerhati, aku juga ingin berlari mencapai mimpi.


Subjektifnya kehidupan ini, indah dgn cara tersendiri. Sedangkan aku pula mengulas dgn misteriku yg mungkin hanya difahami oleh aku atau segelintir pemikir  yg tiada apa yg mahu dilakukan.


Apa pun, aku mesti di sini, tidak bersendiri. Masih disayangi dan perlu manghabiskan rutinku.


Wahai diri…
Bersyukur dan bertabahlah atas setiap apa yg mendatang. Setiap satu kurniaan nikmat itu, tersimpan rahmat yg perlu kite syukuri. Melihat dunia, mengajarku melihat diri =)




P/s: Kembali dgn post panjang2 ^^ hee!



Jumaat, 17 Ogos 2012

Dah siap pun !



Kali ni,, Kite taknak cakap banyak, wak =P
Sebelum line semakin semput. 
so, nak je cepat2 wish,hee!

Awak,
Nah! simple editing ni..
nak sangat suruh kite cepat2 buat kan.
sangat simple. tak sempat la.

Sape2 yang invite pergi rumah tu,
Hee, insyaAllah nanti sampailah saya ke rumah awak ye ;)
so,
to all my redears:
Kite nak ucapankan  




"Selamat Hari Raya Aidilfitri"


Dikesempatan yang ada ni,
Mohon maaf andainya sya da banyak buat salah & silap ye.

Kepada yg mengenali dirinya dgn lebih dekat:
Sory for everything what I've done but I promise to fine tuning it
and take immidiate step to correct it..insyaAllah
Haaa..bahagian korang pulak, sya da 0-0 kan ;)
anyway girls, 
doakan result trial sya gempak2 seket ek
and sya dapat high score untuk SPM nanti tau.. doakan!
Thanks..

Jom layan music raya seket.. amik mood =D


dah.dah.
sapu air mate tuu ;)
buruk sangat! Senyum seket laa..
Kite happy seket okea.

P/s:
Jemput datang beraya ke rumah ^^

Rabu, 15 Ogos 2012

Pssst ~ dengar ni :)

Cube dengar elok2 ye :




^___^

amacam?

Anyway, thanks for being my precious one kakak!


p/s:

Selamat Hari Raya Kak (=


Maafkan sume salah silap Sya yee. And sory if sya gagal jadi sahabat yg baik. Kalau Sya buat silap, jangan segan2 nak tegur sebab sahabat yg menasihati 1000 kali lebih baik dpd sahabat yang memuji,awak!
 Doakan yg terbaik untuk sya deh. hee~

dah.dah.dah

Sweetnya Kak Irine !


Dengan berbahagianya:

Selamat menempuh alam bahagia bersama suami Kak Irine ;)  da sebulan lebih pun!

Sini, saya share seket video Pernikahan dan Persandingan mereka berdua ^__^"

-
-
-

Video Nikah 29 June 2012


Sedih time dengar lafaz sakinah tu ;(

-
-

and the last one  

Video Bersanding 30 June 2012 


Wahh! sweetnya mereka.. Rasa macam nak jugak la pulak =P 

ahai!

Maka dengan ini sudah lengkaplah kehidupan mereka berdua +,+ yeay!

Credit to Kak Irine:

Selamat Pengantin Baru ;)
Selmat menempuh alam perkahwinan. Susah senang sama2 ok
terima kekurangan dengan baik untuk menjadi yang terbaik maka sama2lah jadi pelengkap.

to her husband:

Jaga Kak Irine baik2 ye ;) hee~

Complete lah sudah ^^ 

Nak jugak! muehehe =P .. gatai

**the end**







Updatelah kejap ;)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. jawab,jawab

Hai, Hai, Hai..

Alhamdulillah Allah memberi ruang untuk menulis disini.

Hari ni : Trial is Over! 

^____^”

Wah, bestnyoo.. seketika pun jadilah best tu sebab exam besar pun dekat doh.

Anyway, malam ni bolehlah bergotong-royong buat biskut raye sama2 yea kakakku..

Buat mereka,
Sorry sebab sya tak layan both of u sangat time u all bercakap, time u all ajak buat tu buat ni and time sama2  masak pun tak cakap,kan. Budak tengah exam memang mood tak betul  :3 haha! 

Btw girls, sya muah2 both of u ketat2 ^

Credit to my bro-in-law:
Thanks for teaching me in Mathematics  <3 … bijak jugak abg ipar aku ni!

And,
Bulan ni kita dapat hadiah lagi wak ;)

Terima kaseh daun keladi! Sayang kakak2 saya :* 


Haaa.. istimewanya raya tahun ni sebab:
  •  Baju raya mencecah ratusan… thanks for this one!
  •  Pakai wedges kot time raya nanti… ma ai =D
  •  Celebrate bersama ahli keluarga baru.. both of my bro-in-law ;)
  •  And banyaks lagilah.. tak mau cite sgt =P


Anyway, Ramadhan hanya tinggal 3 hari saje lagi.. Akhirnya, nak pergi jugak tinggalkan kite =(
Terasa berat sangat hati ni. Amalan belum banyak. Sibuk dgn urusan peperiksaan. Astaghfirullah!

Jom sama2 guna masa yg tersisa ni lagi. Alhamdulillah masih diberi nikmat sebegini ;)

hah.Ini.sahaja.lah.dulu.

Ahad, 5 Ogos 2012

Hadis-Hadis Nabi : Mengenai Wanita =)





 Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-



  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

  7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

  16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

  19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.


Sumber :http://pusatislam.eng.usm.my