Sahabat Baru :)

Isnin, 18 Mei 2015

Aku memilih bukan menolak & menentang =)

In the name of Allah.

Sudah lama jari berhenti menaip =) kerana kekangan kehidupan yg baru (mungkin) hehe
Kali ini aku cuba kembali, kembali memberi sesuatu yang baru berlaku dan terjadi. Ia lebih berkisar kepada kehidupan aku disini.

Sungguh! Semakin lama disini, semakin banyak tayangan jalan kehidupan yang aku lihat. Watak-watak yang benar-benar menjadikan aku terpelajar mengenali manusia. Aku tidak kata aku ini sempurna kerana sebelum cukup itu adalah kurang. Jadi, kita belajar menerima kekurangan orang bukan MENGHUKUM terus-terusan. Kalau aku kata hidup aku disini bahagia, itu macam sedikit berbohong kerana waktu 'disana' dulu aku lebih terisi dan tenang. Ish! ini jalan pilihan aku, Allah tentukan maka Alhamdulillah apa adanya ^^

Yang menolak terus dianggap bersalah.
Yang tidak bersama terus diketepikan.

Padahal matlamat dan maqasid kita tetap sama:
Menuju Allah yg Maha Esa.

Aku tidak menafikan sedikit pun bahkan bukan sikap aku mengatakan dakwah itu salah. Cuma aku suka mengatakan dakwah itu banyak cabang dan caranya begitu juga keredhaan Allah. Dibelakang keredhaan kedua ibubapa itu bukankah ada terselit redha Allah.

Sebenarnya,
Konsepnya mudah saja, mensyukuri segala persamaan dan menerima segala perbezaan.
Bukankah itu perdamaian? 
Mahu meletakkan diri kita ini pada golongan yg mana?

Apa saja amalan yg menuju Allah itu dakwah dan kebaikan. Aku tidak menafikan yang itu, tetapi aku cuma kata 'jalan bawah' itu bukan pilihan aku. Itu sahaja, Bukankah aku berhak memilih? 
Aku membuat pilihan! Bukan menolak.

Semoga kalian mengerti itu!

Aku tidak menolak. Aku cuma tidak bersetuju jalan itu. Bukan menolak dakwah yg difardhukan keatas kita as a muslim semua dan bukan aku tidak ingin menjadi sebahagian yg menyertai kalian tapi aku tidak suka jalan itu. 

p/s: Bertoleransilah! Kalian hanya wajib mengajak, bukan wajib MEMAKSA bukan?! 

^________^"

Jumaat, 15 Mei 2015

WAJARKAH PENGIRAAN WANG HANTARAN DITAFSIR BERDASARKAN KELAYAKAN AKADEMIK PENGANTIN PEREMPUAN?

   (= Perkahwinan itu adalah perkara yang dituntut dalam agama Islam dan ia merupakan sebuah ikatan suci yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan =) 

Rasulullah bersabda: 
"Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).  

Namun!
Kebanyakan alasan yang diberikan untuk menangguhkan perkahwinan adalah kerana faktor permintaan wang hantaran yang terlalu tinggi, khususnya daripada rakyat Malaysia sendiri. 

Apakah yang dimaksudkan dengan wang hantaran?

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ke-4, wang hantaran adalah wang yang dihantar oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan dalam perkahwinan.

    Sebelum membincangkan perkara ini, penulis ingin merangkan sedikit mengenai konsep wang hantaran atau mahar dalam Islam. 

Mahar: adalah harta atau manfaat yang wajib ditunaikan oleh seorang lelaki kepada perempuan yang hendak dikahwininya.  

         Merujuk  kepada firman Allah yang bermaksud: "Berilah mas kahwin (mahar) kepada wanita yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan." - (An-Nisa: 4).  Rasulullah pernah meminta seorang sahabat yang ingin berkahwin supaya membayar mahar walaupun dengan sebentuk cincin besi dan tidak pernah berlaku dalam sebarang perkahwinan itu berlangsung tanpa membayar mahar, sama ada oleh Rasulullah atau sahabat. Berdasarkan ayat al-Quran, hadis dan apa yang berlaku pada zaman Rasulullah inilah yang menjadi panduan buat kalangan ulama atau fuqaha mengeluarkan fatwa bahawa mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami sebagai hak perempuan yang wajib ditunaikannya.

Manakala, wang hantaran pula:  hanyalah tradisi atau adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat di Negara Malaysia. 

Sedangkan tidak ada satu dalil pun di dalam Al-Quran mahu pun As-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian wang hantaran untuk pengantin wanita.  Jadi, perbelanjaan untuk menguruskan perkahwinan itu tidak perlulah terlalu mengikut nafsu sehingga membawa kepada pembaziran. Menguruskan perkahwinan juga boleh digunakan dengan prinsip berbelanja mengikut kemampuan.

Meletakkan nilai hantaran yang tinggi sebagai tanda ukuran hebatnya seseorang gadis itu belum menjaminkan dirinya adalah terbaik untuk menjadi isteri yang solehah.  Justeru itu, perbincangan yang baik perlu dijalankan secara berhemah antara pasangan agar “Baiti Jannati” atau rumah tangga yang bahagia dapat didirikan dengan sempurna di dunia yang sementara ini.

   Pada 10 Ogos 2013 yang lalu, muka hadapan akhbar Kosmo! memaparkan tajuk “ Ramai membujang lantaran hantaran mahal” di muka hadapan akhbar tersebut kerana rungutan masyarakat mengenai hantaran kahwin yang mahal mengikut kelayakan akademik bakal pengantin perempuan.  Hal ini semacam menjadi trend dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa sekarang. Mereka lebih cenderung untuk meletakkan nilai wang hantaran yang tinggi bagi lelaki yang ingin mengahwini anak gadis mereka.  Masyarakat Islam tidak sepatutnya meletakkan nilai wang hantaran yang terlalu tinggi  dengan mengikut kelayakkan akademik pasangan perempuan sehingga kadangkala mencecah antara RM8,000 ke RM12,000 umpamanya.  Sebenarnya, bagi penulis hal ini tidaklah tepat dengan ajaran Islam dan kehendak Rasulullah kerana ini boleh membebankan urusan perkahwinan, malah mungkin menyusahkan ramai pihak terutamanya pihak bakal pengantin lelaki.  Maka, penulis sangat tidak bersetuju sekiranya pengiraan wang hantaran dilaksanakan mengikut kelayakan akademik bakal pengantin perempuan kerana pelaksanaan itu akan membawa kepada banyak impak negatif yang bukan sahaja membantutkan hasrat pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga bahkan mendorong kepada berlakunya gejala yang tidak baik dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini. 

   Antara kesan negatif yang dikatakan tidak wajar pengiraan wang hantaran mengikut kelayakkan bakal pengantin perempuan dilaksanakan ialah lelaki yang hendak berkahwin dengan wanita yang disukainya terpaksa melupakan hasrat atau menangguhkan hajat kerana tidak berkemampuan untuk menyediakan wang hantaran yang tinggi.  Lelaki juga hanya dapat memendam rasa kecewa. Oleh kerana itu, bakal suami terpaksa berhutang semata-mata perbelanjaan hantaran kahwin yang terlalu tinggi dan terpaksa menangguhkan lebih lama tempoh pernikahan dek kerana belum lagi mecukupi kadar jumlah hantarannya. Allah s.w.t tidak suka setiap perkara yang melampaui batas. 

Hal ini dapat dihayati dalam firmanNya: 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda yang baik–baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas (Surah al-Maidah: ayat 87)

Lantaran itu juga berkemungkinan mendorong pihak lelaki membuat pinjaman di bank bagi memenuhi hasrat keluarga bakal isterinya kerana jika tidak melakukan tindakan sedemikian bunga yang diidamkan mungkin akan disambar oleh kumbang lain.  Akibat jelas yang penulis dapat lihat hari ini, selepas berkahwin ramai yang menghadapi tekanan kewangan sehinggakan gaji yang diterima setiap bulan tidak mampu menampung keperluan rumah tangga kerana terpaksa membayar hutang sepanjang majlis perkahwinan yang lepas.  Kesannya, berlaku konflik keluarga, penceraian dan perkara-perkara yang tidak diingini seperti yang kita baca di muka depan surat khabar. Ini jelas membuktikan bahawa perlaksanaan wang hantaran yang tinggi mengikut kelayakkan akademik tidak menjamin keberlangsungan rumah tangga yang kekal lama.

   Seterusnya, Perempuan yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi akan susah untuk didekati oleh mana-mana lelaki juga merupakan faktor negatif yang berlaku sekiranya pelaksanaan pengiraan wang hantaran mengikut kelayakan akademik bakal pengantin perempuan dijalankan. Hal ini akan menyebabkan jumlah anak dara tua (andartu) di Malaysia semakin meningkat kerana walaupun pihak perempuan yang mempunyai kelayakkan akademik yang tinggi itu tidak meletakkan nilai wang hantaran yang tinggi sepertimana yang digambarkan, namun mentaliti masyarakat yang membezakan-bezakan golongan berpendidikan dengan yang kurang berpendidikan tetap tidak dapat dikikis dengan sepenuhnya. Agama Islam sama sekali tidak pernah mengajar umatnya membeza-bezakan darjat seseorang itu berdasarkan pangkat, rupa dan sebagainya apabila berbicara soal ibadah. 

Hal ini nyata dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya : 
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu” (Surah al- Hujurat : ayat 13)

Apa yang boleh dikatakan dalam sikap suka membeza-bezakan nilai hantaran mengikut tahap pendidikan ini adalah kerana ego dan riya’ yang menebal dalam diri pihak keluarga pengantin perempuan. Islam memandang sikap ego dan riya’  ini sebagai suatu perkara yang mampu menggugat aqidah seseorang sehingga pihak lelaki hanya ingin menikahi perempuan yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang tidak terlalu tinggi atau lebih parah lagi apabila golongan perempuan yang memiliki kelulusan akademik yang tinggi juga sudah mula tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan dan sudah mula berputus asa untuk berkahwin kerana mungkin calon suami pilihannya tidak mampu menyediakan wang hantaran mengikut kadar yang ditetapkan berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki olehnya.

   Selanjutnya, Pasangan yang terlalu ingin berkahwin juga mungkin akan memilih jalan untuk berkahwin lari sekiranya pengiraan wang hantaran yang tinggi itu dilaksanakan.  Menggunakan khidmatan agen nikah di Negara seberang ukan perkara yang baharu dalam kalangan orang Islam di Negara Maaysia yang mahu berkahwin lari. Cara ini dilihat sudah menjadi pilihan bagi pasangan untuk memenuhi hasrat berkahwin dengan mudah selepas mendapat tentangan dan halangan. Mengakui perkara itu, Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan kanak-kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal berkata, berdasarkan pemerhatian yang pernah dilakukan di sempadan Negara mrndapati untuk mendapatkan khidmatn agen nikah hanya semudah berada di warung kopi. Beliau juga yang merupakn Pengurusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) berkata, dilihat meragukan, sama ada memperoleh kelulusan daripada majlis agama tau sebaliknya, kumpulan ini menawarkan khidmat dengan jaminan dapat menguruskan segalanya. Perkara ini telah mendorong rakyat Malaysia yang terdesak untuk bekahwin melangsungkan perkahwinan dengan sangta mudah namun, apa yang membimbangkan adalah kesannya bukan sahaja boleh mengakibatkan penipuan serta enganiayaan terutamanya terhadap wanita, tetapi lebih dikuatiri memporak-perandakan susur galur institusi kekeluagaan.

   Selain itu, sebab penulis menolak perlaksaan pengiraan wang hantaran mengikut kelayakan akademik ini adalah kerana trend ini juga dikhuatiri akan menjadi semacam perniagaan yang memberi keuntungan kepada pihak keluarga si gadis dan juga sebagai satu program “jual anak” yang dilakukan oleh sebahagian keluarga gadis di negara ini. Sepatutnya wang hantaran perlulah diletakkan nilainya secara munasabah dan rasional kerana bagi kebanyakan graduan muda yang masih belum bekerja atau baru memulakan perkerjaan agar dapat menunaikan hasrat untuk berkahwin. Fitnah akan berlaku kerana mereka yang meletakkan hantaran yang  tinggi akan terus dilabel sebagai menjual anak. Budaya fitnah akan semakin berleluasa dalam kalangan rakyat sedangkan ia amat berbahaya sepertimana sabda Rasulullah S.A.W dalam riwayat Bukhari dan Muslim yang berbunyi, 

“Tidak masuk Syurga pembawa fitnah.” 

Dengan demikian, menetapkan kadar wang hantaran yang tinggi  akan menyebabkan masyarakat bercakap-cakap dibelakang sehingga perkara ini meniti dari bibir ke bibir dan seterusnya mencetuskan prasangka buruk terhadap keluarga bakal pengantin perempuan dan menjurus kepada fitnah. Hal seperti ini haruslah dielakkan bagi menjaga kesucian rumah tangga yang akan dibina itu serta bagi mengelakkan daripada tercetusnya fitnah yang berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jelaslah, pelaksanaan pengiraan wang hanataran mengikut kelayakan pengantin perempuan turut memberi kesan buruk terhadap masyarakat.

   Punca lain yang menyumbang sekiranya pengiraan itu terlaksanalah ialah Sindiket nikah palsu semakin berleluasa.  Sindiket nikah palsu berbeza dengan agen nikah beraftar kerana sindiket tersebut lebih menawarkan perkhdmatan secara terbuka seperti melalui penyebaran risalah dan laman sosial di samping promosi di kawasan awam. Sindiket ini biasanya akan mendakwa mereka merupakan orang yang layak dan mempunyai kerjasama darpada majlis agama untuk menikahkan orang, sedangkan bila dikenalpasti kita tidak kenal sekalipun mereka itu. Sebenarnya, tujuan mereka adalah untk mengaut keuntungan semata-mata oleh sebab itu kebiasaannya meeka akan mengenakan caj yang keterlaluan atau lebih mahal daripada yang ditetapkan oleh majlis agama. Menurut Timbalan Yang di_Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Phuket, Saad Naroyee dalam akhbar utusan Malaysia yang bertarik 19 Februari 2015, ketka ditemui mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam memilih agen untuk mengambil pekhidmatan nikah di Negara itu kerana “Apa yang lebih dikhuatirinya adalah status jurunikah, wali dan saksi yang digunakan. Dokumen nikah yang dikeluarkan oleh sindiket ini juga didapati palsu dan tidak sah,” katanya.

   Dalam konteks pihak perempuan meminta wang hantaran yang tinggi dan dalam masa yang sama pihak lelaki mempunyai kemampuan, hal memanglah tidak dihalang oleh syarak kerana perbincangan syarak dalam isu ini adalah ‘tidak membebankan’ urusan perkahwinan. Namun begitu, sekiranya pelaksanaan pengiraan wang hantaran mengikut kelayakan akademik terus dijalankan dengan tujuan menunjuk-nunjuk atau ingin dipandang tinggi akan membawa kepada banyak kesan negatif seperti pihak lelaki terpaksa menagguhkan hasratnya kerana mungkin kekurangkan wang malahan pihak lelaki juga mungkin terpaksa membuat pinjaman dan yang lebih malang, bayaran pinjaman belum habis dibayar, isteri sudah minta cerai.    (Utusan Malaysia melaporkan statistik perceraian yang meningkat dan dan 20 peratus yang bercerai baru berkahwin lima tahun.)  Budaya fitnah dan berprasangka dalam kalangan masyarakat juga semakin berleluasa dengan pelaksanaan tersebut kerana akan ada dalam kalangan mereka dan suka bercakap-cakap dibelakang. Ternyata dengan pelaksanaan pengiraan wang hantaran berdasar kelayakan akademik pengantin perempuan sangat menyumbang kepada impak yang buruk buat individu, masyarakat dan negara.  Perkahwinan sepatutnya dipermudahkan bagi memperluas dan mengeratkan silaturahim sesama manusia itu sendiri tetapi hubungan silaturahim ini pasti tidak akan terjalin sekiranya kedua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan masih bermasam muka akibat daripada tidak setuju dengan isu nilai wang hantaran malah ada yang tidak dapat meneruskan niat perkahwinan kerana merasakan tidak mampu untuk menanggung beban nilai perbelanjaan hantaran perkahwinan yang tinggi.  Oleh itu, pengiraan ini adalah tidak wajar dilaksanakan sama sekali bagi menjamin kebahagiaan dan kebaikan individu, masyarakat dan negara.

Disediakan oleh:
Nur Izni Farisya Binti Mohmad Yusof.
GWP 1092