Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Kehadiran Ramadhan

Ramadhan amat bererti bagi orang-orang yang suka beribadah kepada ALLAH,


dan ia hampir tiba lagi...


Masih terlalu banyak lompang ketika aku menempuh alam ramadhan tahun tahun yang lepas...


masih terlalu banyak nafsu berbanding tuhan yang ku ikuti pada alam ramadhan yang lepas...


Ya ALLAH...


Kasihanilah diriku...


kuatkan iman ku....


untuk hadir ke laluan sutera ramadhanMu ya ALLAH,


memungut seribu kebaikan yang Kau damparkan kepada kami,


bersama sama membimbing diriku,


menuju jalan yang kau redhai ya ALLAH...


Imej
CINTA ALLAH VS CINTA MANUSIA
pandangan ku lontarkan jauh nun di sana, merenung kembali perjalanan hidup, ranjau dan onak yang telah dilalui, semua berputar sekali lagi dlm mindaku… Ya Allah… jauhnya aku padaMU, dalam mengejar cinta seorang bernama insan, aku kecewakan dan abaikan engkau, dalam mencari cinta hakiki seorang insan, aku sering terleka dan lalai, dalam mencari cinta hakiki seorang insan, aku sering tersasar meletakkan kasih itu, dalam mencari cinta hakiki seorang insan, aku sering mengabaikan ‘cinta’ ilahi Rabbi, dalam mencari cinta hakiki seorang insan, aku sering mengabaikan kewajipanku pada ilahi, dalam mencari cinta hakiki seorang insan, aku sering melakukan kesilapan dengan dosa-dosa, dalam mencari cinta hakiki seorang insan, aku sering berkata ‘ala, dosa kecil jer… ’ dalam mencari cinta hakiki seorang insan, aku tidak sedar yang dosa ku anggap kecil itulah yang ‘gelapkan’ hatiku, dalam mencari cinta hakiki seorang insan, aku buta dalam menilai cinta yg tulus dan ikhlas, dalam mencari cinta …

Tanda-Tanda Kecil Kiamat..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejia…

Hadis Nabi Mengenai Wanita & Kubur

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikh…

Tazkirah

Tahukah kita semenjak Nabi Adam
terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300
tahun. Nabi Adam tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau
malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama
seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di
jurang Serantip. Dari air mata Nabi
Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu
manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor
burung telah meminum air mata beliau.
Burung itu berkata, “Sedap sungguh air
ini.”
Nabi Adam terdengar kata-kata burung
tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan
derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang bermaksud, “Hai Adam,
sesungguhnya aku belum pernah
menciptakan air minum yang lebih lazat
dan hebat dari air mata taubatmu itu.”
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam
manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan
tan…

Hubbud Dunia~

Imej
Ramai yang masih belum mengadaptasi sepenuhnya konsep hubbud dunia (cinta dunia) dan hubbul akhirah (cinta akhirat) walaupun pada dasarnya memahami dengan sedalam-dalamnya terdapat hidup sesudah mati. Islam mengajar supaya umatnya mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW tanpa mengabaikan dunia sebagai ladang akhirat.


Formulanya mudah, cintakan Allah melahirkan rasa cinta kepada akhirat. Cintakan Allah akan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Manifestasi dari rasa cinta ini adalah wujudnya keberaniaan menyanggah segala bentuk kebatilan yang melanda. Inilah Ashabul Kahfi akhir zaman.

Rasulullah menggelar mereka ini sebagai 'Ghuraba' berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, "Islam bermula asing dan kembali asing seperti permulaannya, maka bahagialah golongan Ghuraba. " Sahabat bertanya, "Siapa Ghuraba, ya Rasulullah?' Baginda bersabda, "Mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia," - Riwayat Ahmad.

Sebalik Syahadahtu Tauhid,Syahadatur Rasul.

RUKUN SYAHADAH

1) Mengisbatkan Zat Allah
2) Mengisbatkan Sifat Allah
3) Mengisbatkan Af'al Allah
4) Mengisbatkan kebenaran Rasulullah.

SYARAT SAH SYAHADAH

1) Diketahui akan perkataan Dua Kalimah Syahadah itu serta mengisbatkan tauhid Allah dan mengisbatkan bagi kebenaran risalah nabi Muhammad s.a.w.

2)Ikrar dengan lidah bagi mereka yang berkuasa.

3)Mentasdiqkan dengan hati.

4) Diamalkan segala rukun pada segala anggota jawareh.

 pesan guru ku,, perbaikilah dirimu anak2ku supaya kamu tidak lalai dan sejauh manakah pegangan akidah mu? benarkah ia sudah berlandaskan islam yg sebenar? jgn pandang islam itu mudah. Jika kamu tidak tahu rukun,syarat dan hukumnya bermakna syahadah kamu adalah sia2 selama hidupmu. Org yg tidak tahu makna sebenar(bukan terjemah) syahadah adalah KAFIR!!

Ya Rahman, Ya Rahim..

Tuhanku,
Aku hanyalah sebutir pasir di gurun-MU yang luas
Aku hanyalah setetes embun di lautanMU yang meluap hingga ke seluruh samudra
Aku hanya sepotong rumput di padangMU yang memenuhi bumi
Aku hanya sebutir kerikil di gunung MU yang menjulang menyapa langit
Aku hanya seonggok bintang kecil yang reduo di samudra langit Mu yang tanpa batas
Tuhanku
Hamba yang hina ini menyadari tiada artinya diri ini di hadapanMU
Tiada Engkau sedikitpun memerlukan akan tetapi …
hamba terus menggantungkan segunung harapan pada MU
Tuhanku…………..baktiku tiada arti, ibadahku hanya sepercik air
Bagaimana mungkin sepercik air itu dapat memadamkan api neraka MU
Betapa sadar diri begitu hina dihadapanMU
Jangan jadikan hamba hina dihadapan makhlukMU
Diri yang tangannya banyak maksiat ini,
Mulut yang banyak maksiat ini,
Mata yang banyak maksiat ini…
Hati yang telah terkotori oleh noda ini…memiliki keninginana setinggi langit
Mungkinkah hamba yang hina ini menatap wajahMu yang …

Rasulullah rindukan umat akhir zaman,,

Suasana di majelis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Sayyidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan sedemikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir di bibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Sayyidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut pikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersuara,
“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecin…

Wasiat Rasulullah kepada wanita.

Rasulullah bersabda:


Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , “Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau sentiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini.”
Intisari wasiat Rasulullah s.a.w. tersebut dirumuskan seperti berikut. Hai Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagaian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu:
Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapai kesakitan (kesusahan). Apabila dibalakan, mereka tidak bersabar.
Tidak memuji Allah s.w.t. di atas kemurahan Nya (mensyukuri nikmat), atau dalam erti kata lain mengkufuri nikmat.
Membanyakkan kata-kata yang sia-sia. Wahai Aisyah, ketahuilah bahawa:
Wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala akan …