Hubbud Dunia~

Ramai yang masih belum mengadaptasi sepenuhnya konsep hubbud dunia (cinta dunia) dan hubbul akhirah (cinta akhirat) walaupun pada dasarnya memahami dengan sedalam-dalamnya terdapat hidup sesudah mati. Islam mengajar supaya umatnya mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW tanpa mengabaikan dunia sebagai ladang akhirat.


Formulanya mudah, cintakan Allah melahirkan rasa cinta kepada akhirat. Cintakan Allah akan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Manifestasi dari rasa cinta ini adalah wujudnya keberaniaan menyanggah segala bentuk kebatilan yang melanda. Inilah Ashabul Kahfi akhir zaman.

Rasulullah menggelar mereka ini sebagai 'Ghuraba' berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, "Islam bermula asing dan kembali asing seperti permulaannya, maka bahagialah golongan Ghuraba. " Sahabat bertanya, "Siapa Ghuraba, ya Rasulullah?' Baginda bersabda, "Mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia," - Riwayat Ahmad.

Inilah sebahagian daripada manifestasi kecintaan terhadap Allah yang akhirnya menyedarkan umat manusia bahawa hubbud dunya secara semberono hanya akan menjauhkan cinta Allah kepada kita. Na'uzubillah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .