Sahabat Baru :)

Sabtu, 8 Oktober 2011

Katakanlah,.!

Sekiranya

Kita cinta kepada manusia

Tak semestinya manusia cinta kepada kita

Tetapi sekiranya 

kita cinta kepada Allah

Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya

Kita cinta kepada manusia

Kita akan cemburu kepada orang yg 

mencintai orang yg kita cintai

Tetapi sekiranya 

Kita cinta kepada Allah 

Kita akan turut mencintai orang yg 

melabuhkan cintanya kepada Allah juga

YaAllah 

andainya 'dia' adalah jodoh

yg ditetapkan oleh Mu kepadaku

Maka

campakkanlah ke dalam hatiku

cinta kepadanya adalah kerana Mu

dan campakkanlah cintanya kepadaku adalah kerana Mu jua

Namun 

andainya 'dia' bukan jodoh yg

ditetapkan oleh Mu kepadaku

berikanlah aku kekuatan agar pasrah

dalam mengharungi ujian

yg Engkau berikan kepadaku,.

                                                     Ameen YaRabb Al-Aalameen..
    

P/s: Tinggi benar impian dan harapan ku ingin terbang mencari destinasi yg tepat,.! Semoga 'dia' terus menjadi Uhabbaba ilaihi ;-)) tak mau dan tak mau macam dulu lagi,.