Catatan

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Menurut Muhammad (2007), Iman adalah ucapan dan perbuatan. Ucapan hati dan lisan, dan amal hati, lisan dan anggota tubuh, iman itu bertambah dengan taat dan berkurang dengan maksiat.  Seperti yang telah ditakrifkan oleh Muhammad, Iman terdiri daripada tiga aspek utama iaitu membenarkan dengan hati (al-tasdiq bi al-qalb), berikrar dengan lisan (al-iqrar bi al-lisan), dan membuktikannya dengan anggota badan (al-‘amal bi al-jawarih) namun terdapat pendapat lain yang menyatakan bahawa aspek ketiga iaitu al-‘amal dengan istilah al-‘amal bi al-arkan yang bermaksud melaksanakan rukun-rukun Islam.  Daripada bacaan penulis, konsep dapat difaham dengan dua keadaan menurut fahaman dan pegang mazhab atau aliran masing-masing iaitu terdapat mazhab yang menerima ketiga-tiga aspek secara mantap dalam mendefinisikan Iman itu dengan mengatakan seseorang itu dikatakan beriman dengan al-tasdiq bi al-qalb, al-iqrar bi al-lisan, al-‘amal bi al-jawarih atau al-‘amal bi al-arkan.  Aliran lain ada juga yang …

المقال النقدي عن حاجة الأمة إلى رفع مستوى اللغة العربية في ماليزيا

اللغة العربية توجد مكانة خاصة في الإسلام.  واختيارها لتكون لغة التعليم لإيصال رسالة الإسلام.  وكثير من العبادات المسلمين لا تخلو من استخدام اللغة العربية، حتى يكونها الشرط لمقبولة العبادات، وخاصة في الصلاة والحج.  ومع ذلك، تجعل اللغة العربية مرادفة للإسلام والمسلمين.  تتنوع الشعوب واللغات في جميع أنحاء العالم حاجة أساسية لتعلم اللغة العربية.  ويستخدم الناس في العالم اللغات المتعددة و المتنوعة في المعملة وهو دليل على عظمة الله سبحانه وتعالى.  قال الله تعالى في القرآن الكريم بعد أعوذ بالله من الشيطان الرجيم: "ومن آياته خلق  السماوات واختلاف ألسنتكم و ألوانكم ان في ذلك لآيات للعالمين" (سورة الروم، 30:22).  ولكن في هذه اللغات المتعددة، يجب على الناس أن يعرفو و نفهمو بينهم لإكمال و لإتمام متطلبات الحياة.  أهمية إتقان لغة أجنبية هو من الأصول المهمة في الوقت الحاضر. بالإضافة إلى محاولة يتكلم اللغة، يمكن للأفراد أيضا فهم ثقافة وعادات الناس.  كما قال المحاضر من كلية اللغات الحديثة والاتصالات من جامعة بوترا ماليزيا في الجاريدة سينر هارين 14 مايو 2012، الأستاذ الدكتور ليم سوي تين …

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Pendidikan Suatu Usaha Berterusan- Program Khas Pensiswazah Guru (PKPG)    Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai-nilai murni serta mendapatkan kemahiran. Proses ini berjalan secara berterusan dalam diri individu sejak lahir lagi. Pendidikan asas kanak-kanak bermula dari rumah dan dari rumah jugalah sahsiah mereka mula terbentuk dan berterusan. (Kamarudin Hj Husin & Kamarul Azhar, 1994). Pendidikan boleh dipecahkan kepada dua iaitu Pendidikan Tidak Formal dan Pedidikan Formal. Pendidikan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malayisa (KPM) adalah sistem pendidikan formal iaitu satu pendidikan yang mempunyai sukatan pelajaran, kelas atau sekolah, mempunyai ujian dan peperiksaan serta lain-lain lagi. Kebiasaannya pendidikan ini bermula seawal usia lima hingga tujuh belas tahun. Hal ini boleh kita lihat dari Tadika sehingga Tingkatan Lima nanti.    Pembelajaran yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebenarnya …

Aku memilih bukan menolak & menentang =)

In the name of Allah.
Sudah lama jari berhenti menaip =) kerana kekangan kehidupan yg baru (mungkin) hehe Kali ini aku cuba kembali, kembali memberi sesuatu yang baru berlaku dan terjadi. Ia lebih berkisar kepada kehidupan aku disini.
Sungguh! Semakin lama disini, semakin banyak tayangan jalan kehidupan yang aku lihat. Watak-watak yang benar-benar menjadikan aku terpelajar mengenali manusia. Aku tidak kata aku ini sempurna kerana sebelum cukup itu adalah kurang. Jadi, kita belajar menerima kekurangan orang bukan MENGHUKUM terus-terusan. Kalau aku kata hidup aku disini bahagia, itu macam sedikit berbohong kerana waktu 'disana' dulu aku lebih terisi dan tenang. Ish! ini jalan pilihan aku, Allah tentukan maka Alhamdulillah apa adanya ^^
Yang menolak terus dianggap bersalah. Yang tidak bersama terus diketepikan.
Padahal matlamat dan maqasid kita tetap sama: Menuju Allah yg Maha Esa.
Aku tidak menafikan sedikit pun bahkan bukan sikap aku mengatakan dakwah itu salah. Cuma aku suka meng…

WAJARKAH PENGIRAAN WANG HANTARAN DITAFSIR BERDASARKAN KELAYAKAN AKADEMIK PENGANTIN PEREMPUAN?

(= Perkahwinan itu adalah perkara yang dituntut dalam agama Islam dan ia merupakan sebuah ikatan suci yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan =) 
Rasulullah bersabda:  "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).  
Namun! Kebanyakan alasan yang diberikan untuk menangguhkan perkahwinan adalah kerana faktor permintaan wang hantaran yang terlalu tinggi, khususnya daripada rakyat Malaysia sendiri. 
Apakah yang dimaksudkan dengan wang hantaran?
Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ke-4, wang hantaran adalah wang yang dihantar oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan dalam perkahwinan.
Sebelum membincangkan perkara ini, penulis ingin merangkan sedikit mengenai konsep wang hantaran atau mahar dalam Isla…

IPGKP...dunia baruku!

Imej
Gagahlah diri utk terus bertapak ke dunia baru!
In shaa Allah telah Ku lewati redha kedua ibubapaku walaupun terpaksa titiskan peluh dan air mata.
Semoga aku akan sampai ke seberang sana dgn jayanya ^____^"
dan Semoga redha Allah bersama-sama keinginan Ma & Abah.
Qawiy Farisya!



Menjadi guru dan pendidik utk diri daif ini dulu sebelum menjadi pendidik anak bangsa.
Kalau bukan kamu, siapa lagi?
Allah beri apa yang terbaik.
Bersyukurlah sentiasa!
Sejujurnya, separuh jiwaku masih di UIA.
Maaf. Aku terlalu rindu.
**YaAllah, permudahkanlah segala urusanku. Tetapkanlah hatiku pada jalan yang benar-benar tepat utkku.**



Kerana Dia sayangkanku . . .

Imej
Bismillah.
“Wahai hamba-hamba yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
**Entri kali ini nak tiup semangat utk sahabat-sahabat saya =)



Kerana saya terlalu sibuk dan tak sempat duduk dan dengar masalah awak, saya cuba berkongsi kekuatan yg saya ada melalui tulisan hati ini ye.
Awak, Bilang pada jiwa bahawa ia kena terus bertahan dan kuat kerana mukminah itu tidak tergoncang jiwanya kerana mehnah. Mehnah itu tanda pegajaran dari Allah, tanda kasih sayangNya utk kita dan penghapus dosa-dosa yang lalu.
Bilang pada hati jangan ia mati. Kosongkan hatimu, isilah dgn kedamaian dan kecintaan yang membawa kamu dekat dan kembali pada Dia. Bisikan jahat itu cuma pengganggu maka kamu harus lawan dan tewaskan.
Bilang pada diri berdoalah sentiasa. Doa itu kerja hati, doa itu ibadah. Hari ini tanpa kita berdoa pun Allah memberi nikmat bersuara, nikmat sihat …