Andai ini Ramadhanku yang terakhir...

   

Bismillahirahmanirahim..



Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,.

Wahai diriku,
…Renunglah…
Andai ini Ramadhan terakhir buatmu.
Sedarkah kamu akan gerak hatimu
Terfikirkah kamu apa yang akan berlaku

YaAllah,
Aku begitu menyayangi dan merindui Ramadhan kali ini.. sayu
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhirku,
Tentu siangnya aku sibuk berzikir.

“Bukankah dengan zikir itu hati menjadi tenang”


Biarpun tekakku kering kehausan
Tentu aku takkan puas meluahkan rinduku yg mendayu..
Merayu…
Kepada Allah yang satu!                 

Jika benar ini Ramadhanku yang terakhir
Tentu solatku ditunaikan awal pada waktunya
Sungguh khusyuk dan tawadhu’
Tubuh.Minda. Dan qalbu. Bersatu memperhambakan diri kepada yang berhak.
Lantas menangisi kecurangan janji-janji dahulu

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil’alamin”

Kalau ini Ramadhanku yang terakhir
Sesaat pun takkan kupersiakan berlalu
Kesempataan yang ada
Akan kudendangkan alunan suci al-Quran

Andai ku tahu ini Ramadhanku yang terakhir
Tentu aku takkan pernah jemu untuk
Berterawih….
Berqiamullail…
Bertahajjud…
Mengadu…
Merintih…
Meminta belas kasihan….

“sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMU tetapi aku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu”


Ya Rabbul Jalil,
Kasihanilah aku hambaMu yang
Hina…
Dhaif…
Jahil…
Lagi banyak dosa ini…
Menikmati bulan yang dirindui oleh Nabi dan sahabat baginda.
Semoga langkahku zuhud kepadaMu..
Semoga  ku istiqamah di Ramadhan ini… amen


P/s: Gunalah masa yang ada dengan sebaiknya untuk memperhambakan diri kepada Allah. Ibadah sunat pada bulan ramadhan akan diberi ganjaran seumpama Ibadah fardhu. Subhanallah,betapa mulianya bulan ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian.

Maaf dan Pujian.