Cintamu padaku: Tak perlu bersebab!


Cinta Suci dah semestinya tak perlukan sebab.

Kalau kita mencintai seseorang itu  bersebab, maka kesucian cinta  tu boleh dipertikai.

Boleh mengambil ke-handsome-an sebagai sebab.

Boleh mengambil ke-clever-ran sebagai sebab.

Boleh mengambil ke-caring-an sebagai sebab.


Namun sebenarnya , cinta suci tak perlukan semua tu.

Memang cinta harus dilandaskan pada kesamaan dan kesesuaian antara yg menyinta dan yg dicinta .

Namun, mahabbah al-isyq takkan sirna setelah berpadunya roh atau jiwa atau bertemunya ikatan batin.

Wahai diriku!

Berhati-hatilah apabila ada lelaki yg terlalu memuja-mujamu. Dia mungkin mengatakan betapa terpesonanya dia melihat wajah kamu yg jelita, suara kamu yg merdu dan sikap kamu yg lemah-lembut.

Tapi, Ingat!

Ketika kesemua ciri tu da takde, dia mungkin akan melupakan kata-katanya itu.

Sebaiknya, pilihlah lelaki yg tak terlalu memuji-muji anda dan dia memilih anda seadanya. Sebab itulah tanda bersedianya dia untuk terus mencintai biar apapun keadaannya nanti.

Orang yg mudah memuji juga akan mudah mengeji.



p/s: sesungguhnya cinta suci tak pernah perlukan sebab. Cinta itu keagungan seorang
       manusia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian.

Maaf dan Pujian.