Kuberharap yang terbaik.

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamulaikum, apa khabar akhawatku sekalian?

Kali ini saya datang membuat keputusan.

Berkali2 perkara ini bermain dibenak ku.

Aku,. Seorang yg berpurdah. Namun tidak mendapat restu daripada keluarga.
Kerana mereka bimbang kalau2 aku tidak dapat berbakti kepada masyarakat kelak
di sebabkan itu.

Namun,keputusanku tetap bertentangan. Aku jadikan purdah sebagai pakaianku ketika aku keluar bersendirian.

Tujuan?

Semestinya nak mengelak fitnah pandangan lelaki. Kerana perkara yg akan menjadi fitnah buat lelaki setelah ketiadaan baginda adalah PEREMPUAN,. Subhanallah

Semakin hari, aku semakin sangsi. Ape keputusan terbaik yg mesti aku lakukan. Kerana masa di antara pakai dan TIDAK pakai tu jauuuuhhh lebih kerap tidak pakai kerana maseku masih banyak bersama keluarga dan memandangkan aku masih tidak berjauhan daripada mereka.

Puas aku memikirkan hal ini,. aku berbicara dgn diriku sendiri.

“apa kata kali ni amik pendapat daripada Ustaz pulak”

Ana: Ustaz apa pendapat ustaz pada perempuan yg berpurdah?

Ustaz: Good! Jika niat nak mengelak fitnah dpd lelaki

Ana: Tapi mendapat tentangan daripada keluarga? Dan membuatkan saya terpaksa keluar berpurdah tanpa pengetahuan keluarga dan bila keluar dgn keluarga terpaksa purdah itu tidak menjadi pakaiannya. Jadi,hakikatnya keadaan saya TIDAK memakai lebih banyak drp memakai. Adakah lebih baik jika tidak berpurdah lagi buat masa sekarang?

Ustaz: Purdah memang wajib dalam mazhab kita. Tapi kite boleh guna pakai mazhab2 yg mana kite rase bersesuaian dgn kite. Yg wajibnya terlebih dahulu adalah menutup aurat. Jika kite tak mengikut mazhab, tidak mendapat seksaan kelak. Kerana mazhab ini datang untuk melepaskan kite daripada kemaslahatan. Tolong utamakan uruf keluarga dahulu memandangkan enti masih bersama keluarga. Jika berjauhan tidak mengapa.

Ana: Maknanya lebih baik saya tidak berpurdah lagi ke ustaz?

Ustaz: ye (sambil senyum)

Semakin hari, aku semakin takut. Seolah2 tidak tetap dgn pendirian diri sendiri. Namun, kenape bertanyakan pendapat org kalau memang tidak mahu menggunakannya?

Hari ini, aku cuba. Cuba membuat keputusan untuk bukak hijabku kembali namun…….
Masih tidak mendapat kekuatan untuk tidak berpurdah?

Hari ini juga aku mendapat jalan yg diberikan oleh ustaz tapi kenape diriku terase berat nak buat.

Bismillahirahmanirrahim,.

Ya Allah, tuntunlah langkahku ini. Jika baik bagiku semua ini maka aku terima dan rela. Aku percaya janjiMu. Dan aku berani untuk menyerahkan segala2nya kepadaMu kerana jika ini keputusan aku pada hari ini, tentulah ada hikmah besar buatku ini.

Ya Rahim,
Keluargaku adalah saudara aku yg paling dekat yg Engkau kurniakan. Jika aku hari ini aku harus akur dgn kehendak dan keinginan mereka. Maka semuanya aku serahkan padaMu yg maha Memberi.

Ya Rahman, seandainya bakal teman hidupku ingin melihat diriku berpurdah maka insyaAllah setelah aku menjadi SAH buatnya sekali lagi ia akan menjadi pakaianku.
Jika aku melakukan kesalah dgn membuat keputusan seperti ini maka Engkau halanglah langkahku ini.

P/s: Semoga langkahku adalah yg terbaik.

       Allah,
       ampunkan hambaMu ini.

       Keluargaku,
       maafkan isya.

       Bakal teman hidupku,
       Jika kamu menginginkan itu,. Akan aku ikuti kelak.
       maafkan aku jika hari ini aku masih memperlihatkan wajahku

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .