Sekilas Masa Itu.


“Akan ada satu ketika kita akan rase sempit, putus asa, hilang semangat seperti hendak rapuh.
  Bertahanlah kerana akan datang sesuatu yg membuatkan kite terus berdiri”

Kalau kehidupan itu mudah, ia bukanlah dinamakan kehidupan.
Kadangkala kite merasakan kesusahan yg kite tanggung  tak mungkin difahami org lain.
Tenggelam dgn  kerumitan yg semakin dikusutkan oleh hati sendiri yg kejam.
Namun cuba pandang pada kesusahan org lain.
Baru nanti hati akan terasa kerdil.

 Wahai hati, susah sedikit pun kau dijulang seperti besar.

Namun lumrah hidup . . .

 Himpitan,
 kekeliruan,
 kesesakan pasti akan berlaku.


Ada yg terasa payah, terasa perit dan ada jugak yg mampu ditangani dgn mudah. Berilah masa untuknya.Dalam himpitan  dan kesesakan, tentu ramai yg tersungkur. Hilang percaya diri. Hilang semangat yg satu ketika dulu tak terjual. Hilang dirinya.
Namun diri bertabahlah. Dalam himpitan hidup dan kepayahan yg membuatkan kita terasa seperti di tahap paling bawah,dan seperti takkan ade lagi yg lebih bawah,akan datang sesuatu yg membuatkan kita bangkit semula. Terus berdiri. Malah lebih teguh daripada kebiasannya.

Kita tak akan tahu apa ‘sesuatu’ itu. Kalaulah seseorang mampu memaklumkan terlebih awal tentu menjadi lebih mudah. Itulah rahsia hidup yg perlu kita terima. Jangan keterlaluan memikirkannya sehingga terjejas hari ini. Yakinlah, dalam kedinginan akan datang selimut yg akan menyamankan.

Ada yg datang dalam bentuk bisikan hati yg halus. Datang dalam bentuk kasih sayang yg berlainan. Datang dalam sesuatu yg tak terduga. Siapa tahu masalah yg selama ini menghantui kite mempunyai jawapan hanya depan mata? Dunia itu misteri.

Seperti aku. Aku tak pernah menyangka seseorang yg satu ketika dulu aku kenal sekadar dgn nama Kak Ah boleh menjadi teman yg lebih akbar hari ini. Kasih sayang dari sebuah persahabatan tak semestinya hadir dgn perancangan. Masa juga bukan penentu kepercayaan.Semuanya  boleh berlaku.

Bila melalui satu fasa yg menghimpit, ajar diri untuk melepaskannya. Perubahan memang tersa pahit pada awalnya tetapi bukanlah sekatan untuk menikmati bahagia. Kita harus melalui perubahan itu. Pecayalah hati kite mampu.Memang pada waktu inilah ramai yg patah. Patah yg mungkin takde cantumnya. Sekiranya kite mampu bertahan sedikit masa lagi. Aku yakin ada jawapannya nanti.
Jangan terlalu merancang untuk tidak kecewa, kerana ia akan hanya menutup hati untuk rasa bahagia. Begitu juga dalam persahabatan. Jangan merancang diri untuk sebuah persahabtan, sebaliknya bersahabatlah dgn sesiapa saje. Hati akan mendapat nilai persahabatan  yg sebenarnya.

Semua ini adalah babak adalam drama kehidupan. Kitaran hidup apabila bahagia sedikit terduga, kemudian bangkit dan bahagia semula. Cuma dalam tempoh itu kita perlu bertahan. Akan datang sesuatu yg menongkat kite. Tongkat untuk kite berjalan semula.


P/s: Sahabat2ku, jadikan setiap apa yg berlaku adalah satu lagi episode baru dalam kehidupan kite. Ia akan buat kite semakin kuat dan matang. Banyak pengajaran yg dapat kite tangkap dari situ. Cuma apa perlu kite buat ialah bertahan dan sentiasa bersangka baik padaNya. InsyaAllah, kite akan kembali tersenyum . Maka bertahanlah, jangan patah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .