Sahabat Baru :)

Khamis, 24 November 2011

Tazkirah ker?


ASsalamualaikum,.
Pagi tadi, saya terjumpe satu artikel dan suke la saya untuk selitkan kisah sang Subuh ni buat renungan kite,.
Kire kite share2 la ni kan, tak baik gune sorang2 je~ hehe


SUBUH



 Pada pagi itu, seperti mana pagi2 yg lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

“Asalamualaikum”, seru Subuh.
“Waalaikumusalam”, sahutku.

 Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih saying. Kutanyakan khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke tempat yg lain. “Tadi…” , kata Subuh dgn sayu, “Aku baru saje melintasi satu tempat, kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah2 yg sunyi, bilik2 yg berpenghuni tapi satu pun yg tiada mahu menerimaku sebagai  tetamu.” Dan air mate Subuh pun berlinangan. “Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dgn penuh rase kegembiraan?

Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat akan sesuatu.

“Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yg tanahnya di sebalik sungai. Org2nya sepertimu, menyambutku dgn penuh kesukaan, menjamuku dgn pekbagai hidangan yg lazat serta mengiurkan. Hidangan yg paling aku suke ialah buah Tahajjud, puas ku cari di bumi lain, tapi jarang ku jumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dgn puas dan leka.”

Kemudian, Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Ake mengerti maksudnya.

 ”Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dgn buah yg kau sukai. Tapi aku ada roti Shiyam”, cadangku pada Subuh. Subuh menolak dgn hormat, ”Roti itu ada empunya”, kata Subuh.

”Adakah kau mahu manisan Zikir?”, rayu ku pada Subuh.
”Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air mate tangisan”, pinta Subuh. Aku agak sugul, bagaimana harusku bagitahu pada Subuh yg Ari Mata Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yg berpanjangan?

Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Lantas terdetik dihatiku, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi ku bawa air tersebut pada Subuh, tetamu yg ku sanjungi dan ku suapkan manisan yg dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

”Subuh...” ,seruku. ”... mahukah kau tinggal selamanya dgnku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan ku layan kau dgn sebaiknya, wahai Subuh.” Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan dipenuhi.

”Aku perlu menziarahi ramai org, dan ramai lagi yg memerlukan kehadiranku untk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimipimu.”

 Lantas ku akur dgn penjelasan subuh. ”Subuh...”, seruku lagi bila melihat Subuh bersipa untk pergi, ”Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?”.

”InsyaALLAH”, jawab Subuh. ”.....Bukankah aku kekasih yg kau rindui?”. Subuh berangkat pergi meninggalkan aku.

 ”Assalamualaikum.”, seru Subuh.
”Waalaikumusalam.”, jawabku kembali.

 Dan mataku terus meneliti langkah Subuh yg semakin laju, akhirnya Subuh hilang.

p/s: Time cuti2 ni ramai la yg terbabas Subuh kan ? (nauzubillah) Jadi, tido awal2, set timing elok2 bolehlah qiamullai seperti hari2 biase persekolah  ^__^

2 ulasan:

  1. wowww...hebatnyeeee...bukan sindiran ni...

    BalasPadam
  2. Hebat dik? kak sya copy je yg ni ^__^ btw, syukran akhi sebab sudi jadi follower tetap kak :')

    BalasPadam

Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.