Jiwa Yang Hilang~

Melihat seorang insan yg lemah dan tersungkur kerana perasaan yg telah menguasai dirinya,. Air mataku mengalir disisiMu, subhanAllah,.! Hebat sungguh C.I.N.T.A ,. Benarlah,. Hidup ni tak boleh terlalu berharap sebab kadang2 harapan tu jgk yg boleh menghancurkan kite,.

Hiba tatkala memandang kemurungannya dan aku percaya tiada seorang pun yg mengerti keperitan jiwa yg disembunyikan itu. Namun, diamnya sudah cukup memberi jawapan kepada pertanya2 org, lantas bertubi soalan mencapai kupingnya hanya dikunci dengan kebisuan dan gelengan kepala semata. Dirinya bagai dihantar ke lembah yg lebih menyakitkan jiwanya lagi.

Andai saja aku ini bisa menyentuh dan memeluk hati itu agar tidak ditipu dgn kesedihan,. Wah! berbahagialah jiwaku seketika~Namun aku yakin, jawapannya seperti ini “ Biarkan saya, biarkan saya berlalu sendirinya kerana walaupun luka ini memberi bekas yg sikit tapi membuatkan saya tak mampu berjalan skrg,. Kenangan itu saya akan simpan kerana cukup indah dlm hidup saya dan saya tidak pernah diperlakukan seistimewa itu dan saya mahu kenangan itu memberikan saya kekuatan,.”

 
Semalaman aku melihat dirinya sendirian dimeja,. Apa yg sedang ditulisnya?
Mungkin dia ingin membiarkan kalamnya berbicara melalui tulisan mengurai maksud2nya dijiwa agar mudah buatnya untuk mengerti segala yg terjadi adalah suratan Ilahi,. Ku berharap, moga terubat segala keresahan dijiwanya tatkala pena menulis. Aku tahu insan ini sedang menempuhi semuanya sendirian,. Kenapa tidak dicari tempat untuk meluahkan,.? Aku tidak terdaya menahan hiba dan rase melihat senyuman meninggalkan dia, tidak mengapa mungkin ada rahmat yg tersembunyi.

Tatkala dia meninggalkan buku itu dimeja, aku sempat membelek tanpa pengetahuaannya:
 
“Aku cemburu melihat kebahagiaan org2 sekarang. Ingin ditangisi tidak mahu dianggap lemah, ingin disembunyi rasenya tak mampu lagi. Aku tidak mahu titisan yg berharga ini bisa meraih simpati org lagi.Hari kebahgiaan yg akan tiba dan ingin dikongsikan takkan terisi lagi,. Mengapa hati ini masih berharap akan ade sebuah keajaiban yg penuh kejutan darinya? Sampai saat ini perasaan itu takkan hilang oleh waktu yg berjalan walaupun aku tiada disitu lagi dan masih bertahan meskipun kau tiada lagi. kenapa Allah hanya bagi kite sekeping hati? tak macam anggota lain yg berpasangan,.? Allah memberikan aku sekeping hati kerana Allah akan menghantar sekeping lagi supaya menjadi pasangan satu saat nanti, insyaAllah.. ~aku tetap disini”
 
Selesai menemui noktah luahan itu, aku mengalih buku itu dan dengan tidak sengaja terjatuh sekeping gambar yg sudah semestinya cukup bermakna buat dia,. Melihat dua senyuman dlm gambar itu,. *indah* sekali ^___^ ,.

Benakku bertanya,.~(?)
 
Mengapa disakiti jiwa yg ini? mengapa ingin dibiarkan hati ini jatuh kepada org yg tak selayaknya? Mengapa tidak dikongsi permasalahan bersama? Namun siapalah yg bisa menjawab persoalan itu lagi,.? Kerana rindu yg berbulan, didiami sekelipnya.

Aku hanya mampu cakap,. Bersabarlah sayang,.Dia mempunyai alasannya sendiri,. Pujuklah hati tu,. Siapalah kita ingin menolaknya? Yang penting, jalan yg kite dipilih adalah tepat,.!
 
P/s: Jaga dan peliharalah cinta sekiranya kamu sudah memupuknya pada seseorang itu sehingga kamu dan dia menjadi SAH,. Meskipun pertunangan belum tentu sampai ke gerbang yg benar kerana segala2nya adalah urusan Allah.,Sabar menempuhi dugaan, bersyukur menikmati kebahgiaan,. :')


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .