Sahabat Baru :)

Ahad, 20 November 2011

Kasih + Sayang = Cinta!


Hah?!

Jom Bercinta,.!

Amboi,. Mudahnya,.(?)

Cinta tu asalnya kasih, adik beradik sayang. Jadi, kalau nak bercinta kite kena pastikan dulu yg kite da benar2 kasih dan benar2 sayang. Kemudian barulah cinta,. “uih, Sya! in love ke ni?” urgh~ . Jangan cinta terus tapi tak sayang dan tak sempat kasih, mesti last2 tak bertahan lama.

Eh, yeke? Cinta dgn kasih dgn sayang tak same ke?

 Tak samalah! 3 elemen ni memang ada kaitan tapi setiap satu membawa makna yg tersendiri.

Kasih tu ape?
Kasih didefinisikan sebagai perhatian yg lebih daripada biasa.

Sayang pulak?
Sayang ialah perhatian yg dibalut rasa.

Cinta?
Cinta ditakrifkan sebagai perasaan intim.

Haaa,. Kan tak same tu  :')

   Jadi, kalau saya dan awak dan kite nak bercinta, kena pastikan yg kite da kasih dan sayang ^__^
Maksudnya beri perhatian,sanggup ambil kisah dan larat ambil tahu. Lepas tu balut sikit dgn rase sayang gitu, dah kire perfect!

 Pupuk - Siram - Baja - Membesar dan timbul rase = Hasilnya ? Jadi Intim. Itu Namanya C.I.N.T.A ~

Pastu boleh la bercintan-cintun :)

Tapi,. Tapi,. Tapi. Sat dulu na ,, Don’t be gatai, Sya!

Cinta itu indah kalau betol caranya dan cinta tu boleh jadi booster terbaeekk ah bila kite nak capai kecemerlangan kalau betol caranya.  Tapi, kalau Cinta yg dipendam namanya Syahid,tau! Lagi baik tu~


Salah ke bercinta, Sya?

(Fikir2) Setiap pilihan ada baik dan buruknya kot,.
  Bagi saya, bercinta tak salah, asalkan betol cara dan kaedahnya. Cinta ni pulak bukan semestinya pada ’orang’ je. Cinta jugak WAJIB pada ALLAH, pada ibubapa, pada guru, pada ilmu, pada diri sendiri

Sebenarnya.....

Cinta tu nikmat,.! Jadi, saya dan awak dan kite berusahalah jangan basahi ia dgn air mata.

Kata seorang Motivator :

  “Lelaki jujur biasanya dia kekal macho. Dia tak menampakkan yg dia terlalu mengagumi anda, sebab dia tahu kecantikan anda tu tak lama. Lelaki yg terlalu memuji anda sebab kononnya anda cantik hari ini, akan mengutuk anda bila anda dah tak cantik lagi. Takkan 20 tahun akan datang anda masih cantik,.?.Dah tak cantik dah! Jadi, tak mustahil dia cari yg lebih cantik daripada anda. Jadi, mase bercinta jgn terlalu asyik. Nanti lentuk, payah.”

Dengar ni,. Saya pulak nak berkata2:

  Biasanya, perempuan memang mudah menyintai. Apabila menyintai, berlebih-lebih la pulak! (alamak) Jadi, wahai lelaki jgn memperalatkan kami :') Hei,. ! Oh lelaki~ janganlah marah dulu. Ini hanya permintaan kami. Wahai seangkatanku, berpada-padalah kite menyintai sewaktu bercinta. Nanti da kahwin, Cintalah engkau sebesar gunung pun tak jadi masalah, sebab mase tu, Lelaki yg dicintai sebesar gunung akan memberikan cinta yg lebih besar daripada gunung itu. Dalam tempoh bercinta selalunya tak jujur (boleh jadi salah tapi tak mustahil betol, kan ?)

  Jadilah macam Hang Tuah.Dia bukannya tak cintakan Tun Teja. Tapi, sebab amanah Sultan, Dia lepaskan juga Tun Teja untuk Sultan. Padahal Dia cintakan Tun Teja. Maksudnya, Kita jujur melayan perasaan dalam menikmati cinta. Cinta jangan dilayan melampau-lampau sebab nanti kalut jadinya. Ada perasan seket, layan seadanya sebab dalam usia remaja, cinta tak membawa kemana nya ( takle kahwim lagi kan, hehe). Setiap orang akan alami keadaan macam ni. Paling tidak, sekali dalam hayat dia. Pada yg normal la. Pada yg tak normal mungkin berkali-kali.

Jadi, anda da sedia untuk ada kekasih ke Sya?

  Berkasih normal.Tapi, kalau rosak disebabkan kekasih tu yg abnormal. Patutnya bila mula disayangi, buktikan ‘org tu’ tak buat pilihan yg salah dengan mengasihi kite.Berapa ramai kite nakkan kekasih didunia ni? Kan lebih baik seorang tapi ‘dia’ tu menyemaikan kasih seribu untuk kite.Mengasihi akan kasihi. Tinggikan nilai kasih anda :') itu modal untuk dapat kasih daripada kekasih yg betol2 mengasihi.


Haaaa.....!

Sebelum kite nak cintai seseorang, chopkan 5 di atasnya dulu.

  1. Cinta sepenuhnya pada ALLAH.
  2. Kemudian Cinta Nabi.
  3. Cintai Ma dan Abah.
  4. Cintai guru.
  5. Cintai diri sendiri
  6. Kasih+sayang=cinta kepada insan berkenaan.


Haih~ maju kamO sya! Gediks tuuu,.haha! Sabar2~ saya sayang Allah! Sya, ape pun yg berlaku, jangan berpaling daripadaNYA. Kasih, Cinta, Sayang dan Dia (bakal insan berkenaan), semuanya datang kerana Allah. Bersangka baik pada ALLAH, bebaskan andaian. Bersyukur mengecapi nikmat, Bersabar menerima dugaan.

P/s: Jomlah kite bercinta, tak kisah la nak gila punyer ker taknak gila. Tapi kali ni kite cinta gila pulak pada ALLAH. Takkan nak cinta gila pada org je..
Asyek org,. Asyek org,. Asyek org,.
Jomlah cemerlangkan hidup dengan menjadikan cinta sebagai laluan untuk menikmati bahagia. Kan cinta untuk dinikmati, bukan ditangisi. ^___^ 

~ Cinta kerana Allah, Jangan marah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.