Jangan puji saya,.!

Aku malu pada Tuhan dan diriku,
Mendengar pujian org buatku,
kerana aku tahu, aku tidak layak untuk itu.

Ilagi,.
Kau Maha Mengetahui tentang hambaMu ini,
Dosa dan noda pd anggota dan jiwa
Dalam kesunyian malam, ku memohon keampunab.
Janganlah pujian org hanya igauan.
sedang daku di lembah kemurkaan,..
Hulurkan untukku lautan keampunan,..
Limpahkan daku hamparan keikhlasan,..
Hingga pujian atau makian, tidak menggugat perasaan.

Tuhanku,.
ampunkanlah daku bila dipuji,
Sedangkan Dikau mengerti..
Diriku ini belum cukup murni..
Siapalah daku dibandingkan hamba2Mu yg suci,.
Para mujahid yg cukup berbakti,
Sedangkan aku hanya dipinggiran budi,
Belum cukup ilmu atau air mata yg ku cari,
Belum pun darah ku tumpahi atau nyawa ku korbani,
Mereka sudah memuji, sedangkan baktiku belum terbukti,
Bahkan jauhnya antara langit dan bumi.

Maka, tutupilah kelemahan ini,
Ketika dahi merapat ke bumu..
aku tangisi dlm kesunyian dinihari..
aku ratapi lagi.
Aku amat malu padaMu Ilahi
Aku bimbangkan nifaq diri tersembunyi
Bimbangkan pujian membunuh kejujuran naluri.

Wahai Ilahi,.
Ampunkanlah daku kerana tak layak dipuji..
Ampunkan mereka kerana salah memuji..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .