isu?


Saya ni part-time blogger skrg, hehe,. Untuk menarik minat kakak2, abg2, uncle2 and aunty2 supaya singgah kat blog ‘kolot’ saya ni. I try  to be picturesque on my blog walaupun tak pandai dan arif  IT sgt. Haa,. That’s why jgk I do a lot posts to share and ‘snap’ picture -kat google je laa-, haha! supaya nampak complete! Skrg, I’m proud to say Tahniah Sya! –kire Berjaya la- hehe! At that time I get nice friends ^__^ and sweet comments from my stalkers, but the nicest ones are from those who tell me how much my writing speaks their minds.

Ok, dah melalut,.!!

 Ramai org yg Salah faham dgn ‘Makna Sabar’ (?)

 

   Ada mereka yg menganggap sabar itu sifat yg tidak berdaya saing dan sifat  yg bercorak lemah dan cepat mengalah! (berapa byk ’dan’ ni?). Mereka yg sabar adalah mereka yg pasif, tidak memiliki keinginan bahkan tidak memiliki kekuatan. Org yg sabar adalah org yg selalu mengalah pada keadaan.  

TIDAK!

Bukan macam tu. Org yg sabar la memiliki kekuatan untuk mengembalikan keadaan yg lemah menjadi kekuatan di masa hadapan. Sifat sabar bukanlah sifat pasif tapi sifat yg mendorong kite2 untuk terus dan terus bergerak mencapai cita2 atau untuk menyelesaikan masalah yg sedang melanda.

 Al-Quran menyifatkan mereka yg sabar tu:


   “Dan berapa ramainya nabi yg berpegang bersama2 mereka sejumlah besar dari pengikut yg bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yg menimpa mereka di jalan ALLAH dan tidak lesu dan tidak menyerah. ALLAH menyukai org2 yg sabar .” (ali-Imran, ayt 146)


   Betapa jelasnya al-Quran menggambarkan mereka dan betapa luar biasanya ciri2 yg diumpamakan pada mereka, wOw!. Kalau kite perasan, ada 3 sifat yg dijelaskan dalam ayat kat atas tu. ALLAH menyatakan bahawa mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yg menimpa mereka fisabilILLAH. Yes! Memang betol la bencana cenderung melemahkan seseorang tapi mereka yg sabar takkan membiarkan diri mereka lemah.jatuh.lalu tersungkur oleh dugaan. Mereka tetap sEmAngAt!! Dlm mengharungi ujian yg akan mengziarahi dia lagi. Bahkan bukan hanya mereka mampu menjaga kekuatan diri mereka, mereka jugak ternyata mampu mempertahankan dan menguatkan semangat mereka (dgn penuh dramatik ni) hik! Al-Quran jugak menyatakan bahawa mereka tidak berase lesu, maknanya mereka tak hilang semangat walaupun gelombang kesusahan menyentap banyak perkara yg mereka miliki.

 Tidakkah kite rase aneh?

   Ketika org lain menjadi lesu dan tertekan kerana ujian yg menimpa, mereka pulak tetap menunjukkan keadaan yg penuh dgn semangat dan bersedia untk bangkit kembali dari jatuh terjelopok dan terus menghadapi ancaman yg menghalang mereka.


 Ya!! Semangat seperti inilah yg kite dapati pada sahabat2 baginda Nabi SAW.

 Dimana  pada saat manusia berasa gentar dgn musuh yg menyerbu Madinah (perang ahdzab) mereka pula menyambut gertakan yg dahsyat tu dgn ucapan yg penuh semangat. Firman ALLAH tentang gambaran kasar yg dihadapi oleh peduduk Madinah pada masa org2 musyrik menyerbu dan mengepong mereka:


   ”Ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu dan ketika tidak tetap lagi penglihatan dan hatimu naik menyesak sampai ke kerongkong dan kamu menyangka terhadap ALLAH dgn bermacam2 prasangka. Disitulah diuji org2 mu’min dan digertak dgn goncangan yg sgt.” (al-Ahzab, ayat 10-11)

  Tapi, ALLAH menjelaskan bahawa org2 yg BENAR beriman dan tentulah mereka memiliki kesabaran, tidak terpengaruh oleh gertakan yg hebat itu.

   Mereka yg sabar adalah mereka yg sangat gigih dan pantang menyerah. Yg tidak kurang penting dari itu semua, mereka sentiasa menyerah diri pada ALLAH dalam kegigihan mereka itu. Dan dalam berdoa pun mereka tidak tergesa2, tidak cepat hilang sabar dalam menanti termakbulnya doa mereka..


Sekian.

p/s: Jgn menyerah dan berputus asa  dari rahmat dan kasih sayangNYA ^__^ illaliqa’

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .