Dunia: mengajarku melihat diri !


Nak kelip mata pun rase macam rugi. Aneh betul ape yg aku rasa ni. Tapi betullah, apa yg
terpampang depan mata ni memang indah, sangat2 indah.



Inilah keindahan dan keunikkan bumi Allah, memang takkan basi dengan pujian,
 takkan lekang dgn kesyukuran
dan takkan hilang selagi diberi kesempatan.


Aku terfikir...
Sekecil mane pun peta dunia, Allah kurniakan rezeki kehidupan pada manusia, sekecil mane pun sesuatu tempat tu, tetap ada penghuninya. Satu nikmat yg takkan mampu disangkal oleh sesiapapun kecuali DIA.


Aku perhatikan diri…
Ya! Aku manusia biasa yg terdorong membandingkan pelbagai perkara dalam hidup, susah dan senang kehidupanku, pelajaran, pengorbanan, percintaan, eh! Semualah. Terkadang aku mengagumi kemewahan dan kesenangan org lain, sedangkan aku.. terkapai-kapai dalam duniaku tersendiri.


Eh! Bukan menidakkan kudrat sendiri, tapi aku Cuma mengagumi. Aku tahu dan sedar, rezeki  setiap satu daripada kite berbeza, dan selagi kita bernyawa selagi tulah rezeki akan dikurniakan kepada kita. Cuma mungkin semangat aku tak setara dengan semangat dan usaha mereka. Atau belum masanya ?


Aku perhatikan diri lagi…
Nampak macam takde yg istimewa, biasa-biasa je. Tapi aku masih tetap dikasihi oleh keluarga, teman-teman dan sahabat handai. Aku masih juga bisa didampingi, dikelilingi oleh teman dan masih diberi nikmat persahabatan yg erat.


Mungkin istimewanya aku terzahir di hati mereka.
Dan tentang mereka, setiap satunya unik dalam cara yg berbeza.
Oh, mungkin juga mereka punya pendapat yg sama sepertiku.


Aku perhatikan manusia terdekat denganku…
Masing-masing dgn cara dan isu tersendiri, betapa kite semua dijadikan penuh warna-warni, penuh beza namun tetap unik, istimewa pada sesiapa yg menikmatinya.


Kata org: 

“hidup ini umpama roller coaster”

Yg sentiasa naik dan turun, Cuma terpulang pada kite untuk menerima cabaran itu dgn tabah atau takut sepanjang masa. 


Ada benarnya jugak kata2 itu. 




Aku? 








.. Mungkin masih cuba mencari jalan untuk menilai perjalanan tersebut. Atau mungkin aku   sedang berada di dalam perjalan itu tanpa aku sedari.


Aku melihat jam ditangan…
Melihat nombor yg menunjukkan pergerakkan masa yg tiada kesudahan. Takkan berhenti walau sepicing pun kecuali bila kite telah dijemput nanti. Berjalan dan terus berjalan. Aku juga makin dihambat usia, begitu juga kamu, kamu dan kamu.


Aku masih leka, terpana melihat semua orang bergerak mengikut  takdir  mereka. 


Adakah aku hanya memerhati disini?


Dan sekiranya YA, aku harap aku dapat mengambil pengajaran dalam tiap2 pemerhatianku nanti. Sampai  masa, aku tidak mahu lagi memerhati, aku juga ingin berlari mencapai mimpi.


Subjektifnya kehidupan ini, indah dgn cara tersendiri. Sedangkan aku pula mengulas dgn misteriku yg mungkin hanya difahami oleh aku atau segelintir pemikir  yg tiada apa yg mahu dilakukan.


Apa pun, aku mesti di sini, tidak bersendiri. Masih disayangi dan perlu manghabiskan rutinku.


Wahai diri…
Bersyukur dan bertabahlah atas setiap apa yg mendatang. Setiap satu kurniaan nikmat itu, tersimpan rahmat yg perlu kite syukuri. Melihat dunia, mengajarku melihat diri =)




P/s: Kembali dgn post panjang2 ^^ hee!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .