Fahamilah..



“ Sebahagian cara memelihara kemaluan itu adalah menutup wajah. Ini adalah kerana wajah menyebabkan terjadinya proses pandangan pada wanita. Sesuatu yg dipakai untuk sesuatu yg dimaksudkan, maka hukumnya sama dengan sesuatu yg dimaksudkan. Apabila menutup leher dan dada hukumnya wajib, maka menutup wajah adalah wajib. Ini kerana wajahnya yg paling penting. Wajah adalah merupakan tempat berpusatnya fitnah”

(Huraian maksud (bukan terjemah ya ^^) Surah an-Nur (24) : 31 )

Satu hari..

    Saya sempat berjumpe dengan ustazah yg sangat2 akrab dengan saya kerana ustazahlah tempat saya berkongsi hujah dan bertukar2 pendapat. Secara peribadinya saya tidak tahu dari mana kekuatan ini datang untuk saya menyuarakan isi hati saya kepada ustazah dengan begitu tenang..

“ Ustazah, ana pernah kenal seorang lelaki. Pada mulanya ana tak pernah sangka yg ana akan ‘suka’ pada dia. Ana pernah buat apa saje diluar jangkaan ana sendiri untuk mendekati lelaki tersebut sebab ana terlalu ingin mengenali dia. Dulu, walaupun ana banyak kali disakiti, ana akan sabar dan husnu zhon pada dia, ana akan pandang dengan nilai yg positif (mungkin kerana sayang) . Dalam masa yg sama, ada seorang lelaki yg begitu menyayangi ana, bahkan mungkin sanggup buat gape jah untuk dapat ana. Ana terseksa ustazah. Sejujurnya, ana takse melakukan dosa yg terangan2 ni. Ana takse bercinta, tapi ana terlalu kasih pada lelaki tersebut dan takut sekiranya ana lepaskan peluang ni ana mungkin akan kehilangan dia untuk bersama dia dah lepas ni, kata org : peluang hanya datang sekali (sambil senyum). Hmm, banyak ana ubah menjadi baik, kononnya dengan cara ana ubah ikhtilat,maka dibolehkan tapi ana terbace satu Hadis yg mengatakan bahawa syaitan aku terus menyesatkan anak adam sehingga hari kiamat, bahkan syaitan akan membuat perkara maksiat menjadi indah. Sebab tu banyak kite tengop fenomena sekarang, ‘islam ikut zaman’ bukan zaman yg patut ikut islam. Ustazah, ana mengaku yg ana pun ada kelemahan. Tapi ana tak sekuat ustazah lagi, ana terlalu lemah dengan lelaki. Setiap kali sebelum ana terjumpe dia, ana mesti rase dup-dap2 ustazah. Ana sokmo berharap supaya suatu hari nanti dia dapat jaga ana  dpd ‘perosak2’ lain. Ana pikir benda ni sebab dunia sekarang makin gelap ustazah, kite perlukan pemimpin untuk pimpin diri kite jugak, ustazah kan? Apa pandangan ustazah?”

Cepat ustazah mencelah:

“Apa pendapat enti mengenai purdah?”

Saya: Ustazah, saya pernah mendapat hidayah sehingga saya rase nak menanges jika tak dapat tunaikan. Tapi…………

Ustazah: Kalau gitu, kenape tak teruskan? Hidayah adalah milik Allah,Malah Nabi Muhammad sendiri tak mampu untuk bagi hidayah kpada bapa saudaranya untuk memeluk islam. Kalau enti tolok, enti tak takut ke yg lepas ni hidayah tu takkan datang lagi dan tak bimbang kalau Allah tak ccagho dah nanti.

Saya: (tunduk) Ustazah, keluarga saya tak izin.

Ustazah: Enti tahu, ini adalah dugaan enti. Perkara yg baik Allah  akan uji sebab Allah nak tengop apakah iman kite senipis kulit bawang atau setebal kulit manggis?

Saya: Ustazah, kalau saya berpurdah lelaki yg saya ‘suka’ tadi mungkin takkan mahu untuk mendekati saya lagi walaupun hakikatnya sekarang kami sudah membawa haluan masing2. Dan katanya dia dah pun menemui kebahagiaannya tanpa saya.

Ustazah: Astaghfirullahal azim, Izni. Jodoh itu rahsia Allah. Barang yg terpelihara mesti elok isinya dan boleh rase lebih berharganya. Kalau benar dia jodoh enti, jangan risau.


Hari pertama ustazah jumpe saya berpurdah

>> Subhanallah, sejuk hati ustazah tengop Izni. Comelnya anak murid ustazah ni J

Saya begitu yakin, kerana ustazah memberi semangat pada saya meskipun keluarga saya …..tidak bersejutu.

 Saya lekas bertanya:

“abah, apa pendapat abah kalau seseorang tu berpurdah”

Abah: Org yg berpurdah ni terbatas da pergerakan dia. Nak buat gape2 pun susah dah apatah lagi nak bantu buat kerja2 sosial diluar dengan masyarakat. Anak Abah tak payahla. Macam sekarang pun comey dah.


Perasaan saya : Begitu sedih!

Rasa macam nak bukak balek purdah ni.

Esoknya saya jumpe ustazah, cepat ustazah berkata:

“itulah ujian.”

Saya: ustazah., kalau didepan mereka yg sudah biasa melihat wajah ana boleh ke ana bukak?

Ustazah: Tu takde masalah. Sebab enti pakai atas dasar Sunat bukan wajib, jika wajib maka wajib bagi enti untuk tutup sokmo.

Saya: kalau ana tubik dengan family ana, gane tu ustazah?

Ustazah: Takde masalah, kalau pakai dapat pahala sunat J Kalau keluarga tak izinkan enti kena akur la.

Saya: ana tak cukup baik ustazah. Beberapa hari ini, banyak ujian menimpa. Ramai lelaki yg mesej ana, ada yg berkata “saya cume nak jaga awak”. ana balik sekolah marin pun ada yg ikut sampai cabang depan rumah. Tetapi untungnya Allah tak memberikan ana rase untuk bercinta mungkin sebab ana dulu terrrrrlalu kasih pada lelaki tu,walaupun dia ingat ana main2 dengan dia.

Ustazah: Nak tunggu kite semua jadi baik sampai kiamat belum tentu. Ustazah yakin Allah sayang pada enti sbb tu Allah uji. Kalau enti benar2 kasih, simpan la dulu. Habiskan tanggungjawab enti. Suami bukan untuk enti gune sekarang tapi untuk masa depan,kan. Tapi yg ustazah tahu, kalau kite rase ddebar, ghalibnya jodoh kite.

**sejujurnya saya tidak ingin mengetepikan keluarga tapi ini soal agama. Saya harus memilih dan berkorban. Maka pilihan saya adalah berpurdah apabila tanpa diiringi mahram dan purdah itu saya buka jika bersama keluarga.

Ustazah: Tinggalkan yg dikatakn kenangan2 indah enti bersama dia dulu sekarang. Allah tengah bantu enti untk jauh dpd zina. Kalau dia bijak, dia takkan terlalu menghukum enti. Lelaki kena bijak menilai dan mencari hikmah.Jangan sedih2,jangan pikirkan dia. kalau ada gape2 jangan segan2 mari jumpe ustazah lagi.

# kalau nak ikut kan memang panjang lagi dialog saya dengan ustazah tapi saya da pendek2kan untuk berkongsi dengan readers semua. Hari ini saya makin percaya bahawa Allah bukan saje ada untuk kite bahkan sentiasa disisi kite.  Walaupun saya tak mampu menjadi sebaik2 manusia sekurang2nya saya tetap mencuba.


P/s: Jika hari ini kite diuji,maka esok hari mungkin kebahagiaan menanti. Kalau lelaki itu benar berada dihati, biarlah tetap disanubari dan tetap menjadi rahsia kite dengan Ilahi. Peliharalah hatimu wahai diri,.. sekian

Ulasan

Catat Ulasan

Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .