Belum Sedia,.


Sebelum saya nak terus berdiskusi mengenai title kat atas tu mungkin saya perlu nyatakan yg saya belum deserve nak cakap pasal ni tapi saya bercakap  on myself  =)

Ma: Ma nak bagi anak2 ma pilih sendiri calon suami masing2.

Saya: Ma,. Sya nak ma tolong cari. Boleh dehhh

Ma: Ish! Sya carilah,. Kalu umur da lebih 25 tak nikah lagi baru ma cari,.

  Kakak2 saya semua da mendirikan rumah tangga, praise be to Allah dengan rahmatNya masih kekal dan bahagia sehingga hari ini,. Sekarang menuggu turn saya la, aunty sebelah abah turun dari KL yg jarang jumpe saya sibuk tanya calon untuk saya. Oh! Sungguh untuk saya nyatakan ‘SAYA BELUM BERSEDIA’ masih muda dan masih berbakul2 tanggungjawab utk Ma abah untk kakak untk adik untk diri sendiri dan untk ummah .

  Sebelum ni saya pernah bagitau Ma yg saya tengah berkawan dgn ‘seseorang’,entah kenape saya begitu berani membicarakan soal lelaki didepan Ma. Pada saya dia memang  cukup sempurna dimata saya, sampai sempat terfikir ‘dia memang untuk aku!’ Ma pun banyak bertanya, dan alhamdulillah diberi kesempatan ma dapat kenal jugak sebab dia sempat ziarah ke rumah. Oleh kerana Ma takut aku kecewa sebab dia belajar jauh, Ma selalu pesan ‘kalau ada jodoh, ada la. Jangan letak harapan tinggi sangat nanti kecewa. Belajar dulu sampai habes’. Saya tahu, Ma pun dapat paham apa yg tengah saya rase mase tu. Walaupun olok2nya saya memiliki dia tapi sebenarnya TIDAK sama sekali tidak!

  Saya pernah terfikir, kalau da kahwin segala2nya halal. Betapa indahnya melalui segala2nya dgn status yg da halal tapi sebab terlampau+tersangat sayang saya biarkan perasaan terlalu nak memiliki tu lebih menguasai tanggapan yg pertama  tadi.MasyaAllah! Bila teringatkan jalan cerite kami, ia cukup2 membuatkan saya merindui dan begitu nyaman. Namun, nyaman itu hanya dusta semate2 yg direka oleh syaitan. Dalam surah al-Hijr Iblis berkate:

“Wahai Tuhanku! Kerana engkau telah menjadikan aku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam Dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.’ Kecuali di antara zuriat2 Adam itu hamba-hambaMu yg dibersihkan dari sebarang syirik,.”
 Sodaqallahul a’zim..

Menurut tafsir Ibnu Kathir, iblis sempat meminta hajat kpd Allah agar diberikan kesempatan untk membawa,mengajak dan membimbing keturunan Adam ini besama
dgnnya nanti! Iblis bersumpah akan menjadikan semua perkara yg jahat,maksiat,dosa itu dilihat dgn pandangan yg baik!. Antara perbuatan maksiat yg dilihat indah,cantik dan baik adalah perbuatan zina! Nauzubillahi min zalik

Satu ketika ma mengenali seorang lelaki, mungkin pada kaca mata ma lelaki itu baik untuk aku. Aku  bukan cuma diam tatkala ma membicarakan soal lelaki itu malah menjadi bisu. Bukan ingin menolak tapi aku tidak pernah terfikir lagi untuk meletakkan mane2 lelaki dihati aku. Cukuplah kenangan dulu yg mengajar aku, betapa berharganya cinta selepas kahwin.Walau bergunug2 mane sayang tu selagi belum memiliki tetap tak lari ke mane.

‘Nak cari suami biarlah yg tinggi nilai agama dalam diri dia supaya dapat bimbing kite lagi nanti esok2, kalu nak hak kayo takpe dulu. Bila da nikah, kije,cari duitla. Ada rezeki jadila org berada skeet’
(pesan Ma)

Untuk aku, walaupun dia sempat menikam hati aku dengan senjata yg paling tajam namun tikaman yg masih membekas itula yg mengajar aku untuk lebih kuat menghadapi  tikaman2 seterusnya yg mungkin datang daripada perosak2 yg aku geruni. Dia jugak yg berjaya mengubah aku, tak sangka! Aku sanggup melakukan apa saje asalkan aku dapat memiliki dia….dulu.

Alhamdulillah sekarang kami menjalani hidup masing2 dan aku yakin kami lebih bahagia sekarang kerana bebas daripada dibelenggu dosa yg jarang kite sedar tu. Untuk dirinya, aku terlalu berbangga, aku percaya jika Allah mengizinkan untuk kamu memiliki seorang wanita yg kurang sempurna untukmu maka bimbinglah dia. Bukankah kamu sebagai lelaki seharusnya menjadi pelindung wanita? Selamatkanlah lagi jiwa2 yg rosak agar lebih mengerti akan hakikat hidup di dunia Allah ini. Semoga kite akan berjumpe di syurga sane =>



O’ Divine Master, forgive me all my sins.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .