AL MUSYKILAH


“Assalamualaikum..

Di sini saya ada satu masalah, masalah mengenai hati dan perasaan. Selalu tu org cakap hati dan perasaan ni takleh nak dipaksa2

Masalahnya camni, ada seorang sahabat saya, dia bercinta (couple la). So bile dinasihatikan banyak2 kali akhirnya dia sedar and insaf and dia nak berubah. Dia dah taknak lagi couple2 but masalahnya dia takleh lupankan lelaki yg dia suke tu. Dia asyik teringat kenangan2 ‘indah’ diorang and hadiah2 yg that guy kasi kat dioa sering menyebabkan dia sebak.Bila dilarang daripada tengop hadiah2 tu, dia membantah, dia cakap “hati dan perasaan mane boleh nak dipaksa2. Awk boleh ke kasi jalan camne saya nak buat supaya saya dapat lupakan dia??”


>> Bila diajukan dengan persolan yg macam ni, saya pun blank.. saya sedar saya pun kurang pasti macam mane cara terbaik yg saya dapat bantu..

  Saya sendiri serba kekurangan, masih lemah. Namun, suke untuk berkongsi dan suke saya bila dapat klien yg baru,. Alhamdulillah tahun ini saya menjadi semakin matang dalam memberi pendapat dan sudah berjaya psiko org lain sehingga mengalir mutiara dipipinya. Semoga Allah meredhai pekerjaan saya ini dan semoga saya dapat meninggalkan segala kemaksiatan meskipun saya masih berkeingin pada semua itu kerana masih dibisik dengan kalimah cinta yg indah .. Nauzubillah




Berbalik pada soalan tadi,As for me …

  • Buang semua yg berkaitan dengan dia, walaupun tersangat2 sayang nak buang (gambar,hadiah2)
  • Fikir apa yg kite buat ni adalah untuk kebaikan kita dan dia jugak nanti (kot2 ada jodoh. Taknak la rumah tangga yg dibina bersalut dosa sebelum kahwin)
  • Gantikan masa yg kebiasaannya kite gune untk bersama dia (msg or dating) dengan baca al-Quran atau artikel yg berkaitan bahaya couple ketika berasa terlalu merinduinya. InsyaAllah rindu pada dia kan hilang (saya da try, mujarab)
  • Selalu ingat yg segalanya ditangan Allah,kite manusia hanya merancang. Seerat mane pun hubungan dan sekuat mane pun cinta kite pada dia, belum tentu lagi yg dia tu akan jadi jodoh kite.
  • Jauhkan dari ‘persekitaran bercinta’- maksud saya : elakkan daripada bergaul dengan rafiq/ah2 yg selalu bercakap dan suke berbual tentang couple. Sebab ini la yg akan timbulkan kesedihan di hati kite sbb time tu kite da takde modal lagi untuk turut berbual.
  • PENTING! Cuba jangan contact dia lagi walau ape cara sekali pun, walaupun dgn alasan sekadar nak tanye khabar sebagai kawan biase (agak susah kite akan jadi ‘kawan biasa’)
  • Perhatikanla lagak2 org bercinta, mesti banyak kepincangan dlm hidup mereka. Dan Tanyalah pada diri sendiri… “adakah kau juga ingin turut hanyut seperti mereka?”


**alhamdulillah, saya dapat melupakan dia sekarang, dan berdoa agar akan ada jodoh untuk kami nanti sekiranya si dia terbaik untuk saya.. insyaAllah

P/s: Semoga saya da dapat membantu anda ^^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .