Cantiknya Hati ♥

Cantik! >> simple je perkataan tu. Hati berdiri Sebagai organ vital, hati jugak pemangkin segala rasa dalam diri. Semua dikawal oleh benda yg satu ni,kan. Aneh tapi benar! Tertancap mata pada skrin hari ni pun kerana gerakan hati untuk berkongsi bait demi bait lagi disini ^^ _ indahnya gerakan hati _ Aku suke hati aku sebab ia chantek! ahha! mudahnya ayat tu, ringkas, tapi padat! rasa hati yg sejak lahir menjadi teman bicara ini yg makin lama makin lantang dan makin lama makin tinggi tujahan rasanya. Makin lama makin cantik mempersembahkan diri, memgeluarkan rase yg betul pada apa adanya. Cantiknya hati ni~ Hati ini masih mulus. Masih mampu bertugas dgn jayanya, tanpa gagal, tanpa cela walaupun pernah diterjah dgn amaran palsu, rebut rase, kekeliruan deria dan gelodak jiwa. ... ara ye yg istimewa pada hati ni? pelik! bentuknya tak sechantek fungsi.. Ingat tak masih kecik2 dulu kite selalu lukis bentuk tu? Sejak kite mengenal pensil,crayon, pen atau ape jela yg mampu menyambung titik ke titik dan akhirnya melahirkan bentuk. Ada yg senget ke kana, senget ke kiri, tak cukup bujur atau terllau lonjong, semuanya berasaskan hati. Memang aneka ragam kan, namun simbol tu ampuh dan tak pernah menetapkan ciri utama dlm bentuknya, bahkan sape je yg lukis bentuk hati adalah untuk melukiskan hati mereka pada yg tersayang. Lambang hati itu seolah2 diwarisi sedunia, diamanah untuk meluahkan rasa asli hati,sayang yg takde taranya. Simbol ringkas yg mendokong watak besar dalam hidup seharian. Mana taknya, sebermula nama ma atau abah di hujung lambang, kemudian bertukar kepada nama kawan, sahabat handai dan akhir sekali cinta hati, yg kite percaya adalah 'soulmate' kite. Misteri sungguh hati kita! > kecantikan yg aneh! Aneh. cantiknya hati ini kerana sape2 je termasuklah alam faham hanya dgn itu. Takde perkataan yg mampu menangkis pada keikhlasan hati yg cantik. Hati yg chantek penuh keikhlasan, kejunuran,lutsinar dan ringan seringannya. sungguh . . . aku KAGUM dengan kuasa hati! Marahla, makilah, buanglah segala rase dpd diri kite. Tapi hati yg chantek tak pernH mengalah. Tak pernah menipu kite, kerana harganya yg tak pernah merendahkan nilai manusiawi kite. awk,, Hati yg chantek mampu melahirkan pelangi walau kemarau yg bertandang, mampu mengeringkan bha berpanjangan, mampu menolak kemarahan, bahkan mampu menolak tepi kebenciaan berzaman. Sungguh! cantinya hati. Meski hanya satu, namum mampu mengisi pelbagai kekosongan diri. Kenape aku berbicara soal hati? > kerana ia indah perlu dikongsi. Saya berharap, awak gunela ati untuk memilih ape yg terbaik. Dan saya tetap melihat kechantekkan hati ini dgn nafas yg penuh dgn rona ceria kehidupan. *p/s: wah! cantiknya hati aku akhirnya memesong pada lambangnya. Biarkanlah! ia tetap tentang kechantekkan hati. Sungguh chanteknya hati ini! Percayalah, begitu juga hatimu ^___^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .