Berakhir bagiku..




Bismillahirahmanirahim . . .



Semalam…
 aku sibuk mengejar cintaku,
Cinta yg tak pasti sampai bila kan berakhirnya
Dan cinta yang TEPAT kononnya buatku
Aku sendiri hairan dengan perjalanan cinta ini
Agaknya berapa jauuhhkah lagi?

Semalam..
 aku berjanji untuk setia menunggu
Aku takut dia tidak dapat bertahan dengan sikapku
Aku berjanji pada diri tidak mahu memandang lelaki lain
Aku berusaha menjadi hamba yg baik disisiNya
Dan aku menolak lelaki2 yg cuba mendekatiku

Dalam setiap doaku, tidak akan penah lupa menyebut namanya
Dalam setiap langkah yg hampir jatuh, tidak pernah lupa pesanannya
Dalam mengharungi hidup yg terlalu berat, tidak pernah lupa untuk berharap padanya
Dalam kesedihanku, aku menyebut namanya agar dia membahagiakan aku nanti

Besar sungguh harapanku., ingin berbahagia dengan org yg TAK PASTI..


Aku,
Bukanlah seorang yg Kuat
Tidak setabah insan disana
Gagal membiasakan diri berjauhan

Suatu hari…

Bila kamu membuat aku sakit hati bahkan memaki
Aku berusaha memujuk hati agar tidak memandang negatif
Itulah alasannya mengapa aku tidak pernah berputus asa
Aku cuba menjadi seorang yg akan memahamimu

Aku cuba mencari hikmah mengapa Allah menjarakkan kite
Bagiku, Alhamdulillah… aku tidak didalam dosa yg terang lagi
Namun untuk mengatakan tidak merindui, bohong sama sekali
Kalau mampu, setiap saat aku ingin menanyakan keadaanmu
Tapi, aku ini siapa?

TAPI! Itu semua mimpi semalam… Hari ini aku bangun dengan Dunia yg nyata!


 
Hari ini aku telah meninggalkan cinta itu
Cinta yg mungkin hanya menyiksa diriku sendiri
Dan cinta yg BUKAN buatku
Sekarang, berakhirlah perjalanan yang jauh itu

Hari ini setiaku kepada diri sendiri
Setia melaksanakan perintah Allah
Setia menjadi baik kerana Allah
Setia  berubah kerana  cintaku padaNYA
Dan istiqamah melalukkan kebaikan itu kerana Allah

Hari ini aku sudah melupakan sedikit demi sedikit
Dan setiaku telah pun roboh …. diseberang sana
Aku berharap semuanya menjadi lebih baik daripada mimpi semalam
Kerana aku tidak selalunya menjadi aku yg dulu

Hati yg disakiti ini lama2 aku pulih
Pulih dengan kekuatan yg telah aku cari
Aku tidak akan mencuri perhatianmu lagi
Cukuplah dulu menjadi sejarah pada hari ini

Tanggungjawab ku masih banyak
Aku bukan kebudak-budakkan tapi
Aku cuba menjadi budak yg mengemis kebaikan
Aku mulai sedar bahawa bukan semua org pintar mengurus minda
Minda yg dikawal oleh tempat yg paling ampuh iaitu hati.

        yaAllah, hari ini aku begitu merindui saat aku bersamaMU tanpa ada yg mengganggu tanpa ada yg cemburu. YaAllah, ampunkan aku selama aku tenggelam dgn cinta patologik. Aku cuba menjadi baik, menjadi positif tapi hijrah itu semate2 kerana cinta, betapa ruginya aku ketika itu. yaAllah sementara peluang masih menyebelahiku, aku mohon agar Engkau menjauhkan aku daripada kerosakkan dan daripada kemaksiatan agar terpelihara iman dalam diriku. Aku malu, malu kerana tidak sedar telah memperjuangkan cintaku terhadap hambaMU yg belum pasti menjadi milikku.
Ampunkan aku, yaAllah…

P/s:

Ma,abah.. jangan risaukan jodoh sya. Sampai mase insyaAllah kite akan jumpe jodoh yg baik. Sya tahu ma bimbang kalau2 sya dapat suami yg tak dapat jaga sya dengan ilmu agama yg cukup dan abah risau kalau2 suami sya tidak selayaknya buat sya.

Ma, sya masih ingat pesan ma:
 
“Cari yg betol2 beriman supaya dapat isi apa yg kurang. Ma berharap hidup anak ma akan semakin sempurna dengan Iman.Kalau nak yg kaya, tu kemudiankan sebab lepas kahwinkan boleh cari tu sume. Kalau ada rezeki, senangla hidup nanti”

InsyaAllah, YaAllah.. aku ingin membahagiakan kedua ibubapaku. Walaupun org lain memandang kekurangan kepada keluargaku namun aku cukup2 bersyukur, bersyukur kerana masih memiliki keluarga.




** Saya tak yakin yg awak akan bace post ini tapi saya Cuma nak cakap terima kasih kerana membaiki diri saya menjadi sebaik sekarang. Dan saya da berjaya mendidik diri sendiri untuk meletakkan semua ni pada tempat yg sepatutnya. Saya cume berharap, semoaga kite takkan bermusuhan. Terima kasih menjaga saya dengan baik.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .