Wahai hati,. Jangan bersedih,.!

"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali".Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari tuhannya,dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk".(Al-Baqarah:155~157)

"Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."(Ali-Imran:139)

Sejak berbulan-bulan yang lalu diri ini dilanda al-fatrah yang agak kritikal membuatkan hari-hari yang dilalui agak tidak bersemangat.Namun kutabahkan diri ini untuk menghadapinya.Kadang terasa seolah-olah diri ini keseorangan di celah-celah manusia bermata sepet.Kadang terasa hampir-hampir ku tersungkur menyembah bumi dek kerana kesedihan. Namun cepat kusedari,..."ah baru sedikit ku diuji olehNya"...Nyata sekali diri ini masih belum cukup kuat dan ampuh untuk menghadapi dugaan ini berseorangan.Ya,aku tidak keseorangan.Aku punya tempat mengadu yang sentiasa ada disitu,yang takkan menghampakanku tika aku mengadu segalanya padaNya, DIA yang bisa menenangkan hati ini tatkala aku berbicara denganNya...itulah Al-Khaliq...Sungguh hanya dengan mengadu padaNya membuatkan hati ini tenang, bak bumi gersang disimbah hujan rahmat.Alhamdulilllah...Kupanjatkan kesyukuran kepadaNya,Tuhan Rabbul Jalil.Benarlah, hanya dengan mengingati Allah,hati akan merasa tenang.,!

Sungguh hambaMu yang kerdil dan hina ini insaf ya Allah.Betapa setiap dugaan yang Kau berikan itu tak lain dan tak bukan telah lebih mendekatkan lagi aku denganMu. Fitrah orang mukmin tatkala dilanda kesedihan pasti hati cenderung untuk kembali kepadaNya.Sungguh aku bersyukur di atas nikmat iman yang dikurniakan olehMu,ya Allah, ya Rahman,ya Rahim...

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para nabi,kemudian baru orang yang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka.Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya.Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya,bila lemah dalam agamanya,maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya.Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan tidak berdosa."
(Hadis riwayat at-Tarmizi)

Dari hadis di atas dapatlah disimpulkan bahawa musibah atau cubaan yang diturunkan Allah kepada hamba-hambanya adalah bertujuan:
1. Untuk membersihkan dan memilih, mana orang mukmin yang sejati dan mana orang munafik.
2. Untuk mengangkat darjat serta menghapuskan dosa.
3. Untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan seorang hamba.
4. Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia sehingga menjadi umat berbudi tinggi.
5. Sebagai latihan, supaya manusia terbiasa menerima ujian dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendiriannya.

ubat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan tadabbur
Yang kedua kummu assolat lailan
Yang ketiga ijma' dengan orang soleh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima zikir malam diperbanyak


Selagi kita bernafas di atas muka bumi ini,selagi itulah kita akan diuji...kita hanyalah makhlukNya yang cuma menumpang seketika di alam fana ini, berkelana menuju destinasi yang pasti.,lalu mengapa terlalu mendambakan kesenangan yang sementara. Dunia ini bukankah tempat ujian semata?

Allah, kupohon kepadaMu diberi sekelumit kekuatan dan kesabaran buatku menempuh hari-hari mendatang yang pastinya akan lebih mencabar.Kupujuk hati ini,"Sabarlah wahai hati,cuma untuk beberapa waktu sahaja lagi, mentari pastinya kan muncul lagi.Wahai hati,jangan bersedih lagi.Senyumlah dan tabahlah menghadapi hari-hari, demi mengejar sinar di hujung destinasi".


"Ajaib bagi orang mukmin,bila senang dia bersyukur lalu diberi pahala.Bila susah dia bersabar lalu diberi pahala.Dalam kedua-dua keadaan dia mendapat keuntungan."

~monolog hati seorang aku yang sedang berusaha mengumpul kekuatan~
Moga dipermudahkan oleh Allah segala urusan-urusanku.Diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaanNya.Dan moga terus beristiqomah meneruskan perjuangan,..amien..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .