Kepadamu Wanita,.! agar kau bahagia.,,

  Kepada setia muslimah yg rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai addinnya dan Nabi Muhammad sebagai Rasulnya.

  Kepada setiap pendidik yg berjihad fi sabilillah dgn untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.

  Kepada wanita yg bimbang dn bersedih, berbahagialah dgn dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yg besar dgn terhapus segala dosa.

  Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dialah wanita yg mndapat petunjuk, diterima amalnya dn menjadi wanita pilihan disisi Rabbnya.

  Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap tuhannya, mengingkari agamanya dn melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kpd wanita yg murahan, hina dan terbuang.

  Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkotakan bintang gemini dn matahari terbit di keningnya.

  Wahai wanita muslimah yg jujur, wahai wanita mu'minah yg selalu kembali kpd Allah.Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifatmengangau. Dilempar dgn batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekelian manusia.

  Jadilah engkau org yg mnjauhi perkara2 yg rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yg menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.Saat itulah engkau mendapat ketenangan dn akan diterima oleh enduduk bumi. Tercurah segala pujian yg bai2, doa yg jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang2 ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

  Tidurlah berbantalakn curahan doa org2 mu'min, lalu bangunlah untk meraih pujian yg ditujukan kpdamu. Saat itulah kamu akan menyedari bahawa kebahagiaan bukan tersimpan pada harta mahupun pada kasih nya seorg manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan juga mengabdikan pada hamba, namun kpd kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

  Pesanku, jadilah seorang wanita yg bermaruah, yg punya kedudukan tinggi disisi Tuhan kita. Dimana namanya sentiasa dizikirkan dalam kalangan para malaikat, dn yg brjaya meraih cinta yg TerAgung, iaitu cinta Ya Rabb lantas menjadi wanita yg paling bahagia di dunia,. insyaAllah ~



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .