cherite ::setia Seorang Lelaki::

Pasti anda pernah melihat iklan Petronas yang seorang lelaki tua menaiki bas dan ada seorang lelaki bertanya pakcik tu nak ke mana ?? Anda ingat lagi tak denga iklan tu? Kalau tak silap iklan perayaan aidilfitri... Mungkin ada sedikit perubahan daripada iklan itu tetapi cerita ini berteraskan iklan Petronas itu hehehee... Jom layan ceritanya...


Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 60-an
datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya.Seorang pelatih di hospital itu menyiapkan peralatan
dan memintanya menunggu, sebab semua doktor masih sibuk, mungkin dia baru
dapat dirawat setidaknya 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah, sebentar-sebentar melihat ke jam
tangannya. Terpancarlah kasihan dimuka Si Pelatih  itu. Jadi ketika sedang sibuk Si Pelatih itu cuba untuk memeriksa
lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang
balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan doktor,
si Pelatih putuskan untuk melakukannya sendiri..

Sambil merawat lukanya, Si Pelatih itu bertanya apakah dia punya janji lain hingga nampak
terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan
tengahari bersama isterinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari. Dia menceritakan
bahawa isterinya sudah dirawat di sana sejak beberapa waktu dan isterinya mengidap
penyakit Alzheimer.

Lalu ditanya lagi apakah isterinya akan marah kalau dia datang terlambat. Dia menjawab
bahawa isterinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Si Pelatih itu sangat
terkejut dan berkata, ?Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun isteri pakcik
tidak kenal lagi?? Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata, ?

Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia, kan?
Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku kagum.

Cinta kasih seperti itulah yang aku mahu dalam hidupku?

Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima
apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang
tidak akan pernah terjadi.

Moral/Renungan:

Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting:

Orang yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya
berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.

Hidup ini bukanlah hanya menghadapi badai,
tapi bagaimana kita boleh tetap menari di tengahhujan,.?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .