Ini. . . Skrip ku~

Aku terpandang sekeping nota:


  “ Adakah kau fikir semuanya sia2? Bersabarlah dengan penuh keikhlasan. Allah sedang menguji mu”


   Nota itu aku sendiri yg menulisnya ketika sedang serabut dengan permasalahan dunia yg tidak pernah putus. Sebagai kata2 semangat pada diriku sendiri. Entah dari mana aku memetik kata2 itu.Aku cuba mencari kembali buku2 yg pernah aku baca tapi gagal ditemui.

   Aku merenung nota itu. Waktu kemelut melanda hati, iaitu tempat yg paling rapuh dan ampuh dalam diri manusia~



Ya! Semuanya kelihatan sia2.


_Buat baik kemudian dibalas jahat *rasa sia2
_Bersabar tetapi tidak dipedulikan *rasa sia2
_Setia tapi dikhianati *rasa sia2
_Berusaha tapi gagal *rasa sia2


~~Modal paling murah digunakan ialah menyalahkan diri sendiri betapa malangnya!
Dan kemudian? Menyalahkan takdir, betapa tidak adilnya!




Itulah aku!







YaRahman,,

       Ampunilah aku YaAllah kerana ini pernah wujud dalam qalb ku...








Aku sering menyalahkan takdir dan kemudian merasa kesal dgn apa yg terjadi dalam pelayaran hidupku ini. Acap kali  perkataan ’jika’ dan ’kalau’ meniti dibibirku.



Namun,....

    Semuanya telah Kau susun rapi,Kau lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaMu.


Ku baca kembali nota itu –mata aku mula berkaca-.
Adakah aku sedang berfikir, apa yg berlaku dalm hidupku ini sia2?


Jawapan sebenarnya : adalah TIDAK, tidak dan sama sekali tidak.



Sesuatu yg berlaku tetap akan berlaku dan yg tidak berlaku tetap takkan berlaku tanpa izinNya. Allah da merencanakan semuanya. Kebaikan akan berbalas kebaikan dan kejahatan?  Lama2 akan terbalas juga dgn kejahatan. Tidak ada sesuatu yg berlaku itu sia2. Pasti ada pengajaran disebaliknya meskipun diri diperbodohkan yg aku perlukan hanyalah kesabaran. Menyerahkan semuanya kepada yg Maha Pencipta.


   Jarang aku mendapat kesedaran ini pada waktu kesibukan. Selalunya, bila aku dihimpit kesedihan yg meruntun hati, barulah kesedaran itu datang. Namun, kali ini berbeza. Tidak kira masa, aku terkenangkan memori itu. Aku akan belajar dgn sebuah lakonan yg khas untk memberitahu kesalahan aku meskipun dgn sekeping mesej. Aku tidak boleh menganggap semua ini adalah sia2.




Jika semuanya sia2,aku tidak menjadi secekal ini sekarang.




Jika semua yg berlaku dalam hidup aku adalah sia2, tidak meningkat kematanganku untuk membezakan yg salah dan yg benar dgn lebih tepat.





Apa yg berlaku pada masa akan datang juga masih dalam angan kosong ku. Angan ku itu sendiri tidak dapat menentukan, apakah ia akan benar2 terjadi,.?
Kita tidak boleh mengawal kehidupan kite. Namun, kite mampu menjalaninya sebaik mungkin, seperti tiada lagi hari esok untuk memberi kite ruang melakukan kesilapan pada hari ini.



Ya, semuanya tidak sia2. Meskipun kejadian itu sesuatu yg benar2 menyakitkan hatiku, itu adalah tidak sia2. Pasti ada pengajaran dan pelajaran. Cuma aku perlu melihat dari sudut pandang yg berbeza. Sudah berapa ramai yg ada dalam jatuh bangun ku.


Aku sedih dgn seseorang, maka Allah akan datangkan sahabat2 yg lain untuk mengelap air mata ku. Sudah berapa kali aku rasa bersendirian namun Allah maha Pengasih, mendatangkan kasih sayangnya yg tidak putus2. Hanya aku yg tidak menyedari, tidak bersyukur. Aku sedang diajar tetapi kenapa aku lambat sangat untuk belajar. Dan sebenarnya apakah kisah hidupku sehingga aku mencoret ia disini seperti ia benar2 telah menghancur jiwa?


Bagiku, cukup menghancur jiwa tetapi mungkin bagi org lain tidak. Besar atau kecil hanya dihati dan di pemikiran sendiri.Kadangkala kite merasakan apa yg berlaku pada kite sudah cukup besar dan menghimpit. Namun, bila kite melihat alam, melihat kehidupan, melihat manusia yg lain, kisah hidup kite itu mungkin tidak sebesar mana. Dan apabila berkait hati, semuanya menjadi misteri. Namun, misteri atau tidak aku tidak mahu lagi menjadikan  semua kejadian dan kisah dalam hidup aku sia2.




Terlalu singkat masa yg ada ini. Bila lagi aku dapat habiskan hari ini bersama keluarga yg mengasihi aku, kawan2 yg sudi memberi.
Berapa lama lagi masa yg aku ada untk aku habiskan dgn menyesal dan menangis. Entah esok aku sudah tidak mampu menangis bahkan ketawa lagi.




Nota itu, aku ambil kembali, setelah gugur air mata ku di atasnya, aku lap. Aku lekatkan ia dimeja tulisku. Biar menjadi tatapan mata bila mata memandang, biar jadi tatapan hati bila hati memerlukan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .