Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian.

Selamat Berjumpe lagi ^__^ , mujur kite jumpe lagi, Alhamdulillah diizinkan ALLAH. Biarpun tak dapat come face to face, pertemuan ni tetap bermakna,kan.


“Susahnya hidup ni, macam2 nak kena buat,. Lecehla!”


  Uit,. Bila cek duk pikiq punyer pikiq kehidupan kite ni same macam pilot. Haa,.! Nak cherite pasal pilot ni, teringat pulak saya pada seorang kakak yg sgt Cantik (SubhanALLAH),. empunye nama Noor Hafizah Bt Mohd Idrus dan sekarang memegang jawatan Senior First Officer Air Asia x. Kakak ni jugak pernah menegendalikan ’burung besi’ tu ke New Zealand (hebat2). Yang lebih mengujakan saya, kakak Hafizah ni diberi tanggungjawab menjadi Cruise Captain dan menjadi ketua kepada krew lelaki merupakan satu penghormatan yg cukup2 besar sekali gus memecah monopoli lelaki dalam bidang tu.Sekarang kakak Hafizah dalam impian untuk bergelar kapten pertama di Air Asia,. Yuk! Kite doakan semoga cite2nya terlaksana,ameen.

Kehidupan kite sama macam pilot ke?

 Sebenarnya byk benda yg boleh diumpamakan dgn kehidupan yg mungkin mempunyai maksud tersendiri tapi kali ni saya nak samakan dgn pilot jgk. Hm,. A pilot have must necessary qualification before he is selected to be a pilot,yes? Lepas tu make certain that the lives of the people in the plane are not endangered by his actions.

  Dan  mula2 nak bawak kapal terbang tu naik memang susah,kan? Kena tekan tu, kena tekan ni, makesure semuanya dlm keadaan yg baik dan berfungsi. Dan bukan calang2 org yg dibenarkan memandu kapal terbang. Sebab tu la nak sampai jadi pilot tu panjang betoi cheghite naa.

   Kapal terbang tu perlu berlari dilandasan. Pilot pulak kena jaga betol2 jgn tergelincir, tersasar dari landasan ataupun berlaga dgn kapal terbang lain yg nak mendarat. Susah ! susah ! susah ! pasal tu la kapal terbang yg beessaarr ada 3 pemandu. Masing2 sibuk urus kerja masing2. Tak de sorang pun boleh leka.lalai.mamai.mabuk apalagi tidur dalam keadaan ni.

  Bila kapal terbang da capai speednya, ia pun menaik, terapung dan terus meninggi-meninggi-meninggi. Akhirnya, kite yg berada di bumi ni dah tak dapat tengop dah dek ketinggian itu meninggalkan kite jauh di atas sane,. ~,~


   Bila kapal terbang tu dah tak mendaki lagi, sebab da capai ketinggian yg diperlukan. Apa pilot buat ? Pilot boleh tekan butang auto dan kapal terbang akan dipandu oleh robot lepas tu siap boleh tidur lagi. Haa,, tu kan ! sekarang da senang kan ? tadi je payah seket waktu nak naik tapi bila da di atas, cuaca pulak baik, angin pulak stabil, kapal terbang boleh terbang sendiri menuju destinasi, tak tersasar hanya dgn menekan butang automatik.


   Di situlah datangnya kata2 org tua, Bersusah susah dahulu, bersenang2 kemudian. Kalau sanggup bersusah2 dulu hujungnya akan bersenang2.


   Dalam agama pun macam tu. Sekarang ni susah la, bangun nak kena awal2. sebelum subuh dah kena bangun, buat qiamullail. Nanti masuk waktu subuh kena sembahyang subuh. Abah2 kite yg pergi surau,masjid. Susah tu, bermodal kan. Siang seket nanti nak kena bace Mathurat, buat solat dhuha lagi. Tengah hari pulak kena solat zohor. Tambah2 hari Jumaat, kalau lelaki da baligh, tak bermusafir kena solat Jumaat. Petangnya asar lagi.


  Maghrib ? Maghrib nak gi surau, solat kat sane kan. (perempuan tidak digalakkan ke masjid). Kalau ade ustaz mengajar, nak kena dengar pulak. Lepas tu tambah sendiri dgn macam2 amalan. Baca Quran, puasa, pergi haji pulak lagi,sedekah, hafal Quran&hadith begitu lah berulang kali selagi hidup.

SUSAHLAH . . . . .


   Tapi nanti, bila mati kot2 senang. Org kate bersusah2 dulu, bersenag2 kemudian dan selamanya.


p/s: Tak cuba memancing, bila nak dapat ikan hasil pancingan? ~,~
      *post terakhir sebelum saya pergi ^__^  tunggu post seterusnya yea!

Ulasan

  1. yeah everything is difficult b4 it becomes easy .. and it should be along with effort to make it more easier.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .