Wanita Penghiba..


"Ibu kenape ibu nanges?'tanya seorang anak kepada ibunya ,ketika itu si ibu sedang menyuapkan makanan ke mulut si anak.."kerana ibu seorang wanita.", jawab si ibu sambil mengesat air matanya, sedang air matanya masih membasahi pipinya lalu dipeluk anaknya erat-erat dan berkata "anakku kau xkan paham". Kemudian anak itu bertanya pula pada ayahnya "Ayah, kenapa ibu mudah nanges?" "Semua wanita memang mudah nanges." hanya itu jawapan daripada si ayah. Masa berlalu ,si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa. Namun dy masih lagi tertanya-tanya, Mengapa wanita mudah mnanges? sampai waktunya si ibu dipanggil  ke rahmatullah. Kerinduan yg teramat sangat sehingga si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu ke dalam mimpi. Mimpi itu si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata "Anakku..Allah telah ciptakan wanita sangat istimewa,dijadikanNya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban bumi dan isinya. Namun ia cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yg sedang nyenyak." "Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walaupun kerap kali dy menerima cercaan daripada si anak keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan,pantang menyerah, walaupun ketika org lain berputus asa." "Kepada wanita juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa keluh kesah." "Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai anaknya tanpa mengira keadaan atau rupa paras, walaupun acapkali anak-anak melukai hati dan perasaannya." "Allah juga memberikan wanita satu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung, walaupun sepatutnya dy lah yg patut dilindungi." "dan anakku, air mata ialah permata paling berharga yg Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dy boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya." "Jika kamu berfikir air mata adalah kelemahan wanita, ternyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, disitulah perasaannya berdenai,duka,gembira,bahagia,sengsara, malah cintanya terungkap melalui air mata." "Air mata wanita ialah air mata kehidupan." Tiba-tiba si anak terjaga daripada tidurnya, barulah dy sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita..~ salam berilmu ~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .