pEtUa pElaJar cEmeRlanG

..BAGAIMANA MERANSANG MINDA..

1-Tulis dalam diara atau buku catatan perkara yang positif dan yang baik setiap hari

2-Berkawan dengan orang yg bersikap positif sahaja.

3-Sentiasa meransang orang lain untuk menjadi hebat.

4-Membaca buku motivasi.

5-Mengambil perhatian dan mencatat kata-kata motivasi,
    kata-kata hikmah, poster motivasi dan sebagainya.

6-Sentiasa berdoa.


       Seorang kanak-kanak akan cuba bertatih beribu kali sebelum dapat berjalan dengan sempurna.Berapa kali anda mencuba untuk berjaya? salam berilmu ~,~



..MEMFOKUSKAN FIKIRAN..

1-Setiap pelajar hendaklah sentiasa memfokuskan fikiran kepada
   tugas seharian dan matlamat pembelajaran yg hendak dicapai.

2-Fikiran tidak boleh bercabang-cabang dengan aktiviti dan masalah
   lain selain pembelajaran.

3-Penumpuan khas perlu diambil bewrat ketika mentelaah pelajaran
    untuk menghasilkan percapaian yg berkesan. InsyaAllah

    Wahai pelajar-pelajar sekalian,anda hendaklah berlatih meningkatkan fokus ketika belajar atau membuat kerja dengan cara menyediakan kemudahan dan keselesaan serta mengurangkan gangguan sekitar.. salam berilmu ~,~


..CARA MENGGUNAKAN KEDUA BELAH TANGAN..

1-Menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memengang buku.

2-Menyelak helaian buku.

3-Tangan kanan menulis sementara  jari tangan kiri menunjuk pada
    buku rujukan.

4-Memegang pembaris dan pemadam.

5-Menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mengetik kekunci
   komputer.


6-Mengasah pensil.


    Gunakan, aktifkan serta gerakkan kedua-dua belah tangan dan elakkan mengguna sebelah tangan sahaja dalam setiap aktiviti belajar supaya menghasilkan keseimbangan ketika belajar,insyaAllah..salam berilmu ~,~


..MENGGUNAKAN KEDUA BELAH KAKI..


1-Mengalihkan posisi ketika duduk dikerusi jika berasa
    letih.

2-Berdiri sebentar.

3-Menggerak-gerakkan jari kaki bagi kedua-dua belah kaki.

4-Menggerakkan otot-otot betis dan peha untuk kedua-dua
   belah kaki untuk merehatkan daripada letih.

5-Gerakkan kaki mengikut rentak muzik yg perlahan.

          Ketika belajar,hendaklah menggunakan dan menggerakkan kedua-dua belah kaki.

"Maha suci Allah yg menciptakan berpasang-pasangan semuanya,sama ada yg ditumbuhkan oleh bumi atau daripada diri mereka atau daripada apa-apa yg tidak mereka ketahui." (Surah Yasin: 36)

TAK FAHAM? APA NAK BUAT?

@Terus bertanya jika ada org berhampiran yg boleh membantu
    misalnya abg,kakak atau ibubapa.


@Telefon org yg boleh membantu misalnya guru.

@Bertanya melalui SMS kepada kawan, guru tuisyen dan sebagainya.

@Buat catatan dan peringatan dan lekatkan di papan kenyataan
    atau dibuku catatan untk ditanya kemudian apabila ada kesempatan.


         Kadang-kadang kita bolehlah menambah pembendaharaan kata hanya daripada kad ucapan selamat. ~,~ salam berilmu.























 

Ulasan

  1. Perkongsian ilmu untk saling menasihati( utk diriku jua ) ..semoga di redhai Allah,insyaAllah!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .