Bolehkah Lelaki dan Perempuan Bergaul Ketika Menuntut Ilmu..??


Jam'iyatul di kuwait telah mengadakan pertemuan membahaskan soalan-soalan yg ditujukan kepada empat belas ulamak feqah dari pelbagai bangsa tentang hukum belajar secara bercampur lelaki dan perempuan dan membahaskan bahaya-bahaya yg akan timbul akibat belajar secara tersenut.

   Masing-masing para ulamak memberikan fatwa bahawa adalah haram bercampur.Para ulamak menguatkan lagi fatwanya dengan berlandaskan al-quran surah an-Nur dan al-Ahzab yg menunjukkan bahawa haramnya bercampur lelaki dan perempuan(ikhtilath), membuka wajah(sufur) dan bersolek(tabarruj). Pertemuan itu juga telahmembahaskan tentang hijab dan tempat tinggal di rumah bagi org perempuan.

   Para ulamak di perhimpunan itu telah menguatkan hukum-hukum yg diputuskan dengan mengemukakan hadis yg menunjukkan haramnya ikhtilath sebagaimana yg telah disebut di atas.Fatwa-fatwa ulamak tersebut di kumpulkan menjadi sebuah risalah yg bertajuk "Hukmul Islami Fil Iktilath" .

   Para ulamak juga menyebutkan tentang bahaya-bahaya ikhtilath yg berdasarkan pada penyelidikan:

   iaitu,telah melanda pada umat ini ( umat islam) seperti apa yg telah melanda pada umat di dunia barat di mana mereka telah hilang perassan malu dan kejelikan menjadi perkara biasa bagi mereka. Akibatnya menjalarlah penyakit-penyakit,keretakan rumah tangga dan sewaktu dgnnya.Pemuda dan pemudi di negara barat melepaskan nafsu mereka secara haram telah menjadi satu kebiasaan bagi mereka. Oleh kerana terlalu banyak melepaskan nafsu syahwat melampaui batas pada nafsu serong, ini membuatkan kesihatan pemuda pemudi tidak stabil dan menjadi malas belajar dan bekerja.

   KERAGUAN YG TELAH DIBAHASKAN

 Kebanyakkan para pendukung ikhtilath beranggapan bahawa pencampuran antara lelaki dan perempuan itu boleh, ini kerana pendapat mereka mengatakan terjadi di masjid dalam sembahyang raya dan waktu haji&umrah. Ini adalah pendapat yg tidak beralasan.

   Perempuan diizinkan bersembahyang di masjid dengan syarat di bahagian belakang sedangkan lelaki di bahgian hadapan. Dan org perempuan tidak dibenarkan memakai wangian,bersolek dan tidak boleh memakai perhiasan.Bagi kaum wanita sembahyang di rumah adalah lebih baik daripada di masjid.

   Percampuran kaum lelaki dan perempuan sewaktu melaksanakan ibadat haji&umrah adalah darurat syarie dan mesti disertai muhrimnya. Maka tidak ada alasan bagi org membolehkan ikhtilath seperti tersebut diatas.WALLAHUALAM ~,~ keredhaan adalah daripada Allah,salam berilmu.

AKIBAT YANG PERLU DIKETAHUI

1- Maksiat kepada Allah ,kerana di dalamnya terdapat pelajar-pelajar yg
     bersolek dan keluar dari peraturan kesopanan syarak.

2-Sulit menggelakkan untuk tidak melihat barang-barang yg serong
    dan sulitnya menundukkan pandangan.

3-Kerana berada di tempat yg sama, maka mudahlah terjadi ikatan
   perkenalan dan persahabatan antara pelajar lelaki dan perempuan.

4-Sering terjadi dosa zina dan meremehkan ketentuan-ketentuan
    Allah.

5-Lemahnya pelajaran dan sedikitnya mendapat ilmu yg berfaedah,
   kerana keruntuhan akhlak dan aqidah.


 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .