Tenanglah dirimu, Bangunlah jiwaku!

Assalam qabla uwasil qalam =)

Subhanallah Walhamdulillah Walailaha illallah Allahu akbar.




Hebat jiwanya,
Kaya budinya,
Suci usahanya.

Jiwa muda mana yg sekuat itu skrg?

Namun ini lah yg dipanggil kematian yg menghidupkan.

Beliau telah menghidupkan jiwa-jiwa muda yg mati.

YaAllah, rahmatilah beliau.
Jadikanlah kami sekuat dan sehebat beliau serta jadikanlah kami anak yg soleh solehah
agar mampu menjadi aset buat ibu bapa kami kelak.

Aku?

Cukup lupa menyantuni makhluk lain
Cukup alpa memujuk jiwa berdakwah

S e s e k a l i. . . terfikir! Aku juga ingin SYAHID.

Pagi tadi bergegas ke Masjid, program bersama Ibu Allahyarham Akhi Ammar. Penat berjalan, nampak dua org brother. Malu pula nak guna jalan tu and aku pun cuba utk berjalan jauh. 2 langkah kaki berjalan brother yg berdiri disitu panggil memberi laluan utkku. Terima Kasih YaAllah kerana memudahkan urusanku.

Banyak sekali kata-kata yg membangunkan jiwa aku tadi. Dah lama bercita-cita nak jumpe Ibu akhi Ammar ini, dan Allah mengizinkan itu.

Alhamdulillah sekali lagi, di akhir sesi itu Allah bagi peluang aku menyapa ibu hebat itu. Saat tangan kuhulur, dgn lembutnya dibelai. Tersenyum aku pdnya.

Satu kata terbisik buatku:

"Percayalah setiap apa yg ditakdirkan dalam hidup akan ada sesuatu di hadapan nanti."

Bumi al-Fateh itu terlalu jauh utk dijejaki. Untuk berbakti seperti beliau. 

Aku jauuuuh di sini, kudratku hanyalah mengirimkan doa.

Bukan itu sepatutnya difikirkan!

KERJA DAKWAH tu yg harus diteruskan. Walaupun berdakwah hanya utk diri sendiri.

Dulu, org suka menganggap mereka yg belajar agama ini tak boleh pergi jauh.

Sepanjang sem 3 ini diriku disedarkan oleh bisikan hati. 

"Kamu belajar agama. Kamu salah seorang pembela agama. Kamu diamanahkan Allah belajar dan mengajar satu hari nanti. Kamu akan jadi berguna buat ummah satu hari nanti."



Sungguh dgn malunya aku mengaku.

Sepanjang sem 1, air mata sentiasa menjadi teman sejati pipi. 

Terasa payahnya hidup disini. Terasa kerdil dan janggalnya berada dlm dunia baru.

Ku cuba dan cuba bangun! Tidak kisahlah titisan mengalir sekalipun namun ku tetap cuba!

UIA adalah impianku juga cita-cita Ma dan Abah utk melihat salah seorang anak mereka disana.

Aku berusaha utk membahagiakan mereka sepanjang hayatku ini kerana tiada apa lah yg mampu kuberi melainkan itu.

Aku mengenali ramai insan disini. Dia, dia dan dia semuanya berbeza. 

Perbezaan itulah kadang kala memberi kepayahan dan kesenangan. 

Tapi, telah Allah tegas kan kpd kita dan kemudian diulang lagi dalam surah al-Insyirah. 

Maka percayalah dgn janji DIA.

Itu PASTI!

Sekarang, kita ubah cari berfikir kita.

Daripada

Susah itu bala    menjadi    Susah itu suka

Perasaan suka utk kita jadikan iktibar kepada saudara lain. 

Waktu susah itu Allah sedang menduga sekuat mana iman kite. 

Gunalah peluang itu utk menambah pahala. 

Allah suka pada mereka yg sabar.


Tenanglah jiwamu disana Akhi Ahmar Ammar 



Seawal aku disini, dibumi UIA. Perasaan takut melemahkan aku.

Kucuba sematkan satu kata ini:

"Apabila matlamat kita jelas, Allah akan atur dgn cantik."

Akhirnya ku tersenyum kembali. Janganlah bimbang, percaya pd diri. Kalau rasa diri tidak hebat dimata org lain pun jadikan kamu hebat di mata sendiri. Nak jadi org hebat kena banyak kali jatuh.

Sebenarnya terlalu merindui keluarga saat ini. Rinduuuu sangat...

Doakan sya ye semua org supaya Allah permudahkan urusan hidup dan pembelajaran sya. Aamiin!

Assalamualaikum =)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .