Maaf dan Pujian.


فى الاعتذار والمدح

أنبئت أن أبا قابوس أو عدنى # ولا قرار على زأر من الأسد
فما الفرات اذا هب الرياح له # ترمى أواذيه العبرين بالزبد
يمده كل واد مترع لجب # فيه ركام من الينبوت والخضد
يظل من خوفه الملاح معتصما # بالخيزرانة بعد الأين و النجد
يوما بأجود منه سيب نافلة  # ولا يحول عطاء اليوم دون غد
هذا الثناء فان تسمع به حسنا # فلم أعرض أبيت اللعن بالصفد
ها ان ذى غذرة الا تكن نفعت # فان صاحبها مشارك النكد

 Nusus pertama yg dipelajari tingkatan 4 dulu =)

Saya cerita sejarah hidup penyair dulu ye.

Penyairnya adalah An Nabighah Az Zibyani atau dikenali juga sebagai Zaid Bin Amru. Beliau membesar dalam kalangan Bani Zibyan. Beliau minat bersyair kemudian mendampingi raja-raja Hirah. Beliau memuji Ghasasanah di Syam (Syria). Kedudukan beliau yg tinggi membantunya menjadi hakim dalam kalangan penyair di pasar Ukkaz.

Ohya,
Maksud syair tu apa kan?

Kalau nak di translate satu-satu memang tak ingat dah.

Jadi saya ceritakanlah apa yg diceritakan pd setiap rangkap ye =)

Bismillahi.

Rangkap 1: An Nabighah Az Zibyan memberitahu bahawa An Nu’man B. Al Munzir (Abu Qabus) mengancam nyawanya, sedangkan dia tidak mampu menahan ancaman itu,ancaman yg menyerupakan dengan ngauman singa baginya.

Rangkap 2: Tidak ada sesuatu kelebihan pd sungai Furat itu jika angin tidak bertiup padanya dan tidak melontar ombak-ombaknya membadai tepian dgn buih-buih.

Rangkap 3: Sungai Furat itu mengalir airnya pd setiap lembah dipenuhi dgn seruan deruan air.Di dalamnya ada longgokan pohon candu dan dahan-dahan pokok yg patah atau tumbuh-tumbuhan.

Rangkap 4: Dalam keadaan tu nakhoda yg mahir pun rasa takut dgn ombak Sungai Furat lalu ia berpegang pd kemudi perahu setelah kepenatan dan berpeluh.

Rangkap 5: Gambaran Sungai Furat tidak boleh disamakan dgn sifat pemarah Nu’man ketika memberi sesuatu pemberian, maka tidak ada halangan bagi beliau utk memberi pd esoknya.

Rangkap 6: Inilah sekalung pujian penyair kpd Abu Qabus. Dan ketika beliau memuji Abu Qabus dgn sifat murah hati bukanlah beliau ingin menadahkan pemberian.

Rangkap 7: Inilah mohon maaf yg penyair persembahkan seandainya ia tidak dapat menghilang kemurkaan Abu Qabus maka sesungguhnya penyair akan di dorong malang.


النابغة الذبيانى

#Salam Sayyidul Ayyam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .