Nasihat Imam Ali r.a =)


Ali Bin Abi Thalib r.a seorang yg dianugerahi ilmu dan pemahaman yg sangat mendalam. 

Beliau berkata:

“Wahai anak Adam, janganlah keterlaluan gembira dgn kekayaan, janganlah keterlaluan berputus asa dgn kefakiran, janganlah berduka dgn bencana, jangan terlalu bersenang dgn kelapangan kerana emas itu diuji dgn api. Seorang hamba yg soleh diuji dgn bala. Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yg kau inginkan kecuali dgn meninggalkan semua yg engkau inginkan. Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dgn bersabar menanggung apa yg tidak engkau sukai. Kerahkan segenap kemampuanmu utk memelihara yg difardhukan.”

Allahu Allah..  Nasihat ini indah sekali dan seiring dgn apa yg diajar Al-Quran.

Semangat seperti itulah yg sepatutnya dimiliki oleh diriku. Menerima semuanya dgn tidak berlebihan.

Dalam nasihat tu Imam Ali sebut  “Emas itu diuji dgn api”.



Emas yg mahal nilainya takkan jadi emas yg indah kalau tak lalui ujian yg berat (di tempat pembakaran). Barangkali begitu jugalah ujian diperlukan oleh manusia utk mengeluarkan kualiti dirinya yg terbaik.

YaAllah, kuatkanlah jiwa hamba. Jadikanlah hamba ini org yg bersabar.

Sahabat saya pesan:

(=..فصبر جميل..ان الله مع الصابرين

Alfu syukran akhi.. 

Kata-katamu seperti biasanya ringkas namun berbisa. Membuat aku berfikir panjang.

Allah bersama org yg sabar.

Betapa hati kita menghendaki utk berada dekat dgn org org yg kita syg, sahabat. Betapa hati kita begitu ingin utk berdekatan dgn sesiapa saja yg memiliki kemampuan utk melindungi diri kita. Namun manusia manalah yg akan sentiasa setia, dekat dgn kita. Manusia mana yg memiliki seluruh kemampuan utk menjaga kita. Hanyalah dia sebaik-baik Pelindung kita, Al-Khalik.

“Hai org-org yg beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama org-org yg sabar.” (al-Baqarah:153)

Ya, kita mmg kena banyak bersabar kerana Allah sememangnya bersama org yg bersabar. Jiwa rapuh mane yg tak ingin bersama Allah,kan. Oleh itu, memanglah hamba ini kena banyak bersabar dan tetap dlm keadaan kesabaran, terutama saat menghadapi kesukaran.

"الصبر من الايمان"

Rasulullah pernah mengatakan:

“… barang siapa yg menyabarkan diri (berusaha utk sabar), maka Allah akan menjadikannya seorang yg sabar…” (Riwayat Bukhari)


Diriku tengah berlatih. Semoga dgn usaha ini sifat sabar akan menjadi kebiasaan . Aamiin!



p/s: Tengah nak cari tahu Kisah Nabi Yusuf. Seorang ukhti mohon pencerahan utknya. Allah, mudahkanlah urusanku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .