When Dakwah Steal Your Heart =)

                                                  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum semua =)

!صباح الخير

.لعلكم في رحمة الله عز وجل, أنشأالله

Entri kali ini nak tunai janji dengan Ukhti saya ^^


Bulan lepas ada pegi talk and Ukhti Farra minta saya share sedikit isi talk tu, 

sekarang ni datang menulis disini nak share dengan semualah. insyaAllah.

^___^" 

Tajuk talk: Bila Dakwah Mencuri Hati Anda.

Disampaikan oleh: Ustaz Idrus B. Ali.

Firman Allah SWT dalam Surah al-imran 3:110 :


Talk kali ni nak bincangkan perkara yang sangat penting yang perlu kita tahu sejak kita dah libatkan diri kita dalam aktiviti dakwah supaya kita terus istiqamah utk sampaikan dakwah kepada semua org, tak kiralah sahabat sendiri ke, keluarga sendiri ke bahkan sesama umat Islam sendiri. InsyaAllah.

Ustaz ada sebut realiti dunia dan umat Islam hari ini ialah:

1) Kita hidup di zaman yang mana Islam tak lagi memimpin dunia. Atau dalam bahasa saya nya, ramai tapi tak berpengaruh pun.

2) Keadaan umat Islam pula amat menyedihkan dan sangat mengkhuatirkan. Pd pendapat saya jgk, Sebahagian besar kehidupan manusia hari ni sangat jauuuhh dari Islam ( dr segi kita taat pd perintah Allah dan kita tinggal apa yg dilarang)  Wa nauzubillahi min zalik.

3) Keadaan dunia pula dikuasai oleh org2 kafir. Kata saya, tengok saja hari ni, budaya kehidupan mereka mempengaruhi dan meresap dlm kehidupan umat Islam.

kita simpulkan disini:

   Punca Umat Islam ni berada dibelakang kerana Kita sendiri tak yakin dengan kembali kepada Islam secara keseluruhannya tu adalah satu-satu jalan utk kita raih kemuliaan Umat Islam!

Kenape kita mesti terus berdakwah?

  Dakwah ini adalah tugas yang diwariskan Rasul kepada kita dan yang diperintahkan Allah agar setiap dari kita melaksanakannya. Mafhum Allah, sebaik-baik manusia adalah mereka yang melaksanakan dakwah dan mengajak manusia beribadah kepada Allah.

InsyaAllah, kita mampu lakukan! =)

Jom siapkan diri semua!

   Tugas ini adalah kewajiban kita semua bukan khusus kepada mereka yang belajar course agama sahaja atau bukan jgk wajib kpd Ustaz sahaja. Islam tidak pernah kenal pengkhususan dan pembatasan dlm berdakwah. Tapi kalau kita sedar yg ilmu kita tak cukup tu kenalah siapakan diri belajar ilmu Syari'e jugak supaya kita mampu berdalil menggunakan Al-Quran dan Sunnah. InsyaAllah, bila kita hiaskan diri dengan niat mulia ini akhlak kita juga terjaga ^^

Okay, memandangkan entri ni dah nak sampai hujung. Saya share sikit adab yang kita kena jaga bila kita berdakwah.

  • Mesti Ikhlas
  • Kena tahu apa yang kita nak dakwah
  • Harus 'kenal' keadaan org yang kita nak dakwah
  • Bila ada kesempatan, kita manfaatkan utk dakwah
  • Perhatikan waktu dan keadaan jgk ye. Jgn nak ikut mood kite je. hehe
  • Berdakwahlah dengan berhikmah supaya dapat sentuh hati yang org kita nak dakwah
  • Penting! Jgn pandang rendah pd org yg kita nak dakwah
  • Jgn mudah jemu dan sabar bila ditolak
  • Kebaikan yang kita ada tu (cthnya Ilmu) kita guna pd dakwah
  • Last, sentiasa berdoa pd Allah dan mintak pertolongan Dia

هل انتن متأكدن؟



.انشأالله


Wallahualam, walhamdulillah.

   **Semoga bermanfaat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .