Hati...... ingin dimengerti!

Semakin dalam kita menyelaminya, 
Semakin meningkat rasa kasih dan kasihan padanya.

Ayuh! Selamatkan hati dengan kasih sayang..


“Sesungguhnya di dalam setiap jasad anak adam itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruhnya. Jika jahat daging itu, maka jahatlah seluruhnya. Ketahuilah daging itu adalah hati.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


  Hati itu lembut. Sekali dirosakkan lama utk terubat. Sayangnya hati ini tak mampu bersuara menyatakan ketika mana ia menderita dan bahagia. Namun, kita sebagai penjaga bertanggungjawab memastikan ia sentiasa setia kepadaNya Maha Pencipta tidak kira ketika diduga ataupun diberi nikmat. Siapalah hamba tanpa anugerah berharga ini.

   Hati itu berharga. Ia membawa kita dekat pada Pencipta. Mana tidaknya, bila diuji dgn penuh sengsara kita berharap utk berada dekat denganNya. Itu fitrah! Dan itu jugalah perasaan yg paling mesra kita denganNya.Ketika senang, hati jugalah yg banyak lalai melupakanNya. Sampai bila hati ini harus dipersenda. Sekejap setia bersama Ilahi, sekejap berkongsi dengan hambanNya yg lain.

   Hati itu suci. Jangalah terlalu benci, janganlah terlampau sayang. Jernihkan hati dengan kasih sayangNya. Percayalah! cintaNya sungguh indah. Bila sesaat kamu sunyi tanpa cintaNya, kamu akan meronta-ronta utk minta dicintai. Allah, janganlah cinta kami tidak dibalas. Aku sayang padaMu, Penciptaku yang satu.



Hati itu jujur. Org selalu kata:

“Tanyalah hati..”

Tepat sekali! Hati tidak pernah berdusta. Minda juga dikawal olehnya. Sekiranya baik hati kita,maka baiklah pemikiran kita juga. Hebatnya kuasa hati.

   Hati selalu minta dimengerti. Namun kita jarang sekali menyedari. Memaksa ia menerima suka sahaja.Pasangannya duka cukup payah utk diletakkan dihati seistimewa suka ditempatkan. 

Hati meronta:

"Cukuplah aku dijaga rapi. Kerana pada aku juga wujudnya dendam sekiranya kamu sebagai penjagaku tidak mendidik dengan ketulusan belaian."

Berhati-hatilah dengan hati!

   Jangan bodoh wahai diri menzahirkan akhlak burukmu, kerana kamu berusaha menghancurkan hatimu daripada menuju Ilahi.Kerana hati yg bersih itu sentiasa redha menerima apa yg berlaku. Kita hanyalah hamba, DIA mengetahui segala kepahitan dan kepayahan kite.Sesakit mana pun hatimu bila dihancurkan, pulihkanlah! Doa itu senjata. Jangan biarkan kehancuran itu memandu dirimu. Baik atau buruk yang pernah hatimu hadapi jadikanlah ia sentiasa positif. Cuba cari ibrah daripada semua yg telah Allah atur. Memaafkan itu indah. InsyaAllah, redha Allah bersamamu.

Pesan akhi saya:



Sungguh terkesan bila ditegur sebegitu rupa. Dulu, aku sibuk mengingatkan org lain. Sekali aku terlupa mujurlah Allah tegur melalui dia. Terima kasih.

“Jangan pernah setia. Bila harus hujung menyakitkan.”

   Maafkan diriku. Kadang2 aku juga tidak setia dengan kata-kataku.Kita manusia, pelupa!

~Sejahat mane org berdusta dgn hatimu jangan pernah kamu bersangka buruk padanya. Sebaliknya,bersangka baik pada Allah. Kerana siapa pun yg membuat hatimu berkecai. Ia tidak semudah itu tanpa izin daripada Ilahi. 

Percayalah! Bahagia itu bila hatimu tenang menerima ketentuan Allah.

YaAllah… Hidupkan kami dengan iman
Matikan kami dalam iman
Bangkitkan kami dgn iman
Dan masukkan ke syurgamu dgn iman.

YaAllah… Engkau sumber bahagia.
Engkau sumber keselamatan.
Engkau sumber Keamanan.
Engkau adalah segalaNya.

Hati ini umpama langit yg tdk selalu cerah… jadikanlah ia bulan purnama yg menerangi kegelapan!

Hati ini umpama awan yg tdk selalu putih…Jadikanlah ia rama-rama yg menceriakan suasana!

Sembuhkanlah luka dihatimu!



Pesan Ustaz:

Sakit di hati itu parah. Tapi kalau kamu berjaya selamatkan hati dengan kasih-sayang yg secukupnya kamu akan pasrah. Sambutlah cinta Allah yg selalu datang buat hambaNya. Siapa pun yg melukai hatimu itu rancangan Allah. Cuba cari hikmah yg tersembunyi.

Dulu aku susah mengerti. Menyalahkan takdir yg tidak adil. Astaghfirullah!

Sahabat-sahabatku,

Selama dua tahun jiwaku lumpuh. Telah kutemui kekuatan utkku bangun dpd jatuh. Sungguh apa yg dirancang Allah itu sememangnya terbaik utk kita. DIA lah yg paling mengerti saat hati ini ampuh.

Saat  duka… DIA buat kamu tersenyum kerana senyuman itu mampu menyembuhkan hati.

Saat bahagia… DIA bersamamu kerana Dia tahu kamu perlukan Dia setiap masa.

Kasih-sayangnya sungguhlah luas. Cuma aku jarang menilai.

Kadang-kadang aku kalah dengan rasa, menyerah dgn jiwa.Terlalu menyanjung sengsara.

Sengsara.. bahagia..

Semuanya Allah yg punya! Kite hanye penerima.

Pesanku pada diri: 

Jangan berharap masalah itu takkan datang dalam hidup tapi terus berdoa supaya Allah 
kuatkan hati dan diri. Org yg menyakitimu adalah musuhmu. Musuh yang membawa kebaikan. Percayalah! Dgn kebencian itu mendidik hatimu bersabar, mengasuh jiwamu supaya tidak alpa dan menjaga hatimu kembali padaNya pencipta. Senyumlah semanisnya dan ucaplah Terima Kasih pada musuhmu setiap hari =)

Ayuh kita pulang mencari kebenaran Allah.

Yg keruh itu perlu ditinggalkan jika mahu kejernihan sentiasa di sisi.



Maafkan diriku,
Nur Izni Farisya Bt Mohmad Yusof.

Ulasan

Catat Ulasan

Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .