Aku pendosa!

Bismillahi thumma walhamdulillah..

Takbir ucap takbir, Allahu akbar!

Lama sungguh aku bercuti menjadi blogger, terasa janggal nak melakar kata disini. 

Kerinduan org terhadap tulisanku disini mula membuatkan semangatku bangkit utk berkongsi lagi.

Aku tak hebat. Cuma meluah apa yg dipendam . . .

Alhamdulillah, kembali dgn satu entri =)

Mataku berkaca. Hatiku bersuara. Jiwaku berbicara.

Aku pendosa!

Bukan hanya menyesal namunku malu kepada yg Maha Kuasa.

Malu kerana tidak kuat melawan nafsu sendiri dalam erti kata lain tidak bijak mengurus diri dan hati.

Cemburuku pada mereka mempunyai iman yg hebat!

Sentiasa mempersiapkan diri menjadi yg terbaik utkNya, membenci kemungkaran sepertimana dia benci Allah campakkan dirinya ke Neraka.

S u b h a n A l l a h . . .

Aku ini pendosa! Mengapa Allah menghidupkan aku di duniaNya?

Hamba tetaplah hamba, tak perlu persoal apa yang diatur kemas olehNya.

~Sayu seketika~

Aku teringat jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:

“Allah menghidupkan aku hari ini kerana dosaku banyak. Oleh itu, Allah izinkan aku bertaubat.”

Subhanallahi MasyaAllah.

Baik sungguh Tuhanku ini. Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah,
Alangkah besarnya kasih sayangMu buatku.
Sungguh aku rindu utk merasai ketenangan cintaMu.
Jgn serahkan diriku kpd diriku sendiri, kerana aku akan byk melupakanMu.

Ya Ghafir,
Ampunilah dosa-dosaku.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
Berilah kekuatan kepadaku utk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkanlah kepadaku benci akan kemaksiatan.
Hiasilah diriku dgn akhlak yg mulia.

Amiin Ya Rabbal A’lamiin..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .