Lakonan yang hebat!!


Da lama sangat rasenya tak post sini ,. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya berkongsi tulisan disini lagi ,. Salamullahi alaikum readers ^__^

Dah bace title post saya kali ni?

Hebat lakonan kau!

  Hmm,agak2nya kan kite ni pernah tak pandang diri kite sume kat depan cermin? Renung ke mata sendiri dan tiba2 mata kite akan berkaca.,

...  Timbul persoalan di minda. Tidakkah kau penat menjadi org lain yg bukan diri kau sendiri. Setiap saat seakan berada dlm kepalsuan,kepura2an. Takde sape memaksa. Namun satu2nya keaslian ialah apabila kite memandang cermin dan baru kite melihat diri kite sendiri.

  Badan tak boleh bagitau apa yg hati tengah rase. Beruntunglah bagi mereka yg menjalani hidup dgn jujur. Bertuah juga buat mereka yg mampu pandang cermin & menyelami rase hati masing2. Mempelajari kejujuran & penceritaan dari sebuah pandangan yg ikhlas.

  Memanglah dlm beberape situasi, kite kena belajar menyesuaikan diri supaya berada dlm situasi yg betol kan, di tempat yg betol. Takkan la pegi  majlis org nak buat perangai pulak kan,. Tapi, ada jugak yg awal2nya niat memang nak sesuaikan diri, pastu rasa mcm diri ‘serba tak kena’ la  pulak berada dlm kumpulan tu. Masa tu rase macam lebih rela ada kat tempat lain even bersendirian sekalipun berbanding terpaksa beramah mesra dgn org lain yg memang hampir kite tak kenal (sbb saya tak peramah =p ).



 Apa yg saya tengah pikir >> Adakah penerimaan seseorg tu bergantung pd lakonan yg dibawanya? Bukankah lebih bagus keaslian?

  Kita blh jadi pelakon seumur hidup kite tapi sampai bila?? Sebab akan tiba masenya yg kite akan rase 
'da penat!’
 
Ya! Rasa yg sanngggat penat.

  Itulah yg bermain dipikiran aku saat melihat cermin tadi. Aku tak tahu ape yg da buat aku penat, tapi aku dah penat. Mungkin banyak rase yg aku sembunyikan kebelakangan ini, berlakon utk org lain, sehingga lama kelamaan aku sendiri rase aku semakin plastik.

   <Cuba memahami makna>
aku teringat akan sesuatu yg lebih kurang cam gini bunyinya:
  
“Fitrah manusia ialah melakukan kebaikan”.

Hati kite sememnagnya dilahirkan utk buat kebaikan & bila sebaliknya yg berlaku, maka kite sendiri menempatkan hati dlm ruang penyeksaan yg menetap dlm senyap.

   Sama la macam diri kite. Kita dilahirkan dgn fitrah yg berbeza & da pun ditetapkan olehNYA. Dan bila kite cuba sesuatu yg bukan diri kite, da tentu kite merana,kite terseksa, meskipun badan & akal taknak mengakuimya.

HENTIKAN!!!!

  Tak bermakna kite perlu menolak sebarang perubahan. Sesuatu yg baik seharusnya diikut & diperbaiki. Jika itu mendatangkan kebaikan, kenape tidak. Ingat balik bahawa hati kecil kite sentiasa inginkan dan terdorong kepada kebaikan. Usah melawannya,.

   Namun jika kite hanya sering melakonkan watak org lain dlm hidup kite, maka rasenya eloklah berhenti. Sebelum kite jadi semakin penat.penat dan penat & sebelum keaslian kite akan semakin.semakin.semakin pudar,. ish!ish!ish!

  Takyah nak cakap sesuatu yg bukan ‘gaya kite’. Takyah la buat perkara yg kite sendiri tak suke, hanya nak mengejar hati manusia. Entah ape yg cuba aku buktikan. Jika benar mereka selesa bersama aku, biarlah kerana diriku sebenar, dan siapa aku. Yakinilah! kite semua memang istimewa. (Kata2 ini sebahagian besarnya nasihat pada diri ku)

   Aku bukan pandai, Cuma diberi peluang utk menulis dan berkongsi dlm sebuah tulisan. Sebuah tulisan dpd pemikiran yg serba kurang. Hanya ingin menyatakan kite akan penat jua akhirnya dalam pentas lakonan manusia.

   Sepatutnya kite rase malu kerana ALLAH da jadikan kite sempurna dan kesempurnaan seseorang bukan di mata org lain. Biarlah kite kurang makan, kurang pakai, cacat anggota. Cukuplah kite sempurna dihadapanNYA. kan?

   Aku tidak mahu lagi melawan fitrah, menolak keindahan hati sendiri yg aku kuburkan kerana manusia. Malu padaYang Maha Pemberi, maka aku akan jadi diri ku sendiri. Tiada lakonan yg akan berjaya selamanya. Lambat laun, lakonan tetap sebuah lakonan.

   Berjaya hanya sementara, sedangkan kepalsuan dlm lakonan berbekas di hati buat selamanya. Mungkin da tiba masanya untuk aku tidak lagi menjadi pelakon di pentas hati manusia. Readers pulak camne?



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .