Mana kunci tu,.?



Sering kali aku mengambil masa yg lama untuk menghasilkan post2 ini ~~

KENAPA??


Adakah kerana terlalu memikirkan tajuknya atau  aku terlalu khuatir dgn isinya?

Atau sebenarnya aku tidak tahu lagi apa yg harus aku tulis,.?


^_Terlalu banyak yg berlaku dalam kehidupan. Seharusnya bukan selembar,malah sebuah buku mampu aku terbitkan._^

 
TETAPI.... ilham,tinta,idea~ kurniaan Ilahi.  


  Entah apa yg bermain dibenakku, menghalangku untk tangkas mencoret kisah2 yg boleh dijadikan entiti mithali.
 Cemburu aku pada insan seperjuanganku. Lincah jari jemari mereka menari2 di kekunci komputer, sedang aku masih terdiam bungkam
 memandang skrin kosong ini.


Lalu Cepat  kekangan di mayapada ini tergiang di telinga ku,

Tamsilannya begini:

Ada org yg menganggap seseorang memanifestasikan sesuatu yg tak patut dihebahkan kepada org lain (sshhtt)
Ada org yg menganggap seseorang yg mengambil sesuatu milik org lain (jgn mencuri)
Ada org cube menyeksa kite semahunya (sabar je la)
Ada org yg tak pernah mengganggap kite wujud (isk,.isk,.)
Ada org terlalu malas untk menegur kite bila buat salah (altruisme la seket)
Ada org yg tak cube utk fikirkan perasaan kite (memang normal)



Namun,. Pernahkah kite sendiri sedar bahawa hidup ini. Begitulah jalan ceritenya. Haa, kite Sebagai perempuan kan? Tentunya sinonim dgn kemaafan dan kelembutan maka mengalahlah dan ambillah dari sudut yg positif. Lelaki pulak macam mane? _gentleman_ la seket brother! :)



Anggaplah apa yg berlaku itu sebuah KEBAIKAN daripada Allah.


Manusia sering berada pada salah satu dari 2 bentuk ujian, sama ada berada dalam nikmat atau berada di dalam ujian

Kunci kebahgiaan apabila kite diuji dgn nikmat ialah ------ bersyukur

Kunci kejayaan apabila kite diuji dgn dugaan ialah ------- bersabar



Memanglah!

  Manusia bukanla ’haiwan robotik’ yg tidak mempunyai rasa dan jiwa. Setiap kali menghadapi dugaan atau kesukaran tentu kite memerlukan pertolongan dari pihak yg memiliki kemampuan untk menyelesaikan masalah. Semakin besar dan berat persoalannya, maka semakin terhad pulak pihak yg berupaya dalam memberikan bantuan. Akhirnya,takde tempat yg lebih aman untk kite mintak tolong selain ke hadrat Allah yg Maha mengetahui segala kesusahan hambaNya. Allah sebaik2 tempat memohon pertolongan.




   Janganlah terlalu memikirkan permasalah dunia yg menerjah konsentrasi kite, menjangkaulah sehabis tangan untk mengubah perspektif kite menjadi baik. Orang lain takkan pernah tahu apa yg ada pada diri kite, org lain juga takkan dgn mudahnya boleh menerima kekurangan kite. Biar! Biarkan mereka, kite hidup mencari akhirat, sebenci mane org2 lain terhadap perbuatan kite Allah tetap masih ada. Sesukar mane org utk menerima maaf kite, Allah tetap membuka pintu taubat itu. Didiklah ukhrawi sebaik mungkin.





P/s : Bersabarla,. Allah sedang mendidik awak, terima dgn baik maka pengakhiran juga akan menjadi baek :’) Jadikan kisah semalam sebagai memorabilia.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .