Hatiku,. Bicaralah!


Kawan: Sya kenape diam? Ada masalah? Cerite la,.

      Kakak2: Sya kenape senyap jah? Ada masalah?

Mualim/ustazah: Izni, awak ada masalah ke? Muke tu Nampak macam
                         ade  masalah je. Diam je.

Dr. : Ape yg awak pikir? Jangan terlalu pikir benda yg tak penting. Tolongla
jaga kesihatan ye. Jangan jadi pendiam sgt,sikit2 blh.


Bulan pembuka bicara. Hati mencurah rasa. Minda menulis kata. Malam ini ku tulis semuanya,.

   Sudah beberapa malam tidur aku ditemani bulan. Indah. Aku ungkapkan bicara hati pada sekeping kertas. Bulan pada malam ini memanggil aku untk meluahkan apa yg aku rasa. Bukan luahan karya penulis agung terkenal. Hanya sebuah coretan. Selebihnya hanya sebuah perasaan.

   Melihat bulan, aku terus tertancap dgn wajah2 yg aku kenal. Mungkin aku terlalu rindukan mereka. Seolah ternampak wajah mereka di mata.

Adakah itu yg aku nampak, itu yg difikirkan atau itu bisikan hati,. Aku rindu?




   Mindaku bermain sendiri. Berbicara dgn hati. Berbicara dgn bulan. Aku teringat tulisan pada sebuah buku yg aku baca.


Jika kite rindukan seseorang maka sampaikanlah meskipun pada angin, dan kemudian lepaskanlah. Merindu boleh menjadi penyakit jiwa”

Sekarang > mungkin aku salah seorang yg mengalami penyakit tu.
Namun aku rela, kerana rindulah yg membuatkan aku rasa aku masih punya hati.


    *Bicara dari buku*

   Siapa yg aku rindukan. Siapa yg aku cari? Aku terbaca sebuah buku yg selalu ku simpan dan ku ulang baca. Ya! Bukulah menjadi penemanku sekarang ini. Setia.


   ”Sebenarnya bukan seseorang yg kamu rindukan, tetapi kaih sayang dari Allah yg disampaikan melalui temanmu yg kamu rindui. Kamu rindukan kasih sayang DIA”

-ringkas kata2 itu, namun berkesan dihati-


  Kebahagiaan datangnya dari Allah, sebuah anugerah yg jarang2 kite syukuri.Apabila anugerah itu menjauh, kite mula merindui. Begitulah manusia. Sesudah kehilangan baru menyedari apa yg dipunyai sebelum ini. Malam ini juga ingatan ku kuat pada sahabat k. Seorang demi seorang. Kami berbeza tapi kami serasi bersama. Seorang dgn gayanya yg mengambil berat, seorang lembut dan baik hati dan seorang lagi penuh sifat keibuannya.

   *Bicara seorang teman*

   Baru2 ni aku berbual dgn salah seorang dpdnya. Berbicara tentang apa yg kami lalui bersama. Bahagia. Itu saje perkataan yg boleh menggambarkannya. Ingatan itu semakin kuat satu persatu sehingga aku merasa amat rindu. Hampir boleh aku dengar degupan jantungku sendiri. Kembara hati malam ini membawa aku ke lembah sunyi.

   Jika boleh diundurkan masa, aku mahu merasakan kembali bahagia itu. Tetapi sudah ketentuannya masa itu beredar. Dunia itu berubah. Manusia juga berubah. Keadaan tidak akan same seperti dulu. Mungkin bahagia tu hadir dgn cara yg tak same. Aku yg perlu cari.

  Aku kemaskan duduk di atas katil. Terus menulis berteman bulan. Aku rasakan tidak ramai ntara kite yg mengambil peluang untk selami rasa hati. Malam ini aku bersyukur krana aku masih ade kesempatan untk menulis, untk berkongsi.

   Aku tidak mahu lagi rasa merugi krana membiarkan memori indah aku terkubur tanpa coretan. Takut minda ini terlambat laun tak mampu berfungsi lagi. Sedangkan rasa ini terlalu indah untk diingati.

 *Bicara memori*

   Sahabat tidak perlu diminta untk berada disisi. Sahabat itu ada meskipun tanpa bicara. Air matamu satu kesakitan buatnya. Senyummu cahaya.

   Memori  dan suara hati bersilh ganti, dlm sebuah kembara jiwa yg takde garis panduan ini. Aku biarkan saje semuanya mengalir. Tentang sahabat, tentang diriku, tentang keluarga, tentang semuannya.

   Banyak memori yg aku lalui. Suka duka dan itulah kehidupan:


Takkan rase suke jika takde dukanya         
Takkan rasa manis kalau takde pahitnya

   Aku menilai diri pada malam ini, betapa kurangnya aku bersyukur dgn keduanya. Suka dan duka.

   Kehidupan itu seimbang. Nafas yg diambil perlu dikeluarkan. Suka yg diperolehi perlu dikongsikan. Bersyukurlah dgn setiap kesemoatan yg ada. Merindu satu anugerah dan bersyukurlah meskipun sakit yg dirasakan. Namun merindui Allah adalah terpaling indah.

   Malam ini juga aku sedar, banyak memori yg da aku lalui. Sedangkan pahit itu hanya akhir ini. Tak cukup ke dgn manis yg aku rasakan? Mungkin da tiba mase untk aku rasa pahitnya pule. Supaya lebih manis yg ku terima selepas ni?

   Terasa panjang sudah perjalananku pada malam ini, seakan menulis semua kisah. Seakan belajar pada diri ku sendiri. Inikah yg dinamakan uZlah? Ya! Mungkin inilah dia aku rasa. Maaf, aku cetek ilmu. Tetapi sungguh banyak yg kite boleh belajar dgn melihat diri.

P/s: Diamanakah bulan anda pada malam ini? Lihatlah, berbicaralah hati. Anda dpt menyelami diri. Melepaskan setiap rasa yg terbuku dihati. Sesekali tak rugi melihat diri. Bila hati berbicara, dunia seolah mendengar. Tanamkan khayalan kite tentang keindahan dan biarkan ia tertulis dihati ini



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .