Kerana Dia sayangkanku . . .

Bismillah.

“Wahai hamba-hamba yang melampaui batas kepada diri sendiri.
Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa.
Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

**Entri kali ini nak tiup semangat utk sahabat-sahabat saya =)



Kerana saya terlalu sibuk dan tak sempat duduk dan dengar masalah awak, saya cuba berkongsi kekuatan yg saya ada melalui tulisan hati ini ye.

Awak,
Bilang pada jiwa bahawa ia kena terus bertahan dan kuat kerana mukminah itu tidak tergoncang jiwanya kerana mehnah. Mehnah itu tanda pegajaran dari Allah, tanda kasih sayangNya utk kita dan penghapus dosa-dosa yang lalu.

Bilang pada hati jangan ia mati. Kosongkan hatimu, isilah dgn kedamaian dan kecintaan yang membawa kamu dekat dan kembali pada Dia. Bisikan jahat itu cuma pengganggu maka kamu harus lawan dan tewaskan.

Bilang pada diri berdoalah sentiasa. Doa itu kerja hati, doa itu ibadah. Hari ini tanpa kita berdoa pun Allah memberi nikmat bersuara, nikmat sihat dan nikmat iman tapi itulah kita yang jarang sedar dan bersyukur. Tidak mahu berdoa kerana terasa sudah penat. Selama ini berdoakah kita dgn harapan? Berdoalah bukan meminta!

Hari ini Allah uji kita kerana Dia terlalu sayang pada kita. Kita lalai sedikit je tapi dia cuba tarik kita dekat dgn Dia sbb mmg fitrah kita nak bergantung pada Dia bila rasa susah dan longlai, kan?


Beruntugnya kita . . . tak dibiar memandu hidup sendiri!


Allah tak kejam dgn kita =)



    Sungguh! Dia lebih tahu apa yg terbaik. Bersangka baiklah pada Dia. Hari ini mungkin kemahuan kita tak dipenuhi kerana Dia lebih bersedia utk memenuhi keperluan kita. Janganlah terlalu marah dan merajuk dgn Dia. Dia tidak beri apa yg kita nak sbb Dia sayang kita, Dia nak jaga kita. Mungkin kalau kita dapat apa yg kita minta walhal ia tidak baik utk kita akan jadikan kita jauuuhh dari Dia. Maka, lebih baiklah kecewa saat Dia bersedia menggantikan kebaikan yg tidak diberikan itu dengan yang lebih baik, kan? Daripada Dia merajuk dgn kita. Ingat! Marah Dia, merajuk Dia tak sama dgn kita. Saat kamu mencintai apa pun di dunia ini maka letaklah Dia yang paling atas, insyaAllah kamu lebih redha menerima segala apa pun pada hari depan.



Ayuhlah!
Kita berpimpin tangan dan berjalan dgn penuh harapan walaupun hidup tak selalu senang.

Senyumlah!
Walaupun hati tak mampu lagi bertahan

Maafkanlah!
Walaupun diri kita sudah cukup terluka.

Cukuplah!
Memberi alasan walaupun cuba ingin menyatakan kebenaran.



   Sejujurnya, tulisan ini juga utk diri sendiri. Terlalu lama jiwaku lena tanpa tarbiyah.
Maka kali ini aku ini bangun! Jom awk =)



Disini kita bermula. Menjadi hamba kepada Dia.

By Sahabatmu: Nur Izni Farisya Binti Mohmad Yusof.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .