Pendidikan Suatu Usaha Berterusan- Program Khas Pensiswazah Guru (PKPG) Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai-nilai murni serta mendapatkan kemahiran. Proses ini berjalan secara berterusan dalam diri individu sejak lahir lagi. Pendidikan asas kanak-kanak bermula dari rumah dan dari rumah jugalah sahsiah mereka mula terbentuk dan berterusan. (Kamarudin Hj Husin & Kamarul Azhar, 1994) . Pendidikan boleh dipecahkan kepada dua iaitu Pendidikan Tidak Formal dan Pedidikan Formal. Pendidikan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malayisa (KPM) adalah sistem pendidikan formal iaitu satu pendidikan yang mempunyai sukatan pelajaran, kelas atau sekolah, mempunyai ujian dan peperiksaan serta lain-lain lagi. Kebiasaannya pendidikan ini bermula seawal usia lima hingga tujuh belas tahun. Hal ini boleh kita lihat dari Tadika sehingga Tingkatan Lima nanti. Pembelajaran yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seben
Menurut Muhammad (2007), Iman adalah ucapan dan perbuatan. Ucapan hati dan lisan, dan amal hati, lisan dan anggota tubuh, iman itu bertambah dengan taat dan berkurang dengan maksiat. Seperti yang telah ditakrifkan oleh Muhammad, Iman terdiri daripada tiga aspek utama iaitu membenarkan dengan hati (al-tasdiq bi al-qalb), berikrar dengan lisan (al-iqrar bi al-lisan), dan membuktikannya dengan anggota badan (al-‘amal bi al-jawarih) namun terdapat pendapat lain yang menyatakan bahawa aspek ketiga iaitu al-‘amal dengan istilah al-‘amal bi al-arkan yang bermaksud melaksanakan rukun-rukun Islam. Daripada bacaan penulis, konsep dapat difaham dengan dua keadaan menurut fahaman dan pegang mazhab atau aliran masing-masing iaitu terdapat mazhab yang menerima ketiga-tiga aspek secara mantap dalam mendefinisikan Iman itu dengan mengatakan seseorang itu dikatakan beriman dengan al-tasdiq bi al-qalb, al-iqrar bi al-lisan, al-‘amal bi al-jawarih atau al-‘amal bi al-arkan. Aliran lain ada juga ya
"...Kasihku ku amat mencintai kamu kerana kau beri erti hidup. Ku kan terus mencintai sedetik lebih selepas selamanya..." ~~Sayu mendengar lagu Anuar Zain ini. Begitu menusuk kalbu dan membuai jiwa. Adakah aku akan berasa sedemikian jika mendengar sewaktu hatiku gembira? (agak meraguinya, namun kemungkinan itu ada.) Cuma ia bukanlah kesedihan, tetapi boleh dikatakan sebagai ‘Kesyahduan dalam kegembiraan’. Satu yg saya belajar tentang lagu ialah kebanyakkannya berkisarkan kisah kehidupan. Ada suka. Ada duka. Ada tawa. Ada seloka. Liriknya pula menguatkan lagi keasyikan kita mendengar lagu tersebut. Menghayati penceritaan disebalik apa yang cuba disampaikan oleh penggubah lagu dan penulis lirik. Kemudian secara tak langsung mengaitkan ia dgn diri kita. Apabila lagu berkenaan berkait benar dengan kehidupan kita, maka kita akan mudah tersentuh. Mudah mengalirkan ai rmata dgn setiap liriknya kerana ia sep
Ulasan
Catat Ulasan
Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-