Cerite Cinta ... antara mereka.

"... kita berpisah lah. Apa yang kite buat ni takkan mendatangkan redha Allah. Apalah erti hidup andainya tidak mendapat keredhaanNya."




   Alhamdulillah, setelah 14 bulan berlalu Kashaf dan Jannah berjaya mengatasi rasa cinta mereka yang mungkin kadang2 pernah membuat mereka berdua hampir tumbang kembali. Mereka berpisah dalam keadaan dua2 masih saling menyayangi.

   Kashaf, Seorang lelaki yang cukup sempurna dimata kedua ibu dan ayah Jannah.Namun, kekurangan yang ada pada diri Kashaf hanya disedari oleh Jannah. Mungkin kerana Jannah mengenali Kashaf lebih dekat berbanding ibu dan ayahnya.

  Jannah pula, seorang gadis yang tak pernah tahu erti menghargai orang yang menyayanginya. Tak terlalu berharap pada cinta daripada lelaki sebaya. Dia juga tak pandai menjaga hati lelaki. Dan sangat suka menguji lelaki yang cuba mendekati dirinya.

  Jannah Sedar, bahawa Kashaf menyayanginya setengah mati. Dalam hati Jannah juga ada tersimpan rasa yang sama tapi Dia cuba dan cuba menafikan semua itu, kerana Jannah takut Sang adam yang ditemuinya tak IKHLAS dan tak KUAT menerima segala kelemahan yang ada pada dirinya.

   Setelah beberapa bulan mereka menjalani hidup disebalik *teman tapi mesra*. Tiba2 Jannah membuat keputusan untuk menjauhkan dirinya daripada Kashaf. Walaupun dia tahu, Kashaf merupakan seorang lelaki yang begitu menyayangi dirinya dan mampu menerima kelemahan dirinya tanpa mengeluh panjang.

"Kenape?"

   Mungkin satu kata ini yang tersemat dibenak Kashaf. Kenape Jannah menjauhkan diri?

   Jannah cuma tidak ingin mereka menjalani hidup sehari2 dengan dosa yang terang-terangan. Jannah tak mahu merosakkan hati mereka berdua kerana KELALAIAN mereka berdua mengejar cinta yang agung. Dan andainya mereka berjodoh, Jannah tidak mahu rumah tangga yang akan mereka bina sudah dikotori dosa. Mungkin saat indah yang sepatutnya mereka nikmati selepas kahwin akan beransur pudar. Orang mabuk cinta mudah melakukan perkara yang tidak dijangka.

Kini.. Meraka berpisah! Ya, berpisah. Walaupun mungkin kedua2nya masih sayang. Mereka kena kuat dan bertegas. Memanglah payah menghindar diri daripada mencintai dan dicintai tapi semua itu mampu dikawal. InsyaAllah. Allah beri kekuatan andainya mreka tidak mahu dosa semakin bertimbun kerana cinta yang masih belum sah.

"Kita berpisah kerana Allah. InsyaAllah ada kebaikannya"

Perpisahan ini takkan terjadi sekiranya mereka berdua tidak kuat menjalani hari2 yang sentiasa dipenuhi godaan. Alhamdulillah, Jannah bersyukur kerana Kashaf mampu menjadi lebih tegas melawan keinginannya.




Terima Kasih buat Kashaf.

**Disini saya dapat belajar :

Sesungguhnya bukanlah senang melepaskan orang yang kite sayang andai hati betol2 tak bersedia.
dan sebenarnya orang yg betol2 menyayangi kite akan mudah menerima diri kite walaupun ada kekurangan. Sebagai lelaki dia yang akan rasa bertanggungjawab memimpin kite.. insyaAllah!

Take a note:  Kalau kite suke menguji orang, kena bersedia dgn sebarang kemungkinan =)

Melihat orang bercinta selepas kahwin betapa jealousnya!! Sweetnya mereka ^^"

Sekarang, hati saya puas. Allah memberikan jawapan terbaik buat saya. Selebihnya saya serahkan padaNya. Semoga pemilik cintaku akan mempunyai kelayakkan seperti yang aku cari. amenn~

**Macam dah panjang sangat. Tunggu Post seterusnya yee .. =)

Jomlah jaga hati kita elok2 supaya tak jatuh ke lembah teori cinta karut lagi..hehe!



Terima Kasih kerana menghargai dan menghormati saya  ^___^"


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .