‘KAMU ditakdirkan……….’



 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 Thuma walhamdulillahirabbil a’lameen..

  Linangan air mate menemamiku meneruskan post malam ini. Ntah kenape perlu ditangisi ntah kenape rasenya bimbang sekali. YaAllah,aku tahu dan sedar bahawa segala ape daripadaMU merupakan setiap kebaikan yang menghampiri hamba2Mu. Namun kenape perasaan ini masih ragu menerima segala ketentuanMu. Aku juga hairan, dimana diriku yg dulu?

Bukan aku paling yang layak

Aku tak sanggup menjadi mangsa hasad

Aku tidak hebat memandu organisasi ni

Kalau aku bukan pemimpin, tentu aku tidak akan menghadapi masalah ini

Itulah alasan2 ku . . . .

Namun siapa yang mampu membantu aku dikala ini?

  Sahabat2 ku, aku tidak mahu kehilangan kalian. Janganlah disisihkan aku sehingga jatuh terduduk sendiri kerana bajuku yg sudah bertukar. Aku masih tetap aku, dan aku masih menyanyangi kalian. Especially untuk along, angah & acik. Sue taknak sume ni tapi Sue terpaksa berdepan ;( ..

Kata demi kata yg singgah diinboxku:

“ ujian semua ni.. try lah hadapi dulu, mano tahu jadi koho tabah.. sabar yang deh.. calm down”


“inginku kongsikan tatapan ini untk hatiku & hati sahabatku kerana ALLAH ..’ Mukmin itu jiwanya damai , tak mudah tergoncang oleh ujian.. baginya ujian sebagai pengajaran dr ALLAH , tanda kasih sayngNya, jua penghapus dosa,. Dan kate2 dr seorg sahabatmu: “bersabarlah, bukan sume itu yg kmu minta ttpi anugerah yg diberikan oleh ALLAH  tanpa diduga, tapi 1 yg inginku pesan agar kamu kuatkan semangat dlm menghadapi semua ujian yg berlaku”


“ adik.. xleh gitu.. law adik xtrime amanah tu . bermakna adik menafikan kelebihan yg ALLAH berikan kpd adik”




~begitu ramai yg berkata ‘YOU CAN!’ 
Disetiap kali menyentuh hal ini, aku menjadi begitu sensitif.
 







  Aku sendiri masih dibuai dilema, masih terkapai-kapai,. Menangis mengadu padaNya,. YaAllah jika benar ini kebaikan yg tersembunyi maka tetapkanlah ia untukku ,jika aku tidak mampu melaksanakannya dgn baik janganlah biarkan ia terus menjadi milikku,.ameenn


SABAR

Itula perkataan yg terbingkai kemas dibenakku. Sabar itu terpuji. Dulu aku sering menganggap Org yg sabar akan menerima cabaran dgn tenang, memikirkannya dgn teratur & jika timbul masalah dia tidak putus asa. Semangat ketabahan yg ada pada seseorang  yg sabar itu menunjukkan kewibawaannya dlm menjalankan tugas. Keberaniannya mengahadapi dugaan & kepercayaan terhadap matlamat  yg harus dicapai. Dia sebenarnya mempunyai wawasan yg jelas & hanya mengatur langkah2 yg sesuai untk mancapai wawasan itu. Kelakuan gopoh-gapah tidakmembawa keuntungan,malah akan menghasut keadaan sehingga kucar-kacir & rumit.

Mana mungkin Allah mengirimkan anugerah ini untuk menyusahkan aku, mana mungkin iabisa jatuh ke tangan aku jika Allah tidak mengizinkan.

  “YaAllah, engkaulah yg paling tahu dalam hati & diri ini,. aku mohon bimbinglah aku menjadi yg terbaik drpd yg baik2,. YaAllah tentukanlah sebaik2 ketentuan buatku,.Kuatkanlah aku dlm menghadapi sebarang cabaran & dugaan,. Aku mohon yaAllah, jgnlah berpaling daripada hambaMu ini, jgn biarkan aku lalai dgn kemaksiatan,kerosakan & kemusnahan,. Jauhilah aku drpd penyakit2 hati ,..ameenn”


  Mengakhiri post malam ini,aku kagum melihat  semut yg tidak pernah kenal erti penat & lelah seperti manusia. Sang semut yg memikul benda yg berpuluh2 lebih berat daripada dirinya, namun kegigihan & kesabaran & kekuatan hatinya tidak akan padam sehingga selesai kerja atau matlamatnya utk dikecapi.

p/s: Sahabat, doakan saya semoga tabah menghadapi ujianNya kali ini,. YaAllah semoga ini kebaikan buatku.amen!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .