"Bercinta Selepas Kahwin vs Bercinta Sampai ke Syurga"

                              Pelik bukan kalau ada pasangan yg hangat bercinta tapi
                                          tak pernah pikir untk bersama selamanya,.?



Sebelum berdiskusi pasal CINTA,.

  " YaAllah dibulan syawal yg penuh keberkatan dan kemuliaan ini, saya telah membuat keputusan yg besar dgn memilih dia berada di qalb milikMu ini, atas ikhtiar sebagai hamba yg tak mmpu melihat apa yg Engkau sembunyikan , aku telah menilai zahirnya, maka aku memohon agar Engkau mengurus batin dn ghaibnya. berkatilah pilihanku ini ya Rabb,. Jika kami tidak berjodoh ,jauhilah kami dr dendam kesuma yg hanya akan merosak dan menghancurkan kami,. ameen "

  Umur Semuda aku ini mungkin ada yg cakap "U shouldn't have taken easy as ABC about L.O.V.E,.!". Yea,.! saya bukanlah ingin mengiakan yg salah, menghalalkan yg haram, dan mengubah kemungkaran menjadi kebaikan. Setiap perkara yg dikerjakan ada misi dn visi tersendiri. Saya pernah mendengar seorang Motivator berhujah bahawa MINDA dikawal oleh HATI, Jika baik hati kita maka baiklah fikiran kita kpd org lain.,.
Honest, saya juga bimbang dgn status ini, tidak berani untk berjalan jauhh namun dgn NIAT mu yg begitu mulia itu aku mengharapkan Allah merestui., =))

 Saya pernah tebace artikel mengenai " Khidmat Org Tengah"

  Nafisah bt umayyah,.? Siapa wanita mulia ini? Ya,.! Dialah merupakan org tengah di antara Khadijah Bt. Khuwailid dan Muhammad B. Abdillah SAW.

 Peranan org tengah ini yg harus diberikan perhatian hari ini dlm ikhtiar mencari jodoh. Sama ada org tengah tu parents kite sendiri ke ataupun mereka2 yg amanah dan berwibawa. Kita harus mengusahakan urusan ini,.!

 Berbicara mengenai org tengah,. teringat pula pada seorg ukhti yg sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Pendidikan Moral di UPSI,. Seorg akhawat yg sentiasa membantu 'kami'. Jazakallahu khairan jaza' ,seindah kalam ku lemparkan,.

 Meneruskan lagi entri kali ni :

  Mengucap syukur ke hadrat Allahu Rabbuna kerana telah mempertemukan kami. saya tidak ingin membunuh fitrah yg ingin dicintai dan mencintai. oleh kerana jurang usia kami yg masih muda, dengan senyuman dia berkata " Why not if we put aside first about marriage? We focus on our studies first,." Yes! lantas saya memuji tindakan itu dgn penuh pengharapan dia adalah untuk saya,. Namun masih terlalu awal,.!

"Cinta lebih manis kalau ade perasaan rindu yg mendalam"

  kata2 itu ingin saya sandarkan dgn menjarakkan hubungan kami, Kerana Allah dan hanya Allah segala2nya. Biar hati sering berdup-dap memikirkan "apakah tindakan aku ini adalah peluang untknya mendekati org lain,.?" Segera ku tolak prasangka itu demi mendambakan hasanah dari Allah.

 Ibrah mendepani biusan cinta :

  "Qad syaghafaha hubba!" itulah ungkapan al-Quran tentang manusia yg dibius cinta.

 Dalam hubungan ini, pengharapanku cuma satu, agar kita tidak berada dlm kesesatan yg nyata,.! Selama bertahun dn berbulan saya tidak pernah meminta2 dgn perasaan yg tidak berkehambaan agar tercipta sebuah cinta songsang antara kita. Mehnah yg bertamu, sabar peganganku. Alhamdulillah, hari ini telah ku temui apa yg tersirat disebalik tersurat, rupanya Allah begitu menyayangi kita, mengasihi pertalian ini agar tidak dicemari dgn bermacam2 perkara buruk  yg mungkin tidak dapat disembunyikan. Syukur sekali,. biarpun jarang dapat berhubung mahupun bersua, indah sungguh janji Allah, lazat sungguh kesusahan itu kerana mereka yg susah saje akan menikmati bahagia.

 Akhirul kalam, menadah tangan penuh pengharapan menggapai redhaMu,. "Semoga jalinan kita berkekalan hingga akhir hayat,. Amin,. Semoga 'kita' dibawah naunganNya,..

 Mohon doa akhawat sekelian,.

  "Semoga Allah memberikan kebahgiaaan yg abadi, melimpahkan ksih sayang yg hakiki, dan menanamkan kesabaran yg tinggi dgn segala macam mehnah lagi buat kami,. amenn ya Rabb al-'Aalameen,."

~ Jika Allah tidak mengizinkan kami saling memiliki,. ku pujuk hati menerima seikhlas mungkin~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

USAHA-USAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FKP)

Banding Beza Prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aqidah Yang Menyeleweng Dalam Aspek Definisi Iman, Sumber Aqidah, Pendekatan Ilmu Aqidah, Perkara Ilahiyyat, Nubuwwat dan Ghaibiyyat

Sedetik Lebih . . .