Sahabat Baru :)

Ahad, 10 April 2011

Kesamaran Sebuah Kehidupan..~

Dalam aku mencari erti
sebuah kehidupan
Tiadaku temui erti
Kebahagiaan yg abadi
Cuma yg ku jumpai hanyalah.....
Sebuah keinsafan
Dalam kesengsaraan yg daif
Dan dalam kehampaan
Sebuah impian
Hanya ditemani sekeping hati
Yg resah...

Terlalu sukar untk memahami
Perjalanan arus kehidupan
Yg mengecewakan lagi menyiksakan
Tetapi yg ku temui
Cuma sedikit
Kegembiraan yg berlandaskan
Kehampaan semalam...

Ah!!!Betapa sukarnya
Menyelami dasar kebahagiaan,
Dalam mengecapi bunga kehidupan
Berlandaskan keislaman
Yg dapatku peroleh
Hanyalah sebuah keresahan...

Terlalu payah menongkah langkah
Mencari keredhaanMu
Walaupun dalam keresahan
Meneguk setitis kasihMu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hi!
Cube la comment,seket pun jadi la -__-

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.