Fahamilah..
“ Sebahagian cara memelihara kemaluan itu adalah menutup
wajah. Ini adalah kerana wajah menyebabkan terjadinya proses pandangan pada
wanita. Sesuatu yg dipakai untuk sesuatu yg dimaksudkan, maka hukumnya sama
dengan sesuatu yg dimaksudkan. Apabila menutup leher dan dada hukumnya wajib,
maka menutup wajah adalah wajib. Ini kerana wajahnya yg paling penting. Wajah
adalah merupakan tempat berpusatnya fitnah”
(Huraian maksud
(bukan terjemah ya ^^) Surah an-Nur (24) : 31 )
Satu hari..
Saya sempat
berjumpe dengan ustazah yg sangat2 akrab dengan saya kerana ustazahlah tempat
saya berkongsi hujah dan bertukar2 pendapat. Secara peribadinya saya tidak tahu
dari mana kekuatan ini datang untuk saya menyuarakan isi hati saya kepada
ustazah dengan begitu tenang..
“ Ustazah, ana pernah kenal seorang lelaki.
Pada mulanya ana tak pernah sangka yg ana akan ‘suka’ pada dia. Ana pernah buat
apa saje diluar jangkaan ana sendiri untuk mendekati lelaki tersebut sebab ana
terlalu ingin mengenali dia. Dulu, walaupun ana banyak kali disakiti, ana akan
sabar dan husnu zhon pada dia, ana akan pandang dengan nilai yg positif
(mungkin kerana sayang) . Dalam masa yg sama, ada seorang lelaki yg begitu
menyayangi ana, bahkan mungkin sanggup buat gape jah untuk dapat ana. Ana
terseksa ustazah. Sejujurnya, ana takse melakukan dosa yg terangan2 ni. Ana takse
bercinta, tapi ana terlalu kasih pada lelaki tersebut dan takut sekiranya ana
lepaskan peluang ni ana mungkin akan kehilangan dia untuk bersama dia dah lepas
ni, kata org : peluang hanya datang sekali (sambil senyum). Hmm, banyak ana
ubah menjadi baik, kononnya dengan cara ana ubah ikhtilat,maka dibolehkan tapi
ana terbace satu Hadis yg mengatakan bahawa syaitan aku terus menyesatkan anak
adam sehingga hari kiamat, bahkan syaitan akan membuat perkara maksiat menjadi
indah. Sebab tu banyak kite tengop fenomena sekarang, ‘islam ikut zaman’ bukan
zaman yg patut ikut islam. Ustazah, ana mengaku yg ana pun ada kelemahan. Tapi
ana tak sekuat ustazah lagi, ana terlalu lemah dengan lelaki. Setiap kali
sebelum ana terjumpe dia, ana mesti rase dup-dap2 ustazah. Ana sokmo berharap
supaya suatu hari nanti dia dapat jaga ana
dpd ‘perosak2’ lain. Ana pikir benda ni sebab dunia sekarang makin gelap
ustazah, kite perlukan pemimpin untuk pimpin diri kite jugak, ustazah kan? Apa pandangan
ustazah?”
Cepat ustazah mencelah:
“Apa pendapat enti
mengenai purdah?”
Saya: Ustazah, saya pernah mendapat hidayah sehingga saya
rase nak menanges jika tak dapat tunaikan. Tapi…………
Ustazah: Kalau gitu, kenape tak teruskan? Hidayah adalah
milik Allah,Malah Nabi Muhammad sendiri tak mampu untuk bagi hidayah kpada bapa
saudaranya untuk memeluk islam. Kalau enti tolok, enti tak takut ke yg lepas ni
hidayah tu takkan datang lagi dan tak bimbang kalau Allah tak ccagho dah nanti.
Saya: (tunduk) Ustazah, keluarga saya tak izin.
Ustazah: Enti tahu, ini adalah dugaan enti. Perkara yg baik
Allah akan uji sebab Allah nak tengop
apakah iman kite senipis kulit bawang atau setebal kulit manggis?
Saya: Ustazah, kalau saya berpurdah lelaki yg saya ‘suka’
tadi mungkin takkan mahu untuk mendekati saya lagi walaupun hakikatnya sekarang
kami sudah membawa haluan masing2. Dan katanya dia dah pun menemui
kebahagiaannya tanpa saya.
Ustazah: Astaghfirullahal azim, Izni. Jodoh itu rahsia
Allah. Barang yg terpelihara mesti elok isinya dan boleh rase lebih berharganya.
Kalau benar dia jodoh enti, jangan risau.
Hari pertama ustazah jumpe saya berpurdah
>> Subhanallah, sejuk hati ustazah tengop Izni.
Comelnya anak murid ustazah ni J
Saya begitu yakin, kerana ustazah memberi semangat pada saya
meskipun keluarga saya …..tidak bersejutu.
Saya lekas bertanya:
“abah, apa pendapat abah kalau seseorang tu berpurdah”
Abah: Org yg berpurdah ni terbatas da pergerakan dia. Nak
buat gape2 pun susah dah apatah lagi nak bantu buat kerja2 sosial diluar dengan
masyarakat. Anak Abah tak payahla. Macam sekarang pun comey dah.
Perasaan saya : Begitu sedih!
Rasa macam nak bukak balek purdah ni.
Esoknya saya jumpe ustazah, cepat ustazah berkata:
“itulah ujian.”
Saya: ustazah., kalau didepan mereka yg sudah biasa melihat
wajah ana boleh ke ana bukak?
Ustazah: Tu takde masalah. Sebab enti pakai atas dasar Sunat
bukan wajib, jika wajib maka wajib bagi enti untuk tutup sokmo.
Saya: kalau ana tubik dengan family ana, gane tu ustazah?
Ustazah: Takde masalah, kalau pakai dapat pahala sunat J
Kalau keluarga tak izinkan enti kena akur la.
Saya: ana tak cukup baik ustazah. Beberapa hari ini, banyak
ujian menimpa. Ramai lelaki yg mesej ana, ada yg berkata “saya cume nak jaga
awak”. ana balik sekolah marin pun ada yg ikut sampai cabang depan rumah.
Tetapi untungnya Allah tak memberikan ana rase untuk bercinta mungkin sebab ana
dulu terrrrrlalu kasih pada lelaki tu,walaupun dia ingat ana main2 dengan dia.
Ustazah: Nak tunggu kite semua jadi baik sampai kiamat belum
tentu. Ustazah yakin Allah sayang pada enti sbb tu Allah uji. Kalau enti benar2
kasih, simpan la dulu. Habiskan tanggungjawab enti. Suami bukan untuk enti gune
sekarang tapi untuk masa depan,kan.
Tapi yg ustazah tahu, kalau kite rase ddebar, ghalibnya jodoh kite.
**sejujurnya saya tidak ingin mengetepikan keluarga tapi ini
soal agama. Saya harus memilih dan berkorban. Maka pilihan saya adalah
berpurdah apabila tanpa diiringi mahram dan purdah itu saya buka jika bersama
keluarga.
Ustazah: Tinggalkan yg dikatakn kenangan2 indah enti bersama
dia dulu sekarang. Allah tengah bantu enti untk jauh dpd zina. Kalau dia bijak,
dia takkan terlalu menghukum enti. Lelaki kena bijak menilai dan mencari
hikmah.Jangan sedih2,jangan pikirkan dia. kalau ada gape2 jangan segan2 mari
jumpe ustazah lagi.
# kalau nak ikut kan
memang panjang lagi dialog saya dengan ustazah tapi saya da pendek2kan untuk
berkongsi dengan readers semua. Hari ini saya makin percaya bahawa Allah bukan
saje ada untuk kite bahkan sentiasa disisi kite. Walaupun saya tak mampu menjadi sebaik2
manusia sekurang2nya saya tetap mencuba.
P/s: Jika hari ini kite diuji,maka esok hari mungkin
kebahagiaan menanti. Kalau lelaki itu benar berada dihati, biarlah tetap
disanubari dan tetap menjadi rahsia kite dengan Ilahi. Peliharalah hatimu wahai
diri,.. sekian
sabarla..
BalasPadamtgk ayat 2:286